Wednesday, April 9, 2014

Pesta Buku lagi yer Azie?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
08-04-2014


08 04 2014. Sebulan selepas MH370 hilang dan disahkan berakhir... tapi semoga doa kita semua tidak berakhir begitu cepat.

Saya yang kesibukan, hanya nak tulis ini:

Poster: company tempat keja saya juga antara penaja poster ini rupanya. (logo hijau)

Pesta Buku Antarabangsa 2014 bakal tiba lagi. Selaku company pengeluar buku, terutama buku rujukan sekolah semua peringkat dan merupakan antara yang terbesar di negara ini, tempat kerja saya menjadi sibuk kalut gelut sejak bulan lepas lagi.

Ada banyak tajuk yang harus disiapkan dan wajib dicetak untuk masuk Pesta nanti. Apatah lagi selepas kecohnya PBS yang menggantikan PMR, diubah-ubah. Akhirnya PBS ditukar kepada PPPM (Panduan Pembelajaran Perkembangan Murid). Maafkan saya jika tersilap.

Lalu usaha menjadi pengeluar terawal untuk merebut pasaran paling luas di kalangan para guru, murid dan ibubapa, kami terpaksa melipatganda usaha. Semua department macam nak kena tido kat opis jer! Mujur tidak. Tetapi dah masuk minggu ke-3, department saya bertahan selama 12 jam setiap hari dan hari Sabtuday sehingga 4:30pm. Letih dak? Ohhoooo... saya lebih baik jangan sebut, nanti serabut.

Jadual untuk bertugas juga sudah dikeluarkan. Macam biasa, setiap staf (yang bukan bahagian sales dan products), hanya terlibat 1 hari sahaja. Tetapi nama saya naik untuk 2 hari. Sehari lagi tu menggantikan staf lain yang tidak upaya. Melihatkan kepada komitment dan minat saya, ada tawaran untuk sehari lagi pada hari penutup tetapi saya dah pasang plan nak bawa MyBonda pindah balik ke kampung pada cuti hari Buruh nanti. Lori pun saya dah kompom. So cukup la saya bertugas 2 hari.

Saya ditugaskan pada Ahad 27 April dan pada 1 Sapa nak dating? Sila... jangan malu jangan segan. Saya tak makan orang. Cuma makan nasik 3 pinggan!




 ~...HISYAM sudah lama terasa hendak bertanya kepada Mak Utih kenapa Tok Anjang Dali kerap dilihat melintas di laman Teratak Nyatuh dan dia yakin tiada sebab lain melainkan mengintai SERI BULAN yang juga tidak berani mengadu apa-apa melainkan menutup segala tingkap lalu kain tutup tingkap menjadi semakin tebal semakin sebal...~




13 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Macam tak ada harapan je nak jelajah Pesta Buku tahun ni...sob! sob! sob!

    ReplyDelete
  2. Anyss... nanti sms Kak Azie. Miss call pun takpa. Kak Azie hilang hp, so banyak nombor lost!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi nombor akak masih yang lama kan? Saya dah save WhatsApp akak.

      Delete
  3. Wah nak pergi jelajahlah pesta Buku ni... suka sangat dengan buku-buku ni Azie :)

    Dah tambah akaun Nuffnang :)

    ReplyDelete
  4. the best book fest ever....acara tahunan yang di tunggu2

    ReplyDelete
  5. Bonda nak pindah balik duduk kampung. Di rumah kampung tu...syokkk nanti boleh berlama2 di kampung bila ada masa.

    ReplyDelete
  6. makan nasik 3 pinggan lagi saya takut..hahahah

    ReplyDelete
  7. Insyaallah pergi....tak boleh lepaskan peluang walaupun bukan kaki novel lagi dah..

    ReplyDelete
  8. wow menarik, macam nak pegi juga
    p/s - ada 2 logo hijau situ, mana satu?

    ReplyDelete
  9. dulu saya rajin datang ke tempat macam ni tapi sejak dah pindah duduk jauh sikit dari area KL, en. suami dah tak minat nak jadi driver hantar ke sana.. huhuhu..
    tapi kali ni nak try lah kot2 minat en. suami bertukar pulak.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. psstt: tapi... kan kak.. tu untuk tahun 2012 atau 2014..?? salah cetak..?

      Delete
  10. tempat untuk habiskan baucer buku... ^_^" saya suka...saya suka...

    ReplyDelete
  11. last saya pergi pesta buku di PWTC pada 20 tahun lepas...bayangkan lamanya...
    Azie keje publisher apa ek?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails