Saturday, September 3, 2011

Syawal 4th: “Tak Faham, Kenapa Ada Orang Pergi Piknik Masa Hari Raya?”

Assalamualaikum
JumAAt
Ramadhan 4th


Raya tetaplah Raya.

Pelbagai program disusun menjadi agenda Raya, agar meriah. Asal tidak menyimpang dari adat dan hukum. Pernah dengar orang buat party minum-minum masa Hari Raya? Adaaaa...

Orang yang tidak balik kampung dengan sengaja pun masih boleh diterima, tetapi bak kata penyanyi Anuar Zain (semasa menjadi tamu di Radio Hangat); “Saya memang tidak faham kenapa ada orang yang tiap kali Raya mesti pergi melancong luar negeri?”

Kemudian aku baca satu kisah benar, seorang wanita yang baru berkahwin menyambut raya kali pertama dengan keluarga Mertua, terperanjat besar bila dia dibawa berkelah-kelah di pantai pada pagi Hari Raya sampai ke petang! Tiada saudara-mara untuk dikunjungikah? Tiada jiran untuk disapa-ramah?

Syawal 1432H/2011M, memang aku tidak upaya beraya di tanah leluhurku (Perak Darul Ridzuan) walaupun ada plan, namun masa yang suntuk Raya disambut lagi di kampung MyTOKLAKI (Jemapoh, Kuala Pilah). Tentulah tidak sama dengan sambutan di rumah kelahiran sendiri, kan?

Berapa pun riuh rendah dan gelak tawa saudara-mara ipar duai, atau enak-lazat masakan air tangan Mak Mertua — tetap tak sama, tidak akan pernah sama dengan keadaan bila berada di kelilingi adik-beradik sendiri, atau duduk borak-borak mendengar MyBONDA bercerita, meluah rasa. Sekali sekala dia bercerita kisah dulu-dulu... yang tak pernah kami tahu sejak kecil.

Sekembali dari Kuala Pilah, AA dan MyTOKLAKI sudah sepakat menanam azam insyaAllah tahun hadapan Raya akan disambut pula di Parit Buntar. Rindu dan rasa “kehilangan” itu terasa sangat kali ini...

Sedih dan sayu.

Ditambah pula beberapa insiden melukakan hati kami berdua, yang susah untuk diluahkan yang terjadi tanpa disangka sepanjang beraya di Jemapoh, menambah pilu dan kesal.

Aku pernah menulis beberapa tahun dahulu, betapa pun kita rapat adik-beradik, masa yang berlalu tidak mustahil merubah hati dan ikatan darah yang terjalin. Samada atas alasan harta pusaka, dengki cemburu, dendam lama atau apa saja... Pasti ada hati yang terluka atau terpaksa dikorbankan.



Pic: Raya pertama
Menziarahi kubur di pagi Raya, menginsafkan. Anak-anak kecil yang dibawa akan mengerti bahawa setiap yang telah pergi tetap menjadi ingatan di hati kita yang masih ada. InsyaAllah...




~...SERI BULAN masih mencari waktu dan ruang yang sesuai untuk “bersendirian” bersama HISYAM, agar segala rindu dapat dilerai dan kemelut jiwa dapat dikongsi tetapi tetamu bertali-arus di Teratak Nyatuh bagai lebih rindu terhadap lelaki idola mereka itu...~








11 comments:

  1. Konsep raya yang sebenar perlu difahami dan dipertahankan...

    ReplyDelete
  2. http://xiiinam751.blogspot.com/2011/09/erti-raya-bagi-keluarga-besar-saya.html

    ReplyDelete
  3. first time ayu dapat tahu ttg raya ke luar negara atau pik nik..
    subhanallah...
    agak2 depa dah cetek pengetahuan atau mahu ubah maksud 1 syawal??
    amat menyedihkan...

    ReplyDelete
  4. walaupun beraya rumah kakak tapi pergilah jugak raya rumah kawan2 kakak...takde der saya nak pergi piknik, pergh takde perasaan kekeluargaan ke hape?

    ReplyDelete
  5. masing2 punya idea raya yang berbeza kan azie. tapi apa pun yang penting ialah kesatuan hati di kalangan darah daging sendiri....

    moga Allah berkati hidup kita semua

    ReplyDelete
  6. jgn terkejut,ada yg pergi Zoo...lawat sedara kot.

    ReplyDelete
  7. Kakcik dan keluarga juga yang banyak menghabiskan masa atas jalanraya. :(

    ReplyDelete
  8. Saya tak dan nak berpiknik - Menziarahi saudara-mara pun bagai x cukup dalam masa seminggu - tak puas.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat K. Azie sekeluarga - teringin nak merasa & meng'order Tart Nenas Tersohor tu...

    ReplyDelete
  9. Akhamdulillah masih mengamalkan konsep beraya cuma tidaklah pergi ke kubur di pagi Syawal memandangkan hanya sebelah petang baru balik ke kg (kalau ikut kebiasaanler)... dulu masa bujang memang itulah rutinnya..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails