Tuesday, May 24, 2016

I-Learn Ace: saya seorang Kapten...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
24-05-2016


Sabtu lepas berakhir sudah tournament badminton antara team rakan sekerja di tempat saya cari makan. Tournament berlangsung selama 3 hari bermula Khamis, Jumaat (malam selepas kerja), dan final day adalah Sabtu sebelah pagi. Saya berada dalam kumpulan Team berwarna biru (I-Learn Ace adalah nama kumpulan yang diambil dari produk-produk syarikat kami).

Selaku seorang Kapten yang dilantik, saya harus berperanan bijak mengendalikan pemain, mengendalikan masa latihan (walaupun bukan semua dapat turun berlatih bersama juga tidak dapat berlatih sebanyak yang perlu), memilih pemain, memilih Umpires dan Linesman, memberi motivasi dan bersedia dalam setiap keadaan bagi memastikan semua pemain dapat bermain dengan baik dan bersemangat serta tiada perkara-perkara negatif yang timbul samada sengaja atau tidak sengaja.

Tetapi sepanjang 3 hari tournament saya juga diperlukan sebagai seorang Umpire untuk mengadili perlawanan-perlawanan pasukan lain kerana kami tidak mengambil Umpire luar (yang kelak akan melibatkan kos), malah setiap pasukan harus menghantar beberapa orang Umpire dan Linesmen untuk tournament ini.


Selain jadi Umpire, saya juga jadi tukang jaga markah. Jaga scoreboard.


Kerja senang dan menyeronokkan...!

Layan gambar-gambar sepanjang 3 hari kejohanan.







Hari terakhir, final day, our Top Gun sendiri datang meraikan, serta menyampaikan hadiah kepada pemenang serta cenderahati kepada mereka yang terlibat dalam keseluruhan kejohanan.





Team saya menjuarai Men Single. Women Double kami mendapat tempat ke-2 dan ke-3. Women Single mendapat tempat ke-3. Bagi saya itu berbaloi dengan usaha gigih mereka masing-masing. Apapun syabas dan tahniah kepada semua pemain terutama yang menang.

Saya kira matlamat utama selain untuk kecergasan staf, memupuk hubungan sesama rakan sekerja yang berbilang kaum adalah juga menjadi objektif. Bersosial secara sihat, komunikasi yang lebih baik, menjalin persahabatan yang lebih mesra dan harmoni serta membina keyakinan diri adalah suatu tujuan yang berjaya.

Ramai yang sudah berjaya membina hubungan sesama rakan sekerja yang sebelum ini hanya kenal muka tapi masih ada yang tidak tahu nama. Masa bertemu juga amat terhad. Sekadar jumpa di parking, dalam lif, surau atau sekali sekala di kedai-kedai makan. Masing-masing sangat sibuk. Peluang beriadah sebegini memberi ruang untuk kami saling mengenali.


Saya rasa ini adalah pic yang paling tepat untuk menggambarkan suasana muhibbah dan bersosial secara harmoni antara rakan sekerja yang pelbagai bangsa dan agama.

Akan datang pelbagai program sedang diatur dan saya menjangka akan ada lebih banyak penglibatan dari lebih ramai rakan sekerja.


Perasaan seorang Kapten? Saya seronok bergelak dan bertepuk saja. Macam orang takda laki takda keja nak fikir. Hahahahaha....!



 ~...bermain layang-layang di petak bendang di musim kering, sudah menjadi budaya kanak-kanak yang mana orang dewasa tidak pernah terfikir untuk cuba menyentuh tali, tetapi apabila HISYAM dan SERI BULAN tanpa rasa bersalah turun melompat mengejar layang-layang berwarna merah terang itu, tidak pula mereka sedar itu adalah sesuatu yang pelik lalu bila Pak Utih ketawa bercerita gelagat yang menjadi bualan di kedai kopi, SERI BULAN terasa hendak menyorok muka di balik kerudung Mak Utih...~




4 comments:

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails