Thursday, January 28, 2010

“Wiken” “siyes”? oh pleaseeeee...!

Malam tadi, tunggu IKA balik kerja (keja part time sementara result SPM kuar). Normally kami selalu borak-borak dan story mesti pasal tempat keja dia lah.

Sambil tu sama-sama layan apa saja program yg dia suka. Selalunya selepas kul 10pm memang dia dah booking remote, sebab siri-siri paberet dia... apa lagi kalu bukan American Idol (siri ni aku pun suka gakkk...), Gossip Girl lah, Beverly Hills 90210 (zaman aku skulah dah ada siri nih..), Super Natural lah (ni wajib dia nak tengok sbb hero 2 beradik tu hensem tak hengatt...!)..

Kalu petang suka tengok Chuck, Glee, pastu siri Ebuzz (ni memang tak bleh miss..) dan banyak lagi lah, dari siri lawak jenaka yang bodoh dan pandai.. malah siri Friends yg dari zaman tuk kaduk tu pun dia bleh tengok ulang-ulang.. adoiii. (Dan malam tadi kami tunggu American Idol sampai kul 1.30 – siri yang juri undangannya, Katy Perry)

Malam tadi kami bersembang-sembang pasal hal pertunangan anak buah aku, means cousin IKA ler, melarat pasal blog dan IKA rekmen aku baca satu blog yang best yang dikatanya, “gerenti MAK suka, sebab menepati citarasa MAK..” Aku kata, aku tak suka sangat baca blog yang guna bahasa ringkas, bahasa sms yang terlalu pendek ringkas sampai rosak bahasa. Guna bahasa pasar masih aku bleh terima, but kalu guna bahasa yg kasar melampau, pastu taip ayat pun ringkas teramat-amat, sebiji macam bahasa sms plak.. ohh tidak..

Dan lagi satu, aku kurang minat baca blog para artis wpun aku tahu beberapa orang artis yang ada blog menulis dengan baik (dengan ikhlasnya tanpa riak seorang selebriti), tapi aku tak pandai nak komen sebab aku tak leh faham dunia mereka sangat. So sekadar nak baca sekali lalu tidak lah menjadi payah pada aku pun, tapi nak ikut sangat, tidak rasanya. Pernah dulu aku baca blog pelakun Zed Zaidi, best blog dia, sekali dua terklik blog Amyza Adnan (dari blog orang), ok jugak sebab dia banyak kisahkan pasal anak-anak dan kehidupan sebenar dia, Ogy Ahmad Daud dan pelakun Ezlan Yusuf... > sekadar menyebut beberapa nama.

Semalam IKA rekmen blog: http://zahiriladzim.blogspot.com/

Budak ZAHIRIL ADZIM ni pelakun, sekali sekala nampak dia dalam drama (antaranya siri Ghost 8TV dan Kami). So pagi ni aku try buka dan baca beberapa entri. Yang bagusnya, dia gunakan bahasa yang seboleh mungkin “spell out” habis tak banyak short form mcm bahasa sms. Aku lihat sekali lalu beberapa entri lain, ada sajak (betullah kata IKA, sajak budak ni best...) ada luahan tentang masyarakat, tentang teater.. hmm tak rugi membaca. Seorang anak muda yang wajar mendapat pujian.

IKA follow blog ni selepas direkmen oleh ALONG. Maknanya ramai remaja memilih membaca blog yang ditulis oleh remaja yang pandai menulis dengan bahasa yang baik. Isi cerita mungkin tidak upaya diikuti, tapi mengikuti perjalanan kehidupannya sekurang-kurangnya memberikan keyakinan kepada generasi sebaya mereka, remaja juga mampu mendidik melalui blog.

Aku copy terus dari salah suatu post di blog ZAHIRIL perenggan ini:
Pelbagai bahasa wujud pada hari ini di seluruh dunia. Tengok sahaja di Malaysia yang memiliki bermacam bahasa. Ia digunakan untuk berkomunikasi untuk difahami. Tetapi, bahasa juga dapat dijadikan sebagai senjata.

dan ini:

Dah settle preview, kita pun keluar lah letak barang – barang dalam kereta pastu berjalan-jalan dengan niat nak edar flyers AIR CON. Tapi inilah part yang aku tak berapa senang. Dalam pada dok berjalan-jalan dengan tenaga kerja AIR CON ni, aku perhatikan pengunjung-pengunjung event ni yang rata-ratanya remaja baya aku. Aku tengok ramailah budak-budak yang berfesyen. Ada yang si perempuan pakai tu, memang aku boleh faham yang kau tak tahan dengan cuaca panas kat Malaysia ni, ada juga yang dengan jeans yang habis koyak, habis rock.

Yang lelakinya pula, kebanyakan memang "INDIE" habis lah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana, memang konon ART lah!. Baju nak design cute habis, seluar nak habis skinny.

Sebenarnya, bagi aku bahasa yang baik menjadi pelengkap cerita. Apalagi cerita tu ditulis penuh telus, selamba saja tanpa prejudis jauh sekali nada riak, so ada cerita yang ringkas dan simple pun jadi seronok dibaca sebab bahasa tak lintang pukang. Aku pun menulis dalam bahasa ROJAK juga, tapi seboleh-boleh tak gunakan bahasa sms.

Sapa lagi nak jaga bahasa sendiri kalu bukan kita? dan generasi kita? (teringat blog BABAH yang best sangat bahasa dia)

*Harus diingat, aku tidak mempersoalkan blog sapa, bahasa apa tapi yang serasi dibaca oleh mata rabunku ini adalah yang mudah difaham dengan cepat (tidak terkial nak faham apa maksud “wiken” apa makna “U ols” “macam bese, wat jela kn..” “tp siyesly sgt2 sakkkkeeeettt” dan SEUMPAMANYA..

## wiken = weekend / U ols = U all / bese = biasa / syesly = seriously.

Ada banyaaaaakkkkk blog yang bagus, yang best dibaca perkongsian berguna, tapi dalam 1 hari mana larat nak buka semua tu, kan?

Entri ini tidak berniat sama sekali mengutuk blog sesiapa sekadar luahan aku terhadap bahasa yang digunakan sahaja... tolong faham yerrrr...


~...Pengalaman aku nak termuntah semasa terbaca blog AZWAN ALI beberapa bulan lalu, buatkan aku lebih berhati-hati. Tapi seseorang beritau aku, blog dia tersenarai dalam “7 Blog Paling Berpengaruh” dalam suatu program Project Alpha... hmmm pengaruh apa??~



47 comments:

  1. LEARN MAKEUP WITH EYRA RIZAL TOUCH!
    MAKEUP CLASSES AVAILABLE!!!
    Personal/self grooming makeup class:
    -basic class
    -introduction of products & tools
    -types of foundation
    -shading & contouring
    -eyebrow shaping
    -usage of certain products
    -oily, dry & normal skin
    -face shape/chart
    -suits for dinner, day, event makeup
    Personal class schedule:
    21/3/2010 : SHAH ALAM RM150/PAX (E.R MINI STUDIO)


    Bridal makeup class (2 Days)
    -Basic to advance
    -(all of the above point)
    -including extra tips and tricks
    -2 shawl & hair styling
    -engagement, wedding, heavy event makeup
    **Bridal class schedule:
    -27 & 28 FEBRUARY 2010 : SHAH ALAM RM500/PAX (E.R MINI STUDIO)
    -27 & 28 MARCH 2010: IPOH RM500/PAX

    ** classes include goodie bags. different gifts for each individual
    ** lunch, products & tools will be provided
    ** certificate of attendance will be given

    (Other Promotion)
    PHOTOSHOOT/MAKEOVER PROMO 30% OFF!!
    Harga asal : RM200/person
    Harga Promotion (30% less) : RM140

    Package includes:
    - 1 A4 size picture
    - 3 4R pictures
    - Free 1x makeup by Eyra Rizal
    ** including shawl styling
    ** including hair styling/ simple hairdo
    - Free Cd memory
    ** add on: Makeup changing RM40/per makeup
    ** add on: 1 A4 size picture RM10
    ** add on: extra shooting RM15/10 pictures (will be kept in a CD)

    > 10 pictures will be shooting for each person
    > limited up to 10 people only
    > booking RM50 only


    WHEN: 7 MARCH 2010 (SUNDAY)
    WHERE: E.R MINI STUDIO @ SHAH ALAM
    TIME: 10:30AM (makeup starts)
    LATEST BOOKING BY 5TH MARCH.


    WWW.EYRARIZAL.COM
    0162128740
    FB: EYRA RIZAL @ EYRA RIZAL TOUCH

    ReplyDelete
  2. NAk dibandingkan Blog Azwan Ali ngn Blog Kak AA
    Bagai langit nak bumi isi2 dalamnya....huhuhu

    Blo Akak lagi berfaedah....
    Gua ponk menyampah abis siut ngn bahasa2 Lucah yg digunakannya..

    Ehemmm!!! Gua ponk bahasa rojak juga weih!!!

    ReplyDelete
  3. kak z.. cheq terasa oooo... blog cheq yg ntahapa2 tu pun tidak menggunakan bahasa yg baik.. nk kena belajar dari kak z la.. huhu

    ReplyDelete
  4. Selalu juga Blog Zaharil. Dah lama dah jumpa Blog dia, semasa menang Pelakon Harapan Terbaik tahun lepas. Memang dia orang seni ... sesuai la dengan akak yang suka sajak dan teater.

    ReplyDelete
  5. LOVE > thanks singgah.


    DJ EPOI > tu puji ker bodek? :D

    ReplyDelete
  6. AIZURA > alaaa jangan ler gitu. Yang baik dijadikan tauladan. Sama-sama ler kita belajaq nooo...


    ACIK MLMW > memang best blog ZAHIRIL ni. Tabik dan ada kala sayu membaca luahan ikhlas dia tentang persekitaran, tentang kepincangan masyarakat dsb. Macam tak percaya budak berusia 24 tahun boleh sematang itu...
    .

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Zie...

    Bahasa mencerminkan bangsa.. punah bahasa, punahlah bangsa...

    ReplyDelete
  8. NIDA > benar tu. Yang penting kita bangga dengan bahasa kita. Kerana bangsa lain pun gunakan bahasa kita juga..



    UPDATE TERKINI: Aku sudah habis baca semua entri ZAHIRIL ADZIM ni. SEMUA entri, ok. Dan kesimpulannya, dari kaca mata rabun seorang aku, DIA akan menjadi seorang anak muda yang cukup kental dalam dunia yang serba mencabar ini...!

    ReplyDelete
  9. opss! MAAF aku tertaip “dia” tu huruf besar pula.. Aku tidak bermaksud YANG ESA, tetapi dia itu merujuk Zahiril.. MAAF....

    ReplyDelete
  10. tak dapat tolong orang, dapat buat pahala kering kat blog pon dah dapat satu pahala melalui niat untuk buat kebajikan... so jangan le kita melalut dengan menda tak pekdah

    ReplyDelete
  11. CEMOMOI > kita tidak berupaya menghalang orang untuk merapu melalut (selagi tidak menghasut, kang kene tangkap...) dalam blog sendiri...

    tetapi menulis tanpa niat apa-apa, jauh lebih baik dari berniat untuk menunjuk pandai atau merasa sangat hebat... kan?

    ReplyDelete
  12. saya juga khuatir kalau gaya penulisan ala sms ini terikut2 dalam peperiksaan di sekolah dan seterusnya dalam urusan surat menyurat di pejabat. harap2lah kekhuatiran saya itu tidak menjadi satu realiti.

    ReplyDelete
  13. Bang HAMZAH > rasanya macam sudah pernah berlaku tapi mungkin masih terlalu sedikit...

    Apapun saya yakin sistem pendidikan dan para GURU kita amat peka akan hal ini... kita kena yakin dengan kemampuan mereka kan?

    kita dengan cara kita... educate thru blog, bleh I guna ayat tu?

    ReplyDelete
  14. Aslmkm Azie.
    Bahasa sms tu seharusnya 4 sms jer, tp kekadang meeka terbawa2 ke persada lain juga kerana nak ringkas & cepat la kut .. :)
    Kak G berpegang kpd prinsip yg jauh lbh mudah .. asal nawaitunya baik, isinya baik & landasannya tdk jelek & dangkal .. bolehlah diterima.
    Dlm perjalanan hidup Kak G lg jumpa bermacam2 rupa kiranya .. mcm blog lucah yg follow Kak G tu .. aduh!!!

    ReplyDelete
  15. kekadang guna juga bahasa sms, sbb malas nak menaip panjang sgt, yg penting maksud & tujuan sampai dan tidak terpesong.

    blog yang merapu & bercakap bahasa kotor & kesat, memang tidak sesuai untuk di baca malah tidak menambahkan ilmu.

    ReplyDelete
  16. Salam!
    Mcm Azie ni ada potensi nak layan pelbagai blog mengikut peringat usia kerana Azie boleh ikut rentak naluri mrk! Still young isn`t it!
    Macamana pun saya lebih suka melayan dialog lebih berbentuk loghat2. Tak kisah ler Loghat Perak, Kedah, Kelantan, T`ganu, Sabah atau Melayu S`wak! Mungkin usia dah meningkat kot!

    ReplyDelete
  17. Salam..
    Bahasa jiwa bangsa...
    tapi bahasa sms remaja memang menyiksa jiwa!

    ReplyDelete
  18. Azieazah, oleh kerana I boleh menaip sambil pejam mata, maka I tak ada masalah menaip dengan ejaan sempurna; tapi tulah I rasa I perlu blend dengan keadaan masa kini juga; maka terikut2 juga dgn bahasa pasar dan bahasa sms.

    ReplyDelete
  19. terang & jelas...tak ada short form. susah nak cari teen bloggers macam ni. blog saya masih banyak yang kurang..urm, nampaknya perlu ada pembaharuan. bagus entry ni kak azie, celik sikit saya..thanks. :-)

    ReplyDelete
  20. salam azie.. lama tak menjenguk .. abeli belajar dari teman walau pun sepatah perkataannn..

    ReplyDelete
  21. Kak Azie,
    I pun kadang2 geram jugak tengok bahasa sms ni. Kalau short form takpe sbb orang faham lah jugak. Tapi bila dah tukar habis ejaan like 'wikens' and 'siyes' tu memang tak tahan..
    Kat OZ ni pun budak2 dia dah ramai yg tak tahu spelling sebab diaorang dah biasa sgt2 dgn spelling sms so bila exam, hancus!

    ReplyDelete
  22. Kak Azie...
    Vic dah berpuluh2 kali menegur teenagers skang ni yg suka sangat taip sms, tulis blog, status fb dengan tulisan shortform mcm tu. Masalahnya... kalau shortform yang = yg, tidak = tak, kampung = kg, boleh la kita paham.... ini jauh benar lari ejaannya..

    Pastu kadang2 ejaan yg diubahsuai lebih panjang dari ejaan asal... jadi apa relevannya shortform? Vic selalu juga terfikir... kalau la perkara ni dah jadi kebiasaan, apa jadi pada bahasa kebangsaan? Tidak ada lagi bakal sasterawan negara nampaknya ye?

    ReplyDelete
  23. Kak zai pun pernah terbaca blog si azwan tu memang meloyakan nak termuntah.wekkk.....
    Betul kata azie, siapa lagi nak memertabatkan bahasa kita.

    ReplyDelete
  24. DDrFAUZIAH > Salam Kak G. Saya turut kesal bila Kak G kata followers blog Kak G adalah blogger blog luch.. sungguh kesal rasanya.

    Adakala nya bahasa ringkas asal boleh sahaja difahami, sudah ok buat kita...



    EELOBOR > orang yg suka menulis dengan bahasa kesat dan kotor, adalah orang yg sakit..!

    ReplyDelete
  25. TAJNUR > Bang, saya pun bukan muda lagi nak layan segala blog ala-ala remaja, tetapi kerana saya tidak begitu memilih, jika ada masa, saya baca juga blog orang muda-muda... :D

    blog yg ada loghat? Wahhh best tu.. pernah jumpa blog yg menulis Banjar? Saya teringin nak belajar lagi...


    SHANIZA > dunia semakin canggih, bahasa menjadi mangsa.

    ReplyDelete
  26. mokyang, saya dah lama follow blog ZA ni, walaupun dia artis, tapi dia memang menggunakan bahasa yang indah. Pelajar Aswara ini juga banyak tersirat dalam setiap entrinya....

    ReplyDelete
  27. KAK SOM > amboiii menaip bleh tutup mata ek? macam buat kuih jerrr ek... Maklum, buat Lempeng Pisang tutup mata sebelah ek? hehehe...



    SITI MURNI > sama-sama ada kesedaran dan berusaha memperbaiki, itu lebih penting.

    ReplyDelete
  28. ABELI > Salam, terimakasih menjengok kembali. Satu lama-lama jadi dua dan akan menjadi beratus-ratus....



    LEMONGRASS > Terimakasih MIN. Semakin hari kita merasa sedih melihat bahasa ibunda dipermainkan sebegitu...

    ReplyDelete
  29. VIC DIANA > menukar sesuka hati ejaan bahasa Melayu memang salah dan generasi akan datang tidak lagi bangga dengan bahasanya. Bukan menolak bahasa lain, tetapi bahasa sendiri jangan diperkecilkan.


    ZAITUN > Kak Zai, kita cuba menjaga agar yang rosak ini tidak semakin parah..

    ReplyDelete
  30. DINA > MokYang baca semua entri dia, dari mula sampai terkini. Memang best sebab dia begitu bersahaja dan isu yang ditulis tidak banyak pun bercerita tentang diri dan kariernya.. Means dia tak syok sendiri...

    Pastu MokYang baca pula blog IBU dia sampai habis semua. Lagi kagum, sebab IBU dia berhenti kerja, ambik Master lak di UM bidang Psikologi. Sekarang jadi Pakar Kaunseling.. Lulus semua ketika sudah ada cucu.. Tabikkkk...

    ReplyDelete
  31. KAK CIK > sejuk hati dan damai jer baca blog dia... sekali sekala tergelak sebab ketelusan dan selamba dia...

    ReplyDelete
  32. Yer Kak...bila Gua godek2 blog dia ..cam tak percaya siut!!
    Penulisannya begitu indah dan TERANG!!!!!

    Betui Kak dia tak Shok sendiri huhuuuuu...


    P/S Gua bukan PUJI kak....Gua bodek jerkh!!! hahahah

    ReplyDelete
  33. EPOI... > bodek selagi mahu.. untung-untung jatuh tergolek...hahahaha...

    ReplyDelete
  34. Kak,

    Serius lepas ini famous blog saudara itu. Hehehe. Saya pun masuk melalui blog akak.

    ~btw, trip ke Kelate tu masih kosong?

    ReplyDelete
  35. kak azie... jom pi semayang... keh3

    ReplyDelete
  36. IRIS > email Kak Azie kalu nak join me pi trip Kelantan. Kak Azie so far, confirm untuk diri sendiri dah...
    IRIS nak bawa sapa pun boleh... or, call me: 012 9737224


    ICE > selamat bersolat..

    ReplyDelete
  37. Berbahasa melayu yang baik secara maya, membentu satu pengkalan data peringkat dunia yang mantap. kata nak globalkan bahasa Melayu...inilah masaya. Tapi, kalau guna bahasa sms kat blog, sampai bila-bila pun tak terangkat martabat bahasa melayu kita.
    Kita marah orang hina bahasa kita, bangsa kita...tapi, sejauhmana kita cuba untuk perkasakannya? Ramainya..."perkosa" (mohon ampun dengan istilah sebegini...tetapi maksudnya perlu difikirkan secara mendalam). malang lagi, dibuat dek bangsa kita sendiri. Akhirnya, mahu salahkan siapa?

    ReplyDelete
  38. ANYSS > seronok baca pendapat ANYSS. Sama-samalah kita membantu dengan cara kita... Tidak banyak tapi sekurang-kurang tidak bersekongkol dengan perosak bahasa ibunda sendiri...


    ECHAH > Tazkirah di hari Jumaat... oiiittt jangan lena...!

    ReplyDelete
  39. pssssstttttt kak azie, nak sms kak azie bley ke? kui3

    ReplyDelete
  40. ICE > ohoooo tadi yang sms from unknown ajak makan Spagheti Meat Ball di Pavilion tu ko ler yer? Nyesal aku tak reply... cissss...! > hantuk kepalaaa...

    ReplyDelete
  41. aiyaarrrrrrkkkkkkkkk bukan saya laaaa kak azie... tu mesti secret admirer kak azie tu... keh3 kalo saya yang sms kompom kak azie kenal punye

    ReplyDelete
  42. ICE > itu bukan ko erk... Rabun teruk aku ni dahhh... Agaknya sms ICE yang bagitau dia kena keja sampai malam dan Senin nanti pun kena OT tu agaknyerrrr... so dating kensel..! yang itu ek?

    ReplyDelete
  43. hak3 kak azie wat lawak yerrrrrr... im on holidays till 3rd february laaaaa... muahahahahaaaaaa

    ReplyDelete
  44. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails