Thursday, November 15, 2012

Asam Pedas ada Lempeng Kelapa Pisang...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
15-11-2012


Agenda berjimba kami di Bangi, berakhir di sebuah restoren di Seksyen 8. Restoren AsamPedas. Pagi hari minggu, orang memenuhi dua bahagian kedai. Pelbagai menu dan mungkin kerana hari minggu hari bersantai, bersama hujan renyai pula, ramai yang memilih untuk bersarapan di luar. Termasuklah kami.




Ada banyak pilihan. Ada Nasi Dagang, Nasi Lemak, Nasi Goreng, Mihun, Mee, Soto, Nasi Campur. Cuma yang takda ialah Roti Canai.

Di bahagian hadapan, rupanya bukan orang menebar Roti Canai, tapi masak Lempeng. Terperanjat juga Saya, ada jual Lempeng kat sini! Lempeng Pisang dan Lempeng Nyior (kelapa), serta Roti Jala.

Macam biasa, Saya pasti teruja jika terjumpa menu-menu unik atau yang sukar ditemui di tempat-tempat biasa. Tentulah, harus cuba!

Belum pernah saya jumpa kedai jual Lempeng camni. Selamba jer pegi dekat dan snap.


Yang kuning terang sikit tu Lempeng Pisang, dan yang putih tu Lempeng Nyior.


Saya order. Roti Jala failed! (lembik) Kuah Kari pun failed! (cair)
Lempeng Nyior tak berapa umph.
Lempeng Pisang ok, boleh puji. (tetap takbleh lawan hasil tangan MyBonda, masa kami kecik dulu)



Anyss order Mee Bandung. Boleh tahan, tapi Saya pernah rasa yang lebih sedap dari itu. Cik Bintang order Bihun Soto. Nampak sedap.

Harga? Boleh tahan murah. 3 orang makan + air Nescafe, Teh Tarik untuk bertiga, total cuma RM14.60. Ok la, kan?

Apapun, sesi berjimba kami berakhir dengan baik dan seronok sekali. Kali pertama dulu, masa kami bertiga berjimba beberapa hari di Kota Bharu. Ntah bila boleh begini lagi.




~...ketika HISYAM teringat hendak membelikan kain ela fabrik sutera China untuk SERI BULAN dia kemudian teringat juga temannya itu tidak pernah minat sesuatu yang ringan kerana bimbang bila berjalan di batas bendang kain melayang-layang seperti diri akan diterbang...~




 




20 comments:

  1. Lempeng-lempeng ni... er, rasanya sudah bertahun saya tak jamah. Tak minat sangat. Jap kak. Tu kedai mamak ke kedai melayu?

    Saja tanya, sebab nak juga kalau saya jalan-jalan, alang tersinggah boleh cuba :D

    Oh ya. Selamat tahun baru. Salam kenal daripada seorang blogger kerdil :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Iqbalsyarie. Sila masuk.
      Kedai tu kedai melayu. Langsung tidak kelihatan pekerja India or mamak. Cuma beberapa orang pekerja lelaki Indon yang angkat pinggan/gelas. Yang jaga makanan dan cashier adalah Melayu.

      Delete
  2. kat Bangi ye..ooo harus pegi cari dengan Bunga Mawar nanti...insyallah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak jauh dari butik tudung Fareeda yang popular tu!

      Delete
  3. itu yg sronok kan.. brkumpul mkn skali, gerenti riuh le

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami makan bertiga-tigaan jer pun dah cukup meriah. Sambil borak macam-macam cerita.

      Delete
  4. lempeng tu yg tak tahan tu... kat mana lokasi nni.. nak juga menerai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seksyen 8. Kena meronda area situ untuk nampak kedainya.

      Delete
  5. Assalamualaikum Azie

    makanan masa kecik2 dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Hampir semua kita yg asal dari kampung, memang ini la sarapan pagi kita. Lempeng @ PekNga. Cicah sambal or Kari or gula.

      Delete
  6. Assalam Azie..di Seremban pun kedai jual lempeng dulu..tapi waktu petang..pagi tak de..sedap...lempeng pisang yang dibungkus dengan daun pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa.. masa saya kecik dulu pun, Lempeng Pisang dibakar di atas kuali beralaskan daun pisang. Ohh sungguh wangi dan enak sekali!

      Delete
  7. peknga belanga sendiri jugak yg sedap kan..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Orang belah Utara, semua sebut Peknga. Wangi kan? Nostalgia sungguh!

      Delete
  8. salam maal hijrah

    sedapkan menikmati hidangan begini ...yum yum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala mesti nak cuba. Teringat masa kecik.
      Salam Maal Hijrah juga buat Mama Sara Nur...

      Delete
  9. salam ziarah
    suka gak mkn sini masa praktikal kat bangi dulu..huuuu mengimbau kenangan silam di thn 2009

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh terkenang semasa dulu ya? Bangi memang banyak tempat makan yang sedap-sedap.
      Salam kenal, sila masuk. Sila. Terimakasih.

      Delete
  10. dekat celah lorong mana tempat ni kak?!! nak jugak saya memcuba lempeng tu

    ReplyDelete
  11. bulan April nk mai ni,ada promo Lempeng d Asampedas Bangi..tapi di outlet satu lagi di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.xmau berjalan mai,blog in asampedascafe.blogspot.com

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails