Friday, April 4, 2014

Jumaat: maafkan saya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Jumaat
04-04-2014


Dah 4 April. Masa berlalu begitu cepat. Sehingga kita tidak menyedari hari yang kita lalui dan lepasi itu ada beberapa perkara yang kita tertinggal, dan lupa nak lakukan. Begitulah lumrahnya...

Selalu kita dok kata (saya laa...) hidup mesti diteruskan. Selepas tragedi MH370 selepas tumpuan dunia ke arah negara kita (dan segala sistem yang ada), kita kadang lupa banyak perkara lain yang seumpamanya, yang wajar kita perhati akan kesan dan moralnya. Menginsafi bahawa kita sebenarnya insan terpilih untuk melalui beberapa ujian yang diberiNYA mengikut kemampuan diri kita. Tu pun ramai lagi yang bersungut...

Okeh, sekian tazkirah Jumaat hari ini. Cewahhh...!

Dalam musim hujan yang semakin kerap sekarang, krisis air dan proses catuan belum berakhir rupanya. Bagi yang dah biasa dengan keadaan tu, memang dah relax melaluinya. Bagi yang baru saya tersenarai dalam kawasan catuan, jangan marah. Jangan stress. Nanti kena sakit jantung, laaaagi payah.


Pic kredit: rakan sahabat Suraya Jalal. Terimakasih.

Duhai sekalian teman yang pernah menjengah, menjadi teman blogger dan terus menjengah di sini tanpa jemu, terimakasih dan maafkan segala kesilapan dan kesalahan saya selama menulis di sini. Tiada sebab pun, tapi di hari baik ini, saya rasa macam dah lama tidak bermaafan.

Terimakasih sekali lagi. Doa yang terbaik untuk kita dan diri sendiri yaaaa...






 ~...kala senja petang semalam dalam gerimis yang semakin memberat, SERI BULAN ternampak kelibat Anjang Dali di sebalik rumpun buluh yang disebut orang ada penunggu, lalu ingin sekali dia menegur agar tiada yang terkena keteguran namun kerana Mak Utih segera menarik tangannya pergi tanpa amaran, dia lalu sedar di Kampung Separuh Desa bukan mudah untuk melakukan konspirasi apalagi untuk menguasai...~




18 comments:

  1. Life must go on, right? *tetibe datang mood nak cakap bahasa orang putih* hehe

    ReplyDelete
  2. sama2 bermaafan juga sy dgn kak AA ; sat2..gambaq ni ka yg org duk panggei "cucur atap" ?

    nih kalu kak ada masa mohon like review sy di fbpage
    https://www.facebook.com/mbherbs/photos/a.424193451049358.1073741846.172523436216362/424372661031437/?type=3&theater

    t.kasih

    ReplyDelete
  3. betul tu..setiap ujian yg Allah berikan ada hikmahnya..yg penting kita redha..
    sorry also kalau ada komen2 akak yg buat Azie tersinggung...;)

    ReplyDelete
  4. setakat ni walaupun air dicatu, masih bule bersuci dan solat... ok lah tu...syukur

    ReplyDelete
  5. Saling memaafi memang akan buat jiwa kita tenang. Saya maafkan akak. :)

    ReplyDelete
  6. Catuan belakan dah melepasi bulan pertama, kina masuk bulan kedua...dah boleh sesuaikan dengan keadaan...Alhamdullilah

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya? Sekian...

    Rumah Aina diwar-warkan akan tak ada air hari ini dan esok.

    ReplyDelete
  8. Kak Azie tak masAk apa2 ke pagi nih??

    ReplyDelete
  9. saya harap, catuan segera berakhir

    ReplyDelete
  10. Kawasan rumah saya tak kena tapi semalam pengasuh bagitau sampai esok air takde.. eemm.. balik kerja ni nak tengok balik camane..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah tompek sey masih lagi berair tiada masalah catuan rezeki dr Allah gak tu kan...kpda Yg terkena catuan tu Harap byk bersabar sy dh pernah kena Dulu .. Mula2 serik dh lama2 okey jee dh biasakan

    ReplyDelete
  12. Saya sentiasa bersedia menyimpan air..takut jd mcm minggu lepas..tetiba air takde 2 hari.

    Sy pun mohon maaf jika ada salah silap.

    ReplyDelete
  13. kawasan saya masih lagi kena catuan...ingatkan sudah berakhir huhu
    saya juga mohon maaf akak...kalau ada komen2 saya disini yg kurang menyenangkan akak

    ReplyDelete
  14. Mintak maaf dan terima kasih :))

    ReplyDelete
  15. Sama-sama ler kita bermaafan...

    ReplyDelete
  16. cantik gambar tu, teruja saya!
    emm, saya pun nak minta maaf juga
    manalah tahu, kita kan tak sempurna =)

    ReplyDelete
  17. setiap malam sebelum tidur..maafkanlah kesalahan orang pd kita..buang rasa dendam dalam hati..dengan doa dan harapan muga2 mereka juga memaafkan kesalahan kita samada sengaja atau tidak..in shaa Allah..dapat tidur dengan tenang dan lena.. (perkongsian dari Dato Dr Fadzilah Kamsah). kak nah juga sedang belajar dan masih belajar..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails