السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
16-11-2012
Buat masa ni, saya masih boleh menulis di sini, upload gambar pun yang bersaiz kecil. Belum ada masa untuk semak tutorial tentang “limit gambar dalam blog”. Takda mood sebenarnya.
Kita bercuti lagi. Tiada perancangan besar pun. Biasa-biasa saja untuk orang biasa-biasa macam kami.
Apa saja yang ditulis di blog bukan nak soh orang teka-teki-tekuk or buat andaian begini-begitu. Bukan makna kalu Saya pegi butik, Saya ni orang kaya beli baju mahal. Kalu Saya tulis Saya pergi jumpa seseorang, duduk minum teh or makan Tiramisu, itu bukan bermakna Saya sedang dating dengan orang kaya.
Agak rimas bila kita dapat kesan ada orang yang “judgmental” tentang apa yang kita tulis. Pastu terangan memberitahu kita tentang andaian dia. Arghhh....! Sedangkan kita sendiri takda masa nak fikir or nak teka-teki tentang peribadi orang itu melalui apa yang mereka tulis. Takda keja lain?
Kadang-kadang bila terlalu mempercayai, kita sukar pula menidakkan sebarang kesilapan dan kesalahfahaman terhadap diri kita. Lalu? Saya mengambil sikap diam. Malas layan, sampai suatu hari nanti Saya akan terlupa.
~...SERI BULAN sungguh merasa terpaksa bilamana harus berdepan dengan sesuatu yang dipanggil “bizarre”, tanpa HISYAM segalanya terasa begitu pelik dan keliling terasa jelik walaupun musim hujan memberikan pelangi berbelang...~
salam sis
ReplyDeleteSabar sis3x..
Sabar juga, tapi nak tulis juga. Heheheh
DeleteLike 1000 kali entry ni.
ReplyDeleteTerimakasih 1000 kali juga!
Deletedari terus assume, kan elok kalau bertanya...
ReplyDeletekan kak?
Belum tentu kita sanggup nak jawab pula...
Deletecakap ja..
ReplyDelete"whatever!!!"
he he he
Yeahhh whatever!
DeleteEsok buat entri " saya makan ciskek kat Pavillion dengan Rosmah Mansor"
ReplyDelete~bahaha
"..dan saya yang belanja sebab saya pun tak kurang kaya."
Deletehahahahaha idea...!
Dari belanja Rosmah Mansor, baik belanja Juariah Mansor! Hehehe...
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteHahahaha....! jom jom!
DeleteTapi kadang2 seronok bila tengok orang judge blog kita suka suka diorang... tapi tak salah kan diorang sebab kadang2 kita yg 'pandu' diorang ke situ...
ReplyDeletebaahha!
Seronok jika tidak sampai tahap memperlekeh.
DeleteIssshhh...apasal saya tak tahu apa nak komen ni...haish...jawapan biasa retis, "No Komen!" muahahaha :p;)
ReplyDeleteStandard sungguh. Hahahaha!
DeleteSaya suka org berteka teki...bgi dia fenat sdiri...kekeke. Motipnya og tuh bz bodiz..dh kureng benda baik nk dipikir...whatever!!! ;)
ReplyDeleteKita tidak dapat mengelak orang membuat andaian, tapi merumuskan sesuatu yang menjurus memperlekehkan saya, kemudian sebut tanpa bersalah... hmmm?
DeleteSuka baca entri ini... itulah juga saya, tak ada masa nak sibuk dengan hal orang sebab sendiri rimas bila orag sibuk hal kita keh keh kehehhh
ReplyDeleteKita kadang-kadang tak terfikir, Amie. Orang yang memberitahu kita akhirnya menyedarkan kita bahawa, pelbagai andaian boleh dibuat melalui tulisan kita.
DeleteKita suka bercerita dan menulis pasal tu kita ada blog...ikut suka kita nak tulis apa mungkin catatan tu kenangan utk kita di masa akan dtg..tak yah peduli apa tangapan orang... tak mati kita dek cacian org...teruskan tekan keybod tu kak..:)
ReplyDeleteMemang tak mati, tapi rasa malu sangat bila ada yang menganggap kita sebalik dari yang kita dok tulis.
Delete