Saturday, November 5, 2011

Bebelan Seorang Kerani Karat...

Assalamualaikum
Sabtuday, pagi. Ujan juga
05-11-2011


Berminggu tidak update, terasa macam banyak benor yang hendak dikongsikan. Tapi bila dah masuk gelanggang, rentak semua hilang!

Hari tu... beberapa hari sebelum (selepas kalut dengan kerja ke atas ke bawah sampai jadi “minah kilang”) kami dihadap dalam satu mesyuarat tahunan (jika boleh disebut begitu). Bahasa paling mudah, mengadap bos!

Agenda biasa bagi mana-mana kuli pun. Semua benda nak sebut. Disiplin, kualiti kerja, tegur itu tegur sini. Pada aku, ini biasa. Semua teguran, semua perbincangan aku boleh terima. Sejak dulu pun begitu.

Cuma,
aku tak suka bila berbincang dalam emosi. Bos dan Lady Bos emosi seolah-olah semua orang buat salah besar.

Teguran yang dibuat siap sebut nama sorang sorang. Dan tiada tunjuk sebab. Hanya sebut dan tuduh. Habis. Tadah ler telinga kena malu depan rakan sekerja lain. Perkara yang orang lain tidak tahu, akhirnya terbongkar dalam bilik mesorat. Alahai...

Dulu aku pernah kerja dengan puluhan staf (lebih 60 orang), setiap kali meeting semua orang ceria kerana teguran dibuat tanpa sebut nama dengan tepat. Tetapi ditegur atas perkara-perkara itu supaya semua orang tahu itu adalah salah dan tidak diulangi. Nama pembuat salah tidak disebut, sapa yang tahu akan tahu sendiri dan senyap.

Berbeza dengan kali ini, aku boleh nampak banyak muka yang merah padam menahan malu kena kutuk. Tapi sabar sajalah. BOS always right! (betul ker?). Sehingga dia sebut, “ikut rules saya, kalu tak boleh, sila berhenti.” Ada betulnya, tapi bukan itu sebutnya. Entahlah. Agak kasar pada telinga aku.

Malah ada sorang staf yang siap kena carut lagi. Staf pompuan plak tuh. Tunduk dia kerana ramai staf lelaki. Aku pun tunduk juga sebab tak tau nak pandang ke mana. Bayangkan Bos carutkan staf! Aku pernah dengar dan tengok Bos marah, tapi belum pernah dengar pasal mencarut. Agak melampau pada telinga aku.

Sesuatu yang pasti, Bos ini tidak kisah pun kalu ada yang berhenti. Seperti dia pernah berangkuh, “Pergi lah, sorang pergi 10 saya boleh dapat yang baru!”

Dan dia pernah ada sejarah, 1 department (5 staf) berhenti serentak.

Untuk ke sekalian kalinya, aku rasa perlu lebih dan lebih berhati-hati. Bos dan Lady Bos aku rupanya tak faham bergurau. Ada beberapa ayat gurau antara staf disebut kembali dalam mesorat dan dipertikai sebagai ketidakpuasan. Isu apakah itu? Benci!



Dan aku terus melihat sesuatu yang tidak profesional di pihak pengurusan. Lalu kalu staf pula yang tidak profesional, salah siapa?



~...sepanjang kehilangan tanpa pesanan, hanya HISYAM yang sudi menyiapkan begitu banyak beban tugasan tinggalan SERI BULAN lalu dia berazam menuntut imbuhan...~









14 comments:

  1. Memang susah kalau bekerja yg bos cenggitu.. Serba serbi pekerja ni salah... Eja pun penah ada pengalaman camtu kak.. Siap bos tu cakap.. Ini kampeni bapak saya saya punya suka nak buat apa pun...

    ReplyDelete
  2. kalau yg senior ramai berhenti, untung la bos. amik staf baru tentu gaji lebih rendah dari yg berhenti...

    alhamdulillah, sepanjang berpengalaman bekerja 12 thn sebagai kerani cabuk, belum pernah ada bos yg mencarut. rasanya, bila bos mula gunakan perkataan yg kesat, itu agak memalukan bos sendiri. sedikit sebanyak membuat staf kurang hormat pada bos.

    ReplyDelete
  3. Akak ingat akak jer yg duk membebel kat blog ni...hehehe, tapi bebelan Azie lebih mantap, ada isi dan something to thnik about..teruskan membebel.salam aidil adha.

    ReplyDelete
  4. mmg selalu bos berpendapat sebegitu...... tapi dr pihak staf... dia tetap staff y hebat, sebab bos terpaksa cari 10 org baru untuk pikul tugas y selama ini dia buat sorang2

    ReplyDelete
  5. Mujurlah staf tiada kuasa untuk memecat bos!

    Salam Aidil Adha Azie. :)

    ReplyDelete
  6. SALAM,
    MEMAHAMI APA YG AA LALUI. SABARLAH DAN TERUSKAN MELAKUKAN KERJA YG TERBAIK. NANTI KITA JUMPA DAN BERBUAL PANJANG. MASA BINCANG 20 NOV NANTI, NAK AJAK AA SEKALI.

    ReplyDelete
  7. salam kak azie,
    bila berada di langit jgn lupa memandang rumput di bawah..
    menyampah dgn org berlagak wpon dia bos..
    pernah bekerja dgn org camni..

    ReplyDelete
  8. aduihh.. kemain lagi bos tu
    pakat benti jer ramai2.. baru dia tau

    ReplyDelete
  9. Bos dan Lady Bos tu tak cukup educated dan ZERO PR. Sekali kita memalukan banyak kali kita akan dimalukan.

    Sabor jer lah kak. Kita buat kerja kita elok elok dah.

    ReplyDelete
  10. Ada orang belajar setinggi langit tapi tutur kata dan sikap sama rendah dgn org yg tak pernah pergi sekolah... dia ego & sombang pasal tahu dia lebih tinggi levelnya dari org lain tapi dia lupa ada yg lebih lagi darinya.

    SALAM AIDILADHA BUAT KAK AA SEKELUARGA.

    ReplyDelete
  11. bos ke lady bos..depa manusia jg.. semua org buat silap bezanya tiada siapa yg berani tegur depa

    ReplyDelete
  12. tak bestnya. dan berlagaknya. bos macam tu....memang kena maki ajelah dibelakang.

    ReplyDelete
  13. I paling tak suka kalau menegur terang2 sebut nama. I prefer jumpa face to face.. Malukan..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails