Saturday, November 27, 2010

FILEM 2 ALAM: Ulasan yang Adilkah Ini?

Aku copy bulat-bulat dan tampal leper-leper dari email Yahoo Group yang aku terima hari ini. Pengirimnya: “misada”

Saya telah berpeluang menonton Filem 2 ALAM Keluaran Dr. Rozmey.... Memang rasa kecewa sangat dengan filem yang digembar-gemburkan akan mencapai kutipan angka RM 40 Juta.
Berikut Adalah Kesimpulan/Penilaian Yang Boleh Dibuat Setelah Menonton Filem 2 ALAM : -

1) Hanya Memakan Masa Tayangan 1 Jam 10 Minit. (Kalau Drama Kat TV Pun akan Memakan masa 1 jam 30 Minit + Iklan Jadi 2 Jam.

2) Filem ini Hanya Sesuai Untuk Tayangan Di TV je..
3) Filem 2 ALAM lebih mirip Siri Drama ' HIDAYAH ' dari Indonesia Yang Pernah Ditayangkan Di ASTRO. Malah Drama " Hidayah " adalah lebih Baik Dan Berkesan dari Filem 2 Alam.
4) Pada Permulaan Cerita, Penonton Dipaksa Membaca Falsafah-falsafah yang tertera Di Layar Hampir 5 Minit (Membosankan).
5) Penonton sebenarnya tidak tau siapa sebenarnya yang mati (Lelaki Atau Perempuan)
sebab Wajah Si Mati Tidak Ditunjuk dengan Jelas. Yang Mandikan Pak Imam dan Orang2 Masjid Sedangkan Si Mati Berambut Panjang.
6) Latarbelakang MUZIK amat membosankan sebab lebih kuat dari Dialog Pelakon2. Kadang2 penonton Tidak Dapat Mendengar dengan jelas dialog2 pelakon.
7) Penonton Jadi Keliru untuk fokus jalan cerita, sebab setiap scene ditukar2 sekejap Kisah Mandikan Mayat dari Rumah Sampai lah Ke Kubur yang banyak mengalami Rintangan. Memang tak logik langsung..mengusung mayat dari tengahari sampai ke tengah malam tak sampai2. Satu lagi scene yang diselangselikan dengan kisah hidup Si Mati (ADAM - Lelaki yang Menukar Jantina menjadi perempuan dan Penyanyi/Pelacur bernama AMY. Mayatnya tidak diterima Bumi sebab Dia Murtad berkahwin dengan Mat Salleh Di luar Negara.
8) Terlampau banyak adegan2 SEX antara Amy dan Pasangan2nya. Kes Dia Dirogol Bergilir-gilir di dalam Kebun. Dan Perkataan2 lucah " MAIN Dengan Amy " dan juga aksi2 lucah yang meloya, menjijik dan memalukan. Filem ini sepatutnya diletakkan tanda (18sx). Tidak Sesuai Untuk Bawa Keluarga terutama kanak-kanak.
9) Keseluruhannya filem ni dikatakan Kurang berjaya menarik semua penonton-penonton. Sudah tentu kutipan yang dijangkakan tidak akan sampai RM 40 juta. Mungkin setakat RM 4 juta sahaja (Itu pun belum tentu lagi)
10) Ramai Penonton2 mungkin akan terdiri dari sahabat handai, saudara mara, kenalan atau pelanggan2 BODY SLIMMING di bawah Naungan Dr. Rozmey.

Synopsis Filem 2 ALAM

Seorang lelaki bernama Adam asal kampung telah berhijrah ke luar negara. Masa kecil dia pandai mengaji Qur'an dan berkawan Baik dengan Ustadz (Aaron Aziz). Ustadz sambung belajar di Mesir sedangkan ADAM berhijrah ke Eropah. Bertukar Jantina melalui pembedahan menjadi seorang perempuan yang cantik. menukar nama dari Adam jadi Amy. Menjadi Penyanyi Terkenal di Kelab Malam. Sering berbuat Maksiat dengan jantan2 yang dia suka. termasuk Bangsa Mat Salleh.

Disebbkan terlalu menyintai Mat Salleh ini Adam/Amy telah sanggup menukar agama menjadi Murtad. Mereka Berkahwin Di Gereja (Entah Di mana?). Maka Mereka berfoya2 tiap2 malam dan mabuk2. 1 Malam mereka berdua telah diugut oleh 3 samseng2. Mat Salleh ni dipukul, Adam/Amy telah dirogol bergilir-gilir hingga Pengsan.


Keesokannya Mat Salleh ni buat laporan Polis menyatakan dia di belasah samseng dan teman wanitanya (Adam/Amy) telah dirogol. Berita masuk suratkbar dan diketahui umum hinggalah sampai ke kampungnya.


Adam/Amy amat kecewa dengan sikap Mat Salleh Ni.Mereka bergaduh sakan hingga membawa Adam/Amy ' Membunuh Diri". Mayatnya dibawa balik ke kampung untuk disemadikan di Perkuburan Islam. Tapi berbagai halangan dan masalah yang dihadapi semasa hendak menghantar mayat dari rumah ke kubur. Scene2 halangan dan balasan Allah kepada Mayat begini seringkali dah ditunjukkan di dalam Drama-drama Di TV. Tidak ada apa-apa keistimewaan yang dapat kita lihat dalam filem ini. Malah scene2 yang ditayangkan di dalam drama-drama di TV adalah lebih menakutkan dan boleh mnginsafkan seseorang.


Diakhir cerita mayat selamat sampai di tanah perkuburan waktu tengahamalam di mana emak dan ayah si mati dah sedia menunggu di tepi kubur. Hairan juga mereka lebih cepat sampai ke kubur sedangkan ayah si mati lumpuh duduk di atas kerusi roda.


Diakhir cerita berkumandang lagu AMY Search menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman.


Semua Penonton terpinga2 kesudahan cerita 2 ALAM ni. Tiba2 je dah habis sebaik sahaja AMY SEARCH menamatkan nyanyiannya.


Sekian Sedikit Komen/Penilaian Saya Tentang Filem 2 ALAM. Sesiapa Yang teringin Sangat Nak Menonton Filem Teristmewa Ni... Silakan dan Bolehlah Buat Penilaian Sendiri.

p/s Dr. Rozmey Jangan Marah Ye Ini Penilaian Ikhlas Dari Penonton Yang Suka Menonton Filem-filem Melayu. Kena buat Filem2 Yang Betul2 Boleh Menarik Penonton Datang Ke PAWAGAM...


Aku tak mahu komen dulu, sebab aku pun tak berhasrat nak tengok. Tunggulah, mesti masuk tv tak lama lagi tu...


47 comments:

  1. rasanya kalau main kat tv pun saya tak tengok....bukan sebab menyampah dengan promosi tak kena tempat. tapi memang saya tak minat. minat cuma fb & blog jer. hehehehe

    ReplyDelete
  2. saya pun tak berhajat nak tengok...belum berjaya 'menarik' minat

    ReplyDelete
  3. baik tgk 'aku tak bodo' je. ada amy mastura. lagi besh!

    ReplyDelete
  4. salam ziarah kak,

    promosi dia dengan macam pengisytiharan raye, masuk paper dengan kos rm 5 juta belum tentu dapat jamin diorang dtg tengok. ape pun bagi saya dengan kritikan2x tu menyebabkan saya laaagiii nak tengok. (tunggu masuk tv mcm akak) hahaha


    ;)

    ReplyDelete
  5. kot masuk tb... tb pon tak brapa nak nengok, takpe la bagi aja kat kaki panggung

    ReplyDelete
  6. EELOBOR:
    Bagi yang tak minat wayang, memang tak leh nak paksa diri, kan?


    KAK KUJIE:
    Salam KAK. rindu AKAK...
    Yeahhh pengalaman pertama, pasti banyak lagi yang kurang.

    ReplyDelete
  7. GADISBUNGA:
    Eh tu drama baru ek? Lama tak tengok Amy Mastura berlakun. I like masa dia berlakun jadi Tol Girl masa musim raya...


    F.AMINURRASHIDD:
    Salam kenal dik.. Sila.. Terimakasih
    Promosi tidak salah, kerana dia mampu dan kos pun dia kuarkan, lebih dari orang lain. Itu sudah pasti.
    Yang tak best, bila ruangan itu dia tulis sendiri, so tidak adil kerana sudah seperti syok sendiri...

    ReplyDelete
  8. Salam Azie.......
    thanks for the info......
    duit tiket lebih baik belikan susu utk baby.........Q.

    ReplyDelete
  9. CEMOMOI:
    Yeahh... sama.
    Jika filem sehebat HARRY PORTER pun Kak Azie belum rajin nak pegi tengok, apatah lagi bila baca kritikan sebegitu.

    Jangan pula disangka orang kita MELAYU tak sokong filem Melayu. Tetapi jika hasilnya tidak sampai seperti yang kita harapkan, jangan salahkan penonton Melayu..

    Kita cuba berlaku adil, cuba untuk melihat sesuatu yang bagus tentang filem ini, tetapi dilindungi oleh begitu banyak kekurangan.

    ReplyDelete
  10. Salam KAK QUEENIE:
    Yeahh.. betul juga tu.
    Jika ada duit terlebi pun, saya rasa ramai akan berfikir 2x, kecuali jika ada tiket free...! itupun kalu ada pula masa free.

    ReplyDelete
  11. Saya rasa percubaan pertama DDR agak keterlaluan dari segi promosi. Mungkin cara dia, promosi filem sehebat dia promosi setiap produk dia.

    Yeahh.. itu hak dan pilihan masing-masing.

    Cuma kesal juga bila, ianya tidak seindah yang dibayangkan oleh produser sendiri.

    Jika boleh bagi 3 bintang pun sudah baik utk filem baru, tetapi ada orang kata, nak bagi 1/2 bintang pun susah, apa cerita...?

    ReplyDelete
  12. Tunggu tayang kat TV lah dulu ... tapi setakat ni ulasan semua lebih kurang sama ... negatif jer. Dr Rozmey rasanyer tak yah lah nak masuk bidang seni, jual ubat jer lah.

    ReplyDelete
  13. sebagai peminat panggung tegar..
    mmg kecewa nk melangkah kaki tengok filem ini sbb feel dye lgsg tak sampai..huhu

    ReplyDelete
  14. bile da ckp mcm nie xde mood la nk tgok cie nie...

    ReplyDelete
  15. Rasanya Dr ni gila glamer lah...duit dah banyak..Tak suka tgk rambut dia..heee

    ReplyDelete
  16. ACIK MLMW:
    Kak Azie rasa, dia ingin gunakan strategi jual ubat itu dlm bidang yang lain juga. Malangnya, kurang berkesan, tetapi dari segi promosi, dia tidak gagal.


    LIYA:
    Yeahhh... better pilih filem lain.

    ReplyDelete
  17. NURAYUNI:
    Tetapi ada juga keadaan, bila kena kritik teruk, orang semakin teringin nak tengok sebab nak lihat sendiri apa yang dikata “teruk” itu. Susah gak nak ramal.


    YAN:
    Mujur DDR sendiri tidak berlakun sama. Jika tidak...

    ReplyDelete
  18. patot la orang kata cite ni indah khabar dari rupa~

    ReplyDelete
  19. SITI FATIMAH:
    Salam kenal. Sila masuk...:)
    Mungkin ayat itu paling tepat.

    ReplyDelete
  20. salam kak azie.... tumpang sekaki.... Rai nk share this topic

    ReplyDelete
  21. CAHAYA KITA:
    Salam, sila masuk.
    kena masuk 2 kaki, takleh sekaki jer.:)

    RAI? adakah ini Raihana, Kajang? (sori jika salah orang)

    ReplyDelete
  22. dr rozmey ~ elok fokuskan pd mcmana nk luaskan empayar perniagaan dr sibuk nk glemer buat filem..di mana asek muka sendiri yg kuar lam paper masa promosi...apa kes?

    ** or tumpukan perhatian utk ubah pesen rambut yg sgt.....errrrr........POYO
    opsssss......

    ReplyDelete
  23. OGY:
    hehehehe.. Pada Kak Azie, DDR memang berjaya dari segi bisnes dan dalam bidang perubatan.
    Menceburi bidang filem dgn apa alasan sekalipun, tetapi tanpa ilmu memang susah hendak berjaya..
    Hentam keromo saja. Lebih parah merosakkan kualiti filem itu sendiri. Malang, kan?


    Pesen rambut POYO? Itu tiada kaitan kot dengan kualiti filem... :)
    Mujur dia tak berlakun sama.

    ReplyDelete
  24. next pilem...ada Pamela Anderson tau!!!!!!
    meletopss!!!!!!

    ReplyDelete
  25. DrSINGA:
    Memang, memang akan malatop!

    ReplyDelete
  26. Publisiti aje lebih oleh DrRozmey nih.


    Rasanya tunggu raya tahun depan ajelah di Astro. Itupun kalau tak berjalan raya ke mana-mana.

    ReplyDelete
  27. azie...
    nampaknya bukan akak sorang dalam malaysia ni kata dia pelek... rata-rata merasakan dia memang tersangat pelek...
    (nak pelek boleh tp janganlah terlalu sangat peleknya....)

    ReplyDelete
  28. K.Azie,saya tak teringin nak menonton filem tu,dalam beberapa thn ni dah set minda & hati tdk mahu ke panggung wayang,InsyaAllah...

    Hari tu ada terbaca di akhbar : alangkah baiknya filem & drama dibuat berdasarkan Al-Quran.

    Saya muak menonton drama & filem memaparkan aksi berpeluk & bercium - Org seni jiwanya halus, makanya byk cara lain mereka blh fikirkan bagaimana nak menunjukkan kemesraan keluarga/org tgh bercinta selain drp sentuhan.

    K. Azie, dengansegala hormatnya saya menjemput K. Azie datang ke rumah saya esok - hari Ahad sebelah mlm. Echah Combi jadi datang tau... Marile... Alalalaaaa.. marile... Ini betul2 bukan cobaan...

    ReplyDelete
  29. Kadang2 itu yang membuatkan kak Zai malas nak tengok cerita melayu sudahlah tak menarik lembab pula,gembar gembur aje lebih.

    ReplyDelete
  30. salam
    tak ada kualiti..tak payah tayang mana mana

    ReplyDelete
  31. hahahaha...filem syok sendiri :P
    oppsss....opis dia kat jitra dekat ngan rumah i

    ReplyDelete
  32. salam kak...mas pun ada dengar tentang filem 2 alam ni....tinggi sangat targetnya....
    kalau gitu la ceritanya..tak teringin nak tengok..he..he..biasa jer ceritanya....
    pst : mas ada nmpk blog mas duniaku kat sini,sekarang blog mas duniaku dah tak aktif, dah bertukar ke Duniaku...harap maklum yer kak
    http://mas-dapurmas.blogspot.com

    ReplyDelete
  33. Salam,
    Kalau blogger je tulis negatif, taklah heran sangat. namun, bila wartawan di akhbar mstar, utusan Malaysia pun tulis yang macam tu juga...hilang daya tariknya.

    Buat masa ni saya tak nak ulas pasal filem ni kat blog, kang lagi merana DDR hu hu hu


    Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Tiga

    ReplyDelete
  34. Salam

    nasib baik tak tengok. Kalu duit lebih baik sedekah ka zakat ka...nengok wonderpet kelakar gak...jgn marah .....

    ReplyDelete
  35. akak, GB tag akak utk satu task. jemput le ke belog GB, jgn malu2. huhu~

    btw kak, 'Aku tak bodoh' tu movie adaptasi dari movie 'I not stupid'. dgr2 citer tu best!

    ReplyDelete
  36. salam kenal dari ieda
    ermm x pernah nak tgk cite nie .. sbb tahu hasilnya x sehebat mana ... :)

    ReplyDelete
  37. Aslmkm Azie.
    Memang tepat kata bijak pandai yang realistis: 'Tak ada seorang pun yang bijak & pandai dalam semua hal' kerana hakikatnya manusia dijadikan dengan banyak kekurangan.
    Simpati saja la! :)

    ReplyDelete
  38. AZRINA:
    Publisiti lebih kerana dia sendiri yang beli publisiti itu.
    Tunggu raya? Jangan-jangan tak sempat, sebab raya jauh lagi tu..


    AKAK:
    Pelik dalam kelasnya yang tersendiri..:)

    ReplyDelete
  39. LIZA:
    Bagi golongan macam kita, yang sudah berkeluarga dan ada ramai anak, tentulah mengharapkan sesuatu yang murni sebagai hiburan dan panduan.

    Jemputan? Mengejut nyaaa? Rumahnya di mana tu.
    Terimakasihhhh... Tapi mengejut sangat niii

    ReplyDelete
  40. KAK ZAITUN:
    Memang tidak keterlaluan jika kita katakan inilah filem yang kita rugi kalu tak tengok.


    BRUTALSOLO:
    uik... ye tak yer jugak!

    ReplyDelete
  41. ZAKIYAH ZAINON:
    Salam kenal. Sila masuk, timakasih.
    Oh dekat noo, lagu tu bleh la dok tengok dia hari-hari..:)


    MAS:
    Begitulah cara orang utk mencapai hasrat hati. Lain orang lain cara.

    ReplyDelete
  42. Salam ANYSS:
    Ye la, MokYang pun tak tulis dari ulasan peribadi sendiri, main copy jer. Tak tau nak tulis sangat sebab belum tengok.


    MAMAWANA:
    Salam. Sila masuk, terimakasih.
    Dah lama tak tengok Wonderpet sebab anak-anak lebih nak tengok Dibo!

    ReplyDelete
  43. GADISBUNGA:
    Ada task? Alaaa... terimakasih :)


    IEDA:
    Salam kenal IEDA. Sila masuk, terimakasih.
    Mungkin yang hebat adalah promosi.

    ReplyDelete
  44. Salam DDRFAUZIAH:
    Sekurang-kurangnya dia mencuba. Mungkin dia tidak kesal kerana dia banyak duit...!

    ReplyDelete
  45. K. Azie, Mengejut eh...? Ala, bkn selalu... meh la.

    Semak e-mail K. Azie ya, saya dah e-mailkan alamat rmh.

    ReplyDelete
  46. Thanks LIZA. Kak Azie dah reply email...

    ReplyDelete
  47. K. Azie, baru buka e-mail x dapat lagi le e-mail tu... kalu rajin call le saya ye, jap lg nak start masuk dapur main masak-masak :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails