السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
20-01-2014
Sambutan Maulidur Rasul 2014 di taman saya, berlangsung semalam 19hb. Seperti tahun-tahun dulu, surau taman saya memang sentiasa meriah dan sambutan sebegini sudah menjadi perkara rutin.
Berkumpul seawal 8:00pm untuk sama-sama dalam perarakan sambil berselawat.
MyTolaki di barisan hadapan, sempat pulak dia snap saya di kelompok belakang.
Kumpulan kompang surau memeriahkan lagi perarakan. Perarakan yang dibantu-kawal oleh pasukan RELA menarik perhatian penduduk taman kaum lain yang sedang bersarapan di restoren-restoren sepanjang laluan kami.
Berakhir di surau, semua yang terlibat bersarapan. Bab makan di surau tidak pernah menjadi masalah. Untuk sarapan sahaja, ada 3 buah restoren yang menaja. Alhamdulilah.
CHAK beratur penuh sabar tunggu Kepak Ayam yang nampak sedap tuh.
Ini untuk budak budak saja la saya rasa. Saya tak amik pun. Banyak makanan lain.
Acara bersambung dengan doa, selawat, ucapan perasmian, tazkirah pendek, bacaan Al-Quran.
Acara kemuncak adalah ceramah khas Maulidur Rasul oleh penceramah undangan khas yang popular di area sini:
Ustaz Haji Nahrawi!
Banyak kali dah saya hadir ceramah Ustaz Haji Nahrawi ni. Memang best. Sejam setengah pun tak terasa bosan pun. Sekali sekala slang Jawa tu yang menggelikan hati.
Berdiri dan berselawat beramai-ramai. Selawat adalah doa. Selawat adalah rahmat. Selawat adalah ibadah. Menunjukkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Nasyid oleh bebudak ni. Ada lagu Bainanana... yang popular tuh. Lihat budak paling kecik yang pukul gendang tu. Tak padan kecik, bukan main rancak dia bergendang. Oh kagum.
Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari (gulai daging yang enak), kemudian terus solat Zohor berjemaah.
Last, Puan Blog pun nak beraksi:
sedapnya kepak ayam
ReplyDeleteChak kata dia dapat 2 ketul dan sedap.
Deletecomee aihhhh ....Salam maulidur rasul
ReplyDeleteBudak-budak tu memang la comey.
DeleteCantik nya jubah kakak yang pakai spek gambar akhir tu! Kakak tu pun manis aje tersenyum simpul.
ReplyDeleteNak ngorat boleh tak? :wnk
Amboi amboiii....
DeleteKalu berani ngorat laaa..
Deletemeriah nampaknya sambutan maulidur rasul disana...
ReplyDeleteAlhamdulillah setiap tahun memang meriah la surau kami...
DeleteWahhh...cantik jubah...
ReplyDeleteEntah apa yang tak kena tahun ini terlajak tidur dan terlepas perarakan Maulud Nabi!
Letih sangat kot. Kak Azie pun rasa gak penat tapi semangat tu jer yg kuat...
Deletedan buat pertama kalinya sy tertanya... ke manakah hasyim....? sedangkan hisyam yang sering disebut2
ReplyDeleteHasyim? Saya lak yg keliru. Bukankah selama ini hanya Hisyam yg tertulis di situ...?
DeleteSepatutnya Hisyam.. tapi sy sendiri y tertanya2.. pelik kenapa nama hasyim y terlintas di minda sy......
Deletebest nya aktiviti gini
ReplyDeletekat tempat saya menyewa ni, tak adalah
last saya join tahun lepas time sekolah tadika anak saya dok buat
gambar yang no 3 tu kan kak,
saya terus boleh cam muka akak
sebabnya akak orang lain concentrate pandang depan
akak pandang camera
color tu, cantiklah! menyerlah gitu
Kak azie pandang sbb Ka Azie dah perasan Toklaki dok meronda di tepi sambil snap sana sini...
Delete