السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
14-11-2012
Festival Gamelan UKM 2012, telah berlangsung pada Sabtu lepas, 10 Nov di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DEKTAR), UKM.
Festival ini anjuran Pusat Kebudayaan, JPPEL, UKM.
Sebanyak 6 kumpulan yang mengambil bahagian dalam festival ini, manakala Artis Budaya dan Kumpulan Aadyamaatra (ARTISUKMA) membuat persembahan pembukaan.
Muzik gamelan mungkin dianggap muzik istana, tetapi sebenarnya muzik gamelan sekarang sangat best sebab sudah dimasukkan ciri-ciri moden. Malah ada juga lagu-lagu yang dimainkan adalah lagu-lagu moden hari ini, termasuk lagu ‘Anak Kampung’. Lagu-lagu seperti Wau Bulan tu dah biasa kita dengar.
Antara Universiti yang mengambil bahagian ialah Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Teknologi Petronas (UTP), dan tentulah tuan rumah Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri. Juga, Kumpulan Adunan Gamelan Irama Melayu, Kumpulan Gemasutera Melayu dan Kumpulan Gamelan Citra Nusantara UPNM.
Kami hadir atas nama staf UKM, jadi mendapat penghormatan ditempatkan di atas pentas, di belakang tetamu kehormat. So dapatlah tengok persembahan dengan jelas dan baik.
Cuma, di hadapan kami barisan beberapa orang berpakaian tradisional yang sangat menarik dan menarik perhatian. Tidak pasti siapa mereka, tapi kemungkinan besar mereka ini adalah tenaga pengajar atau pemimpin kumpulan gamelan yang mengambil bahagian.
Ada persembahan hanya bermain muzik sahaja, ada juga yang mengiringi lagu-lagu dan yang paling banyak tentulah yang diiringi tarian tradisional. Yang pasti sangat best dan berwarna-warni.
Tak ingat apa lagu yang dimainkan ini, tapi persembahan tarian rancak dan moden oleh kumpulan ‘showdown’ Wakaka Crew ini antara yang menarik perhatian dan mendapat tepukan gemuruh.
Gaya persembahan dan juga pakaian mereka juga jelas menujukkan betapa mereka sangat enjoy dengan gamelan, sangat bersemangat memukul alat muzik malah begitu serasi sekali. Kami sendiri turut terhibur dan terpukau dengan persembahan kumpulan yang satu ini.
Lihat wajah-wajah ceria mereka sewaktu bermain muzik gamelan, malah sesama mereka bergelak, tersenyum dan sekali-sekala bersorak memberikan semangat. Wahhhh bestnya!
Sengaja masukkan gambar depa banyak-banyak! Ini antara gaya mereka yang menarik.
Terimakasih kepada semua mereka yang terlibat dalam ini cerita.
*Berita semalam, banyak keta rosak terkena ribut di parking sekitar DEKTAR, UKM. Ohhh... malam itu kami pun parking di situ dalam hujan, syukur tidak di malam itu ribut melanda.
~...walau hanya disangka orang sekadar pandai memetik gitar sambil memanggil hujan, HISYAM tetap tidak mahu mengaku dia juga mahir mengetuk drum cuma dia terasa malu bila dicabar SERI BULAN meniup seruling bambu dan batang padi kerana sudah pasti lagu bukan sahaja akan sumbang, tetapi mungkin pokok ketapang juga boleh tumbang...~
Cantik kasut merah Azie. :)
ReplyDeleteDulu saya takut pakai kasut kaler merah. Nampak pelik, sekarang ni saya sangat suka!
Deletekalau saya..
ReplyDeletesaya pasti duduk paling depan!!
zapin ada?
Kami bukan saja dapat duduk paling depan, juga paling atas! Atas pentas VIP!
Deletelayan wooo
ReplyDeleteProgram camni, memang sesuai malam-malam jer kan? Best layan!
Deletepernah jadi penari...hihihi .. tapi masa sekolah rendah dulu.. sekarang?.. wat patah pinggang jer kot..:D
ReplyDeleteMasa sekolah rendah kalu menari, pakai warna-warni dan bunga-bunga, nampak comel, kan?
Deletebesarnya gong tu kak azie, tak takut ke berdiri sebelah? ;-)
ReplyDeleterindukan dectar ni, angkat ikrar di sini, 'berperang' dectar juga di sini, ambil exam disini dan paling istimewa terima ijazah di sini. banyak jasa dewan ni.
Gong tu antara yang menarik perhatian. Sebab tu mesti nak jugak bergambar kenangan.
DeleteDulu belajar di UKM ya? Tempat kenangan la kan?
Kakak baru nak cakap kasut AA kakcik dah sebut dulu:)
ReplyDeleteMereka yg berada di atas pentas kalau pandai ambil hati penonton walau sambil buat persembahan dia boleh bersorak sama itu yg buat penonton pun terpukau sama.
Hehehe kasut merah lagi? Baru perasan, saya ada 3,4 pasang kasut warna merah!
DeletePelajar UTP tu sangat ceria dan kami yang menonton pun rasa enjoy!
bagus neh elemen lama n baru bergabung. baru semangat nak tengok. btuiler. nak enghasilkan sesuatu yg cemerlang, kena 'enjoy' n bukan dipaksa...
ReplyDeleteBerbanding dengan peserta lain yang mengetuk gamelan macam takda perasaan, UTP sangat enjoy dn nampak depa tidak dipaksa.
Deleterindu UKM..hehehe..
ReplyDeleteTempat jatuh lagi dikenang, kan?
Deleteyup, nampak wajah keriangan budak2 UTP tu..:)
ReplyDeleteDepa enjoy dengan apa yang depa buat.
Deletewah. mengerlip2 pakaian depa kak. semangat sy bnak tgk hehe. akak apa khabar? ingt saya lagi? yg dulu gi umah dato LF.
ReplyDeleteBaik adanya Razik. Of course la Kak Azie ingat awak. Masa gathering tu, awak bawak Kuih Seri Muka kaler hijau!
DeleteBestnye..sy sgt suka persembhan live gini,,warna warni bj diorg memg cantik..best leh tgk dekat2
ReplyDeletePersembangan gini, antara yang menangkap mata, tentulah pakaian yang berwarna warni dan meriah tu.
Deletemasa UIA dulu gamelan ni sinonim dengan hari konvo!
ReplyDeleteOh ya? Wahhh mesti meriah tu sebab ramai orang luar juga datang tengok.
Deleteuih..seronok ni..kalau la ada kesempatan tengok persembahan kebudayaan yang kaler maler macam ni..alangkah best nya.
ReplyDeleteMacam Pancawarna di Dataran Merdeka!
DeleteJadi orang di sebalik tabir ka Azie .....
ReplyDeleteTidak la juga. Tapi salah seorang kawan “diwajibkan” hadir sebagai urusan rasmi, jadi kami menyibuk jadi pengiring. Heheheh tu yang dapat dok atas pentas saing dengan VIP lain tuh.
DeleteSalam, hai, kami dari Kumpulan Gamelan Melayu Gemasutera,
ReplyDeleteSesungguhnya, kami hanya menyiapkan lagu tersebut dalam masa yang suntuk iaitu seminggu, dan untuk makluman, tarian tersebut hanya dapat dikemas kini pada hari festival tersebut, kerana kami mempunyai jadual ya padat dengan Show yg lain.
Namun begitu, alhamdulillah, kami sentiasa akan memikirkan idea yg berbeza dari kumpulan lain, supaya mempunyai kelainan dari segi persembahan.
Terima kasih kerana sudi menyukai persembahan kami. :)
InsyaAllah, kami akan hadir dengan nafas yang baru pada tahun 2013.... :)