Monday, November 14, 2011

Lunch date: Date mender?

Assalamualaikum
Senin,
14-11-2011


Makan dengan kengkawan. PizzaHutt sepelaung dari tempat kerja.

Cuma tension, sebab tunggu sampai 50 minit baru order sampai. Padahal orang tak ramai pun sangat. Sabor je lah. Bila tanya 2,3 kali kat waiter tu, bleh plak dia buat muka tension, sampai satu tahap dengar dia hempas dulang atas kaunter cashier. Apa kes?


Air belum berubah selera. Asam Boi Fizz.



Pilihan seorang AA masih tak ubah, tetap Chicken Cabonara.



Pizza Thai Seafood, tambah cheese tu untuk hasil lebih dramatik. hehehe. Yang ini kami share bertiga. Piring bakar pizza tu jadi bahan gelak kami, macam tudung periuk kena ketuk!


Apa yang kami raikan? Tiada yang penting sangat, tapi bagi aku, sesuatu yang melibatkan tender, jika kecil sekalipun tetap menjadi rezeki yang perlu disyukuri bersama.



~...Mak Utih memang handal dalam memasak dan menguli segala jenis tepung, sehingga SERI BULAN takut setiap kali dia merendam beras, pasti HISYAM dikerah mengangkat lesung sedang lelaki itu cuba menjadi lelaki terbaik berpura pandai sedang kemudian tertinjau-tinjau mencari alu...~






20 comments:

  1. wuihhhh apa yang kau makan tu semuanya feberet aku . memang agak kuang hajar sebab aku tak dapat melantak bersama kau . haktuihhh hahaa

    ReplyDelete
  2. Ella dah lama 'banned' Pizza Hut Kak. Service lembab pastu dah jemu gamaknya dgn pizza dia.

    Skrg ni kalau pizza jer ... DOMINO. OK lah untuk tukar selera sekali sekala.

    ReplyDelete
  3. Rezeki jangan ditolak. Kalau tak larat nak habiskan, ajak je kakcik. :)

    ReplyDelete
  4. mak aih tergoda tgk pizza tuu..hehe

    ReplyDelete
  5. Tender dan dapatlah kira sepakat makan di sini. Sayangnya serve lambat. Dapur dia rosak kot AA hihi...

    ReplyDelete
  6. tahniah kak azie atas tender yang dapat..

    sakit hati kalo servis kedai makan yang lambat gila.. pastu bukan nak updet apa status.. bila tanya, nasi dah habis, baru masak.. tak hangin..

    ReplyDelete
  7. carbonara tu pasti mengenyangkan..

    ReplyDelete
  8. biar beno waiter tu hempas tray...hish kureng betul laaaa...patutnya report kat service manager.

    sedapnya tgk chicken cabonara tu.

    ReplyDelete
  9. uishhh, sedapnye...dah lama tak makan piza ;)

    ReplyDelete
  10. kalau makan kat sini anak beranak memang kena beratus..cukup bulan boleh aaa

    ReplyDelete
  11. biar betul sampai ke 50minit. saya pernah gak keja kat bahagian dapur membuat pizza (shakey), tapi x de la ambik masa cam gitu sekali walaupun pada hari minggu yang selalunya orang memang ramai dari pagi sampai ke malam

    ReplyDelete
  12. EKA BUKAN MAKCIK KAU:
    Saya makan tengahari, jika itu lebih mudah untuk difahami.



    KAKCHIK ELLA:
    DOMINO Pizza pun sepelaung juga dari tempat kerja. Tapi kerana lama tak “mempizajahhat”, tu yang naik ke situ. :)

    ReplyDelete
  13. KAKCIK SEROJA:
    Habis Kak cik. Habisss...!


    KHAIRIN:
    Tak koser nak pegang api yang oooi!



    KALAM HATI:
    Tergoda dan digoda. Lalu memang sesuai mengoda goda. hehehee

    ReplyDelete
  14. KAK ZAKIE:
    Memang lambat sungguh. Sudahlah masa kami lunch cuma sejam. Kelam kabut makan mengejar masa. Tension.



    JUN AINA:
    Selera kita sama! Enak, kan?



    ANAA:
    Memang hangin. Maklum orang lapar. hehehe

    ReplyDelete
  15. KAK QUEENIE:
    Saya yakin Kak Q boleh masak sendiri jer Cabonara tuh. Saya memang minat, tapi makan di kedai. hehehe



    ZUWAIDAH:
    Tak koser nak cari pasal. Kita tanya 3 kali tu pun, muka depa dah macam nak ajak gadoh.

    ReplyDelete
  16. GEDEK!:
    Cuma 5 min dari tempat tinggal saya. Saya agak mungkin 4 min dari tempat tinggal UNCLE GEDEK!
    (kalu saya sebut 5 min gak, orang ingat kita dok serumah plak!. hahahahaha!



    MS FAI:
    Sekali sekala boleh lah. Kenyang sampai malam.

    ReplyDelete
  17. KAK INA:
    Betul tu. Tak boleh selalu, jenoh nak jaga poket.



    EELOBOR:
    Yup. Betul. Kami tengok jam dan kira masa, sebab konon perasan jika lewat boleh claim free pizza macam zaman dolu2. hehehehe...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails