Wednesday, June 27, 2012

BOS oh BOS: “baik aku bengang dari rasa sayang...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
27-06-2012


Adehhh... bukan lah nak merungut tapi nak komplen sikit.. eh apa beza tuh? Sejak minggu lepas, aku macam lipas gemuk kudung sebab kena handle semua projek tanpa pembantu, tanpa masa lebih. Ofis aku memang dah bertahun keje takda OT. Lagipun aku memang tak berapa suka buat OT. Dah tua-tua nih, malas nak stayback kat ofis lewat-lewat.

Tapi bila keje banyak, dan aku memang takda assistant, aduhai. Macam nak putus nafas. Kekadang nak pi buang air pun tahan-tahan sebab takut apa yang aku print jadi ber“double” dan merosak mock-up bukan make-up.

Lagipun sejak bulan Mei lagi, aku memang tak amik cuti pun. Simpan cuti sebab konon nanti nak cuti panjang. Mujor pun cuti panjang tu dah approved dah, so aku dengan baik hati dan rela hati serta serba tanggungjawab, buat keje sungguh-sungguh sampai berpeluh-peluh.

Yang aku menyampah, si BOS aku yang pompuan sorang tuh, bukan main mengada lagik. Baru bincang 2,3 job dah pening. Stress la, depressed la. Mak ai, aku yang tunggang langgang sensorang nih, boleh cool jer. Meluat plak aku tengok bila dia mengadu kat Big Bos yang dia tension.

So the Big Bos jantan yang sayang sangat kat dia, jumpa aku dan minta aku hold beberapa projek sebab itu pompuan takmo diganggu. Amboiiii... dateline client ko tak nak tengok plak?

Sabar jer lah. Rasa aku nak gelak kuat-kuat jer tadi, tapi kang ada  yang kene sepak kuar ofis plak kang. Tahu-tahu esok tercampak kat kebun sendiri tanam anggur. hahahaha!

Peduli apa aku. Makan tetap makan. Kan? Kan?




~...walaupun laman nampak lengang, tapi HISYAM sedar ada rumput sudah panjang, ada tempurung sudah retak berlubang dan ada kasih yang masih sayang tetapi SERI BULAN masih juga ingin menyorok muka buruk di balik kain tutup tingkap yang kusam tapi tetap wangi macam Flat Seri Wangi...~






 

9 comments:

  1. sabar ye kak....... sabar itu separuh dr iman...

    >_<

    ReplyDelete
  2. ooo...baru perasan ada hubungkait dgn status fb td kan? huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. bila ada yg gediks mcmtu kt opis rasa meluat.je..sabau je lah

    ReplyDelete
  4. biasalah kalau jadi 'kuli' nie, digolek terkena, bergolek lagi terkena, so buat je le kerja, janji siap kan... sama la macam saya gak,.. hanya hati je yang mampu mendengar rintihan sendiri...

    ReplyDelete
  5. ...tak tau nak cakap apa...cuma ulangi kata2 Azie tu....sabar jer lah

    ReplyDelete
  6. SMTI - Sabar je lah AA, kalau dapat kerja lain, cabut. he he

    ReplyDelete
  7. nak kencing pun paksa tahan.. memang leh dapat anugerah pekerja contoh .. hhehehe

    ReplyDelete
  8. mock up?
    pestime dgr perkataan tu

    ReplyDelete
  9. Fompuan tuh tamat sekolah derejah baper?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails