Sunday, November 18, 2012

AIM 19: tema hitam-putih tapi K-Pop tempias merata ~ tahun ini tahun Shila Amzah...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
17-11-2012



Tengok AIM ke-19, siaran langsung.

First, tentulah nak tengok siapa pengacara dulu. Dah agak Aznil (sebab ada iklan promo) tapi bila diganding dengan Adibah Noor, menjadi suatu gandingan mantap yang tidak perlu dipertikai lagi. Bahasa teratur, lawak tidak melampau, gurau boleh diterima, tidak gagap-gugup. Yeahhh pengalaman membezakan, walau sudah senior (dan mungkin dilihat tidak cantik), tetap berjaya memberikan persembahan mantap berbanding pengacara yang harap muka saja lawa!


Rata-rata artis yang muncul di atas pentas, mengikut tema Hitam-Putih. Fesyen ala-ala moden, rock.. sebab Saya nampak ramai artis lelaki memonopoli pencalonan (dan kemenangan).

Apapun tahniah dan suka tengok, penyanyi Nora menang satu anugerah (semalam bersalin anak perempuan), Yuna juga menang (kalahkan Siti Norhaliza), Jacklyn Victor, dan Shiela Amzah menang Lagu Pop Terbaik (siap sebut “cinta hati saya, Shanaz Ahmad”). Selebihnya rata-rata adalah artis lelaki.

...dan Saya sangat suka bila kumpulan MOJO menang Artis Baru. MizzNina diberi Anugerah Kembara.
Anugerah Sri Wirama diberikan kepada Kumpulan Alleycats. Dato’ David Arumugam buat lawak atas pentas. Hahahaha..!

Jamal menang Vokal Terbaik (lelaki). Yesss....!
Album Terbaik: kumpulan Salam Music — macam biasa AIM ni, pasti ramai artis yang kurang popular, kita tak pernah dengar nama pun, tapi biasanya menang anugerah hebat...! Faham dak aliran sebegini?
Lagu Terbaik: Patah Seribu — Shila Amzah. Kemenangan berganda. Tahun ini tahun dia...! Saya suka ucapan dia yang sangat sweet!
*Keputusan penuh: lihat saja di web hiburan or paper esok.

Faizal Tahir “nampak sangat poyo” dengan fesyen yang pada mata Saya cenderung benar K-Popnya. Fesyen rambut ramai-ramai artis pun begitu. Rambut Aznil pun. Adibah tukar baju sampai 5,6 kali. Perhhh....!

Aznil komen (yang Saya sangat sokong) pasal bahasa di Twitter yang short sangat sampai dia pun tak faham; “dia pegi sekolah mana ni?” Hahahaha... amik!

Pentas AIM masih mengekalkan majlis penganugerahan yang berprestij, mengiktiraf karya seni tempatan dalam bidang muzik (walaupun pemuzik/band dari Indon pun ada tercalon dan menang).

Persembahan artis: semua best-best! Nirwana perform lagu ‘Sudah Cukup Sudah’. Dato’ Siti berganding dengan Hafiz utk lagu ‘Muara Kasih’.
GX4 tu Saya tak berapa faham. Ramai sebab ada gandingan kumpulan Shades, Kool dan 2 grup yang Saya tak kenal.

Persembahan penutup dari rocker senior Lefthanded & May, sangat best okeh! Kerana Saya juga retro....!

Dan mereka tak over-run. Schedule tulis hingga 11.45pm, tapi 11.35 dah habis dah.




~...sudah merudum sedikit bicara tatarakyat antara SERI BULAN dan cinta hatinya...~


 




28 comments:

  1. Replies
    1. Live di Astro104 serentak dengan Mustika HD134. Mungkin ada ulangan lagi agaknya esok lusa...

      Delete
  2. Kalau dah miss tgk je kat astro on d go kat smartphone.semua dihujung jari ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. memang Astro On D Go pun ada, selain di Astro Gempak!

      Delete
  3. Kalau dah miss tgk je kat astro on d go kat smartphone.semua dihujung jari ;-)

    ReplyDelete
  4. Dapat tengok awal dan akhir je sebab pergi sepital...

    ReplyDelete
  5. Missed ler...i takde astro,..
    :(
    Mmg suka adibah noor...best !!!
    Nk tgk kat astro on d go jgk laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dapat tengok bagus juga, sebab rancangan tu best!

      Delete
  6. kalo kak Azie dah puji, kompom besh. sy kne tgk kat youtube ajer kots...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu tak puji pun, elok cuba tengok sebab Jamal Abdillah memang sangat hensem malam itu!

      Delete
  7. kali ni saya tengok sampai habis...yessss gndingan mantap aznil dan adibah..Baju2 yg adibah pakai mmng cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah... wpun Adibah dok kata, habislah kain di kedai semua, sebab dok buat baju dia, tapi fesyen tu nampak “in” jer kat badan dia.

      Delete
  8. saya memang tak tau hari ni ada AIM, mujur tertekan 104...terus melekat kerna Shila Amzah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shila Amzah bukan saja layak menang, tapi ucapan penutupnya juga sangat memikat hati.

      Delete
  9. secara tak langsung tertekan that channel. terus melekat lahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AIM ni memang kurang publisiti, tapi muncul dengan program yang cemerlang dan berkualiti!

      Delete
  10. mmg best semlm. tak bosan langsung. sronok tgk adibah noor tukar baju byk kali...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. wpun dia tukar baju banyak kali pun, tetap nampak menarik dan cun lagi sweet! bak kata depa #perasan. Hahahaha tapi dia memang cun pun malam tuh!

      Delete
  11. rockers senior tu mmg saya pun kagum juga....menten ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mus nampak ok, tapi Nash nampak mengah. hehehe!

      Delete
  12. saya tak sempat tgk sampai abis kak. hehe. tp yang persembahan dato ct n apis tu sy tgk khusyuk kak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... best. Tapi CT Nurhalija nampak gemukkk...!

      Delete
  13. Terimakasih menerima kedatangan mama. Maaf salah silap. Azie add mama ya- Juhariah Johari,

    ReplyDelete
  14. akak setuju tahun ni tahun shila amzah..suka ngn sikap ayahnya, bila berbicara , lembut dan suka merendah diri..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails