Monday, September 8, 2014

UPSR: 1A = RM50? Amboi amboi amboiiii....! (K-Pop tak tinggal!)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
08-09-2014


Hari ini hari terakhir bebudak Tahun 6 nak study sebelum mula masuk dewan untuk peperiksaan sebenar UPSR.

Dalam rumah saya, CHAK menjadi orang terakhir dalam family yang akan duduki exam UPSR. Sepanjang tahun ini memang dia sibuk dengan pelbagai program sekolah. Dan bukan sikit duit juga yang dikeluarkan untuk sekian banyak program akademik. Yang mana saya yakini sejak sekolah SK Pandan Jaya wujud. InsyaAllah.

Tuition setiap hari termasuk Sabtu yang diadakan sendiri oleh cikgu sekolahnya bagi kami sudah memadai dan tidak memerlukan kelas tambahan luar lagi. Yang kadang-kadang saya rasa boleh mengelirukan dan memenatkan budak.

Minggu lepas, bermula Jumaat pelbagai program sepanjang hari sehingga lewat petang selama 3 hari (termasuk Sabtu & Ahad semalam) diadakan. Persediaan terakhir.

Sepertimana parents lain juga, kita sentiasa mengharapkan yang terbaik. Saya sendiri tidak suka memberikan tekanan.

Tapi dalam dok rajin dan kalut buat latih-tubi, minat kepada Korea... langsung tak luntur.

Yang buatkan saya urut dada tu...

Si AMOI Along boleh plak beli (online) 2 buah buku biografi (buku bergambar disebut biografi ker?), sebuah kumpulan K-Pop yang top di sana. Aduhaiii...





Kalu tak silap, Die Jung ni nama photographer yang buat koleksi gambar kumpulan EXO nih. Saya mana lah tahu.



Ahli kumpulan EXO ni ada 11 orang, dan bebudak ni boleh hafal nama setiap orang. Pada saya muka sama jer, mata sepet!

Buku sekolah bleh ker hafal camtuh? Aduhaiii....


Buku ni takda teks, cuma penuh dengan ratusan pages gambar semata. Didatangkan sekali dengan CD video clip kumpulan nih.


Harga? Aduhai... memang mahal lah! Urut dada saya, sebab bagi saya RM200++ tu mahal lah. Orang lain mungkin biasa.

Dan,

si CHAK dah berangan, kalu dia dapat 1A = RM50. Amboiii... demand nampak! Berpeluh la semua orang...!


Kepada semua calon-calon UPSR dan UPSRA, anak-anak rakan blogger sekalian, semoga tenang dalam dewan peperiksaan, dapat menjawab yang terbaik dan kelak lulus dengan cemerlang. Aaminnn....!






 ~...antara mata yang bertentang pasti ada hati yang menentang, tapi siapa yang mampu menolak pandangan mata sedikit sepet si HISYAM pujaan hati sekian ramai anak dara Kampung Separuh Desa, yang apabila dia tersenyum pun, sudah ramai yang terasa longgar lutut bagai sotong lembik, dan hati ikut cair macam lipgloss terjemur panas sepertimana hati SERI BULAN juga kadang-kadang ikut panas sama...~




12 comments:

  1. Bangcik akan menghadapi SPM tak sampai pun dua bulan lagi. Telefon bimbit nampaknya tak lepas dari tangan dan Running Man tetap jadi ulangkaji kesukaan, macam mana tu? :(

    ReplyDelete
  2. Tak apa lah kalau dia dapat mengimbangi masanya kak. Anak saya tak mahir membahagikan masa, maka kami sering terpaksa bantu dia

    ReplyDelete
  3. Semuga CHAK dpt menghadapi UPSR dgn tenang dan berjaya dlm peperiksaan tersebut....
    Punya ramai kakak dan abg2 yg berjaya... CHAK boleh....

    ReplyDelete
  4. Good Luck to CHAK. Zaman anak2 exam dah berlalu bagi McK...kpop? Mck tak tahu langsung, selain dari kpop itu adalah KOREA....:)

    ReplyDelete
  5. Mahal bagi kita yang tidak menilai ia sebagai kepentingan atau minat kita berbaloi bagi mereka yang minat. Macam Kak Azie dok beli berpuluh2 novel tu jugak kalau satu Rm20 kalau 10 dah 2 ratus...eheheheee...

    ReplyDelete
  6. Good luck CHAK !!!
    RM200 utk buku macam tu, bagi saya mmg mahal...sebab rating buku2 medical pun sekitar RM200 - 300 average,.,,itu buku2 ilmiah, ni buku pasal artis mata sepet cantik jadian...bahahaha

    ReplyDelete
  7. sebenaqnya Azie, kalau dari drj satu cikgu2 mengajar mati-matian smpai thn 6 takkan ada masalah dgn kelas tmbahan bagai..ni masa kelas bawah relax ja, smpai naik th 6 baru nak pulun..tu la yg jdi cm ni ..cikgu thn 6 dpt budak2 yg tk tau apa. rasa mcm nk hntar balik drj 3 balik ..moga2 ckgu sekolah dia mengajar ckgu2 yg dedikasi.

    ReplyDelete
  8. Mudah-mudahan Allah mudahkan & lapangkan hati Chak semasa exam tu nnt, insya'Allah)

    ReplyDelete
  9. EXO..saya pun suka ..lagu depa best2 la kak Azie..hahaahah..boleh la untuk buat goyang2 di pagi hari..bagi berpeluh..ala..rm50 je kak Azie..lagi baik dari dia cakap nak ke korea..heheheh

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails