Thursday, December 31, 2009

Gerhana yang indah...

Aku tak ingat bila kali aku melihat gerhana. Seingat aku, melihat gerhana matahari semasa aku kecil dulu. Kecil tak kecil, besar tak besar ler kot. Dah sekolah, hmmm Darjah 5 kot.. Gerhana matahari yang berlaku di waktu tengahari. Berebut-rebut nak tengok. Tunggu kat tengah laman dengan kakak-kakak aku, tengok guna filem yang gelap (negatif). Tak tau mana dapat. Ada gak yang pakai spek gelap. Udah macam pesta masa tu. Seingat aku, nampak matahari kelam jer... tak faham makna gerhana masa tu.

Tapi kerana gerhana bukan berlaku setiap tahun (tak dan dah nak survey kat Google gerhana berlaku berapa ribuan tahun sekali..), maka aku tidak ler begitu teruja lagi. Means, kalu ianya dijangka berlaku sekalipun aku tidak teruja nak tunggu atau nak pi panjat bukit kat belakang rumah or panjat gunung kat belakang rumah kawan aku, semata-mata nak tunggu gerhana. Kalu gerhana bulan? Sah-sah kene panjat gunung tengah malam plak nanti... Hmmm tak koserrr...!

Malam ini kira-kira jam 1.18 pagi nanti, gerhana bulan dijangka berlaku lagi. Means sejam selepas sambutan Tahun Baru malam nanti, pasti golongan yang rajin terkinja sambil polish balik bakat melompat dan menjerit Tahun Baru setahun sekali tu, akan terus pula menyambung pesta gerhana bulan, kan? Wahhh berganda pesta-pestaan tuhhh... Bertuah badan... hmmmm... another "tak koserrr...!"

Aku cuti siang tadi. Tak plan, but menghormati undangan sahabat lama yang balik bercuti dari Sarawak (tercampak sana 3 tahun dek kerana tugas), kami berhimpun lagi, di port lama lagi, dengan geng lama lagi..

Group lama yang sudah serasi dengan port bawah pokok sejak 2003 lagi.. sejak beruk-beruk di atas pagar batu yg memisahkan meja panjang yang kami sambung dengan laman sekolah MGS, itu masih muda remaja hingga beruk-beruk tu tidak lagi kelihatan, sejak bibik yang melayan kami order dari satu jenis air, dari sejuk ke teh tarik buat teh perambat, hingga dah beranak 2,3 dah bibik tu, sejak duluuu...

Akhirnya gathering kami tengahari tadi menjadi acara penutup 2009. Tak rancang pun, sebab plan asal adalah pada esok Jumaat, tetapi port ditutup, dan siang tadi rencana seminggu terlaksana juga. Dengan kira-kira 20 orang muka lama dan baru... kemeriahan lama berulang lagi. Dengan gelak tawa macam takda masalah, dengan gurau yang kadang-kadang tak bertapis hati dan perasaan, sebab masing-masing dah imun.... Belum lagi kira yang selamba badak jer mengutuk hingga ke tahap kutukan dewata.. Hakhakhak!


Terimakasih kawan, sahabat, geng, kenalan, kerabat, handai taulan...

Selamat menyambut Tahun Baru 2010. Semoga beroleh keberkatan lagi di tahun mendatang, dan terus suksess... Bagi yang merajuk, pujuk ler hati sendiri sebab zaman serba canggih ni, orang tak ada banyak masa untuk melayan segala emosi rajuk atau dendam kesumat yang boleh buat muka jadi kelam. Belajarlah menjadi insan yang positif dan kuat berjuang. Bagi yang ingin berumahtangga, teruskan niat murni anda. Percayalah institusi perkahwinan dan kekeluargaan adalah suatu institusi yang murni dan indah...


~...seperti biasa, aku tiada azam yang tetap, tetapi aku sentiasa cuba, sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ini dan semalam, sentiasa berdoa untuk kesejahteraan semua insan-insan yang aku sayangi...~



21 comments:

  1. Salam Azie,
    Gerhana malam ni pun ya..Sambut tahun baru pun ya..
    Gula naik harga pun ya juga..Adakah akibat gerhana..

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya kita sudah tiba ke zaman gerhana. Kena buat solat sunat gerhana ni nampaknya.

    ReplyDelete
  3. ANAK MUALLAF > Salam Kak LEHA. Kurangkan lagi guna gula ler nampaknya. Takperrr... dah manis dahhh...

    KHAYALKHAYAL > Selamat bersolat....:D

    ReplyDelete
  4. Salam Kak..

    Terima Kasih...diatas sokongan Akak...
    Gua menharapkan sokongan-sokongan buat Adikmu ini Kak yer...

    Selamat Tahun Baru buat Kak Azie sekeluarga & semua geng2 di Blog Kak AA

    ReplyDelete
  5. Salam Kak AA ... Selamat Tahun Baru untuk akak, semoga Tahun Baru ini membawa lebih Kebahagian dan Keceriaan yang berganda ganda untuk akak sekeluarga dan supaya orang keliling juga dapat merasai keceriaan akak itu. AMIN.

    Saya ler salah sorang yang dapat merasa keceriaan akak tu. Seronok dapat kenal dan duduk dengan akak.

    ReplyDelete
  6. DJ EPOI > setakat untuk menyokong dan mendoakan buat orang yang baik-baik.. sebaik awak, tak pernah menjadi masalah kepada Kak Azie... All the Best to U, BRO...

    ACIK MY LIFE... > Terimakasih doa dan sokongan. Terimakasih juga kerana sudi menjadi kawan, sudi menjadi pendengar dan berkongsi banyak perkara dengan Kak Azie, sejak dulu.. sejak sekian lama..

    ReplyDelete
  7. 2009 penuh dengan agenda gathering ye kak azie? heheheh
    Selamat tahun baru 2010.

    ReplyDelete
  8. EELOBOR > sapa nyanyi ek? M.Nasir ek... ingat-ingat lupa dahh....

    DIANA > sedar tak sedar, memang banyak gathering berlangsung sepanjang '09.. hmmm berkali-kali-kali...

    ReplyDelete
  9. apa kena mengena gerhana dengan perjumpaan??ada baca salawat ker??nampak islamik..ikatan ukhwah..sambil2..blaa...blaa..

    tampak semacam air kelompok yang tak serasi cuba diserasikan..asalkan jangan berebut peminat dan geng udah laa malu..pada orang KG..sejak dolu..sifat org Melayu ingin jadi ketua.dlm bebrpa kelompok
    .betul tak tiori dulo222..

    selamat serasi..niat baik..dah azam 2010..geng Pofularr.2009 sedang bersidang.., yang mana tak hadir itu termasuk lain KG...

    ReplyDelete
  10. bukan mentari dan bulan saja GERHANA, insan pun dua kali lima,

    lelaki nyamar pompuan, yang pompuan nyamar ID bukan pompuan + bukan lelaki, yang bukan lelaki bukan pompuan lagi la pompuan, (saja buat ayat fail)

    ReplyDelete
  11. Saja nak bagi tau. Wa sudah tag sama lu la... eheks... Tengok entri kat Khayal 3 Januari 2010... jangan mareee... Mulakan Tahun Baru 2010 Dengan Sabar dan Ceria!

    ReplyDelete
  12. Hello Azieazah, here's wishing you a very happy new year and the very best of 2010.
    You stay young, stay beautiful, keep well and have a great new year, Lee.

    ReplyDelete
  13. ZEQZEQ > dengan saya, nak berkasar bahasa sekalipun sudah tidak menjadi hal. Nak ajak bergaduh pun saya dah tak larat lagi. Yang pasti awak sendiri tahu, saya tak pot lah sesapa yang nak nyamar ker nak join kg lain ker.. yang pasti Saya Memang Orang Kampung...:D

    ReplyDelete
  14. KHAYALLKHAYAL > thanks BRO.. Nanti I pi tengok..Lately macam takda mood jer nak blogging..

    UNCLE LEE > helloooooo!! Thanks. Very Best 2010 to you too..

    ReplyDelete
  15. salam kak azie, tak tgk ye gerhana mlm tu? Sy pn tak tgk, time tu dh siap mimpi kot. Sy tahu ada gerhana pn dr ayah, dia cal tanya ada tgk tak gerhana mlm td? Hehehe... sy pulak siap tanya, ada gerhana ker? Nampak sgt tak ambik tahu. Dia ckp dia tunggu smpi 12 lebih, tak ada jgk, dia tido la, tak tahan dh nagntuk

    ReplyDelete
  16. ros,
    kalu gerhana tak sampai alamak...hujan turun hee

    ReplyDelete
  17. selamat tahun baru mok yang --> tua lagi setahun kih2

    ReplyDelete
  18. ROSNANIE > Bunyi mercun pun Kak Azie tak sedar... memang tak der nak nunggu bunga api pun..

    ZEQZEQ > Gerhana hujan akan berlaku di tempat anda. Tunggu jerrr...

    ReplyDelete
  19. CALUK > semoga tahun baru akan lebih cemerlang buat ko dan keluarga..

    hmmm sori berlori, aku lama tak join CC. Kene buat comeback laaa..

    ReplyDelete
  20. zeq, hujan turun? Oh... nyaman nyer tido, jangan lah suboh terbabas....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails