السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
18-09-2015
Hahahaha tajuk macam gempar.
Memang saya hendak menulis dan merakam kenangan tentang majlis resepsi seorang yang saya kenal. HISYAM.
Sejak pulang dari Jepun selepas belajar dan menetap di sana bekerja dengan sebuah syarikat Jepun selama kira-kira 10 tahun, jarang saya bertemu Hisyam ni.
Kemudian ibubapanya memaklum bahawa Hisyam akan berkahwin. Pasangannya anak sulung, orang KL yang menetap di Rawang.
Lalu pada tarikh 12 September lalu hampir semua ahli keluarga sebelah MyToklaki hadir di hari resepsi Hisyam di Dewan GMI, Bandar Baru Bangi.
Hisyam ialah cucu pertama mertua saya dan merupakan anak sulung MyAbangIpar.
Majlis sebegini, mana-mana orang pun akan mengambil peluang berkumpul dan bertemu bermesra.
Selfie ramai-ramai sentiasa menjadi agenda meriah sesama kami. Dulu saya tak suka sekarang ni jika famili sebelah ini ada majlis dan ada kayu monopod tuh, saya mesti join..!
Saya sentiasa suka majlis kahwin. Bukan sahaja kerana meriahnya, tapi kerana dapat jumpa ramai orang. Ramai saudara-mara dan kawan-kawan. Macam-macam kisah keluar. Berita perkembangan dikhabarkan. Beberapa kisah gembira dikongsi. Bukankah itu sepatutnya sebuah keluarga berfungsi selain menghormati dan berkasih sayang?
Kadang-kadang saya tidak faham ada salah faham dan prasangka buruk terhadap ahli keluarga sendiri sehingga menutup rasa kasih dan hormat. Malah hubungan dengan orang luar pula dilihat dan dirasa lebih baik dan indah.
Semakin hujung tahun dan ada 2 lagi cuti semester sekolah, ada beberapa lagi sesi majlis kahwin yang saya bakal hadir juga bakal terlibat. Siapa pun mereka, bila saya diajak terlibat saya amat hargai dan sedaya upaya membantu sepertimana diri saya yang sedia ada.
Saya masih bercuti dan tulisan ini ditulis dalam percutian. Jauh dari liputan Kuala Lumpur.

~...bukanlah SERI BULAN tidak sedar akan resah HISYAM tidak diajak menginap sejak Mak Unggal ke baruh tetapi SERI BULAN masih berdendam tentang kes ucapannya "Aishiteru" tidak mendapat balasan harapan dari HISYAM...~
saya juga ternanti detik-detik berkumpul apabila berkesempatan,hanya dengan cara inilah kita dapat mendekatkan orang yang jauh,merapatkan orang yang dekat,bertukar-tukar cerita...paling seronok bergambar bersama....
ReplyDeletewahh meriahnyer ;p
ReplyDeletemeriah gilerr.. tahniah ye buat pengantin
ReplyDeleteKULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP
musim cuti sekolah n raya haji ni penuh dgn kenduri kahwin...jln raya di kelate pun sesak. huhuhu
ReplyDeletepakcik suka majlis kahwin sebab ada sirap.... kalau takde sirap... kecewa!
ReplyDeleteMajlis sebegitu tetap ditunggu oleh setiap keluarga kerana setiap kali majlis pasti akan menjadi tempat berkumpul adik beradik sanak saudara dan pasti banyak cerita akan dikisahkan.
ReplyDelete