24-06-2012
Ahad yang panas
Sejak akhir-akhir ni memang panas kan?
Nak keluar ke mana-mana pun rasa malas sebab cuaca terik dan suhu membahang tak sesuai pun nak jalan-jalan. Kang asyik minum dan minum saja.
Ahad macam ni, lepak kat rumah, makan tidor paling best. Actually, aku sepatutnya join geng kengkawan ofis lama untuk Hi-Tea di MidValley rini, tapi tup tup kul 10 pagi, depa call, program kensel dulu. Mujur!
Terus hilang mood aku. Sebab aku excited jugak nak jumpa kengkawan lama masa kami kerja satu bumbung dulu. Kami dah terpisah sejak 2001 lagi. Tapi ada sekali sekala kami masih contact. Dan kebanyakan depa tu adalah kengkawan Cina (sorang jer Melayu). Depa masih friend dengan aku wpun kami jarang sangat jumpa.
Kalu ikutkan, zaman kerja aku lebih close dgn kengkawan Cina dan India berbanding Melayu. Pelik kan? Macam aku sombong sangat. Malah aku pernah la juga kuar jalan-jalan lepas keja or pegi tengok wayang 4,5 kali dengan kengkawan Cina dan India aku.
Pernah sekali, kami bertiga — Cina, India & Melayu — pegi tengok wayang citer Speed lakunan Keanu Reeves tuh. Fun giler time tuh...
Tapi dah bertahun aku tak pegi tengok wayang dengan kawan, sebab aku pegi dengan anak-anak aku.
Ni ABC yang aku tapau minum di ofis JumAAt lalu. Ohhh niikmattt...!
~...HISYAM, pernah dengar pasal orang berbintang Cancer ni kuat merajuk?
*cilok ayat ini dari komen blogger SOM di blog IBU & ABAH...~
sedap tu kak panas2 camni pekena abc, sungguh lazatttt
ReplyDelete..aritu masa di foodcourt semuahouse terlihat beberapa kakitangan pejabat terdiri dari cina dan melayu makan bersama...nampak harmoni tanpa ada prasangka yang bukan2...
ReplyDeleteItulah baru betul betul punya muhibah, betul betul 1Malaysia...bukan 1Malaysia lakonan...hehe
ReplyDeletepagi-tghari panas jer. elok2 kain yang di jemur dari pagi basah bila hujan waktu petang & boleh lak terlupa nak angkat kain yang dah kering. huhuhuhu
ReplyDeletelast minit yg kensel tuh yg x besh. tp x perler kan? leh rerehat d umah
ReplyDeleteMAMASYAZA:
ReplyDeleteMemang sangat lazat sesuai cuaca. Tapi takut kene batuk ler pulak.
FARID:
Zaman moden sekarang, kita harus bersikap lebih terbuka kepada semua orang tak kira bangsa dan warna kulit. Baru aman sejahtera.
DADDY ZIYYAD:
ReplyDeleteKami berkawan kawan baik dan mesra sebelum kempen 1Malaysia tu wujud lagi. Malah zaman tu, tak pernah pun terfikir pasal 1Malaysia nih.
EELOBOR:
Tension tau, elok2 kain kering tenghari tapi akhirnya basah dek hujan petang. Wuaaaa!
AYU:
Memang berehat sakan kat rumah pun. Layan novel!
citer speed tu dulu saya tengok berrrrkali-kali! suke gile tgk keanu reeves dgn sandra bullock!
ReplyDelete