Tuesday, June 19, 2012

Kisah ragut itu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
19-06-2012


Di area tempat kerja aku sekarang ni, memang kes ragut selalu berlaku. Malah sejak awal aku join pun, ramai yang ingatkan aku supaya berhati-hati.

Kerana aku selalu menjadi “early bird”, menanti pintu ofis dibuka. Aku sampai awal kerana MyTOKLAKI hantar aku sebelum dia pun pegi keja juga. Kerana dekat sangat dgn rumah, so aku biasanya sampai depan ofis sejam (kadang-kadang 45 min) sebelum waktu kerja. Awal, kan?

Kadang-kadang aku lepak sarapan, kadang-kadang aku duduk jer depan ofis menanti orang bukak pintu. Dan yang selalu bukak pintu adalah MyManager (perempuan).

Begitulah takdir yang menimpanya semalam pagi. Dia sepatutnya bercuti semalam (Senin) kerana ada appointment dengan doktor pada kul 10 pagi. Tapi seorang client call, dan dia datang ke ofis seawal 8 pagi untuk selesaikan beberapa urusan job, kononnya.

Biasanya, dia akan duduk dalam kereta beberapa minit sebelum keluar. Semalam tu, dia sempat dengar 2 lagu baru keluar dari keta. Masa tu la, sebuah motor yang dilihat sebelum sedang park relax selang beberapa lot dari situ, bergerak menuju ke arahnya dengan relax dan selamba sahaja.

Tanpa menduga apa-apa, malah sempat pula dia mengagak lelaki itu mungkin baru lepas hantar wife ke ofis or hantar anak ke sekolah (kerana agak berumur lelaki itu). Kemudian segalanya berlaku pantas sekali, sampai dia sendiri tak ingat cemana handbag dia ditarik. Dia tak ingat. Apa yang dia sedar, dia dah jatuh atas simen konkrit laluan depan pintu ofis. Macam dipukau pun ada, katanya.

 

Selepas buat report polis, checkup dan X-ray, doktor mengesahkan tangan kirinya patah. Patah ruas, kata orang. Begitulah, takdir yang berlaku. Kesal dan sedih pula aku.

Masa melawat semalam, memang bengkak tangannya, walaupun cedera lain langsung tiada. Berdarah pun takda langsung.

Kita selalu baca/lihat/dengar, kes ragut bukan sahaja kehilangan barang berharga kita, tapi kecederaan yang parah malah sampai koma dan meninggal pun ada. Dahsyat sungguh kejadian gini, kan?

Aku pernah trauma juga masa kena ragut dulu. Tapi syukur tidak cedera apa-apa. Ada ketika kita sangat berhati-hati, tapi malang yang hendak berlaku tidak dapat kita duga sama sekali. Sejak aku pernah kena ragut, bila keluar ke mana-mana, aku akan asing-asingkan duit. Simpan dalam poket, hp pun dalam poket.

Sekarang ni, aku sudah TIDAK pernah bawa MyKad original lagi dalam beg. Aku bawak yang fotostat punya. Serik sebab masa hilang dulu, aku kena denda RM80 walaupun ada surat repot polis. (Masa tu undang-undang pengecualian denda jika ada surat repot belum kuatkuasa lagi).

Leceh bila kita kehilangan banyak barang berharga, e.g. lesen, kad bank, MyKad, handphone dengan line yang kena disekat serta merta. Itu barang bagi orang biasa. Bagi orang yang pangkat-pangkat tinggi sikit, cash beratus-ratus lesap, nak kena block kad kredit segala macam-macam bank lagi. Leceh kan?

Berhati-hatilah.




~...tiada siapa juga dapat menduga Jalal akan bertindak seakan samseng bila dia bagaikan bangang memanjat tingkap bilik SERI BULAN pada malam bulan terang mengambang, lalu bila siang benderang seluruh warga Kampung Separuh Desa berbisik gosip tentang pipinya yang bengkak kembang sehingga akhirnya HISYAM mengaku dia membuat angkara walaupun kaki SERI BULAN yang bertapak di muka...~




 

11 comments:

  1. Malang memang tak pernah mengeluarkan baunya. Dalam berhati2 pun kita boleh terkena juga. :(

    ReplyDelete
  2. bahaya betul peragut di malaysia ni..dah semakin bahaya bagi kaum wanita berjalan sorang diri bawak henbek ke sana ke mari kan..

    ReplyDelete
  3. SMTI - Kawasan tu memang 'hotspot' khabarnya. Cadangan... bawa handbeg murah gi ofis, dalam isi batu bata, barangan berharga jinjit dalam beg plastik pasar malam, bawak banyak lapis supaya tak nampak isi kat dalam tu,

    tak pun dalam beg tangan tu letak bom jarak jauh.

    Peragut mesti target hanbeg, bukan beg plastik pasar malam tu kan?Lepas tu, anda tahu apa nak buat..

    Takziah untuk 'Your Manager', semuga cepat sembuh dan bekerjaya semula.

    ReplyDelete
  4. Hmmm kitepun pernah kena ragut pada hari pertama gi keje semula lepas habis pantang anak no. 2. Duit dia tak dapat sebab kite sedaye upaya mempertahankan beg tapi pipi dapek 6 jahitan 3rd minor cut. Saket seyyy.. gi keje bertampal sebulan (jatuh saham ku akaka...) Lepas dari kejadian tu bile dengar je bunyi enjin moto dtg dr arah belakang sure brenti jap toleh belakang. Dah clear baru jalan. Trauma dekat 4-5 tahun lah jugak! Mencik peragut!
    My latest Entry :)
    JJCM: Chicken Rice Shop (Wangsa Maju)

    ReplyDelete
  5. Azie
    ...ada kawan kita kat sini dah banyak kali kena ragut tapi bukan beg lah tapi barang kemas...ada sekali tu peragutnya nampak berkarisma siap pakai tie lagi tapi naik motor...macam pelik kan!

    ReplyDelete
  6. pernah kena ragut, tak bawa duit.....kosong tetapi ditangan ada seurat rantai tangan misai udang ( halus dangatlah orang kata )

    dia ambil yang tu.....kaki luka berparut sampai sekarang.

    ReplyDelete
  7. Aduhai! Dah mula balik dah.. Huhu

    ReplyDelete
  8. situ mmg hotspot kak. saya penah nampak cubaan ragut depan mata saya kat area tangga nak ke LRT maluri, tapi tak berjaya sebab perempuan tu jalan berdua dan yg sorang lagi bantu tarik dan pukul2 dgn payung.

    bagi saya handbag yg cantik adalah satu bentuk attraction.

    saya pernah tau seorang mat bangla tempat saya keje ni yg selamba bawak cash rm25k dalam kotak tisu (sebab yang cash tu nak di bank in kan). tapi takde org nak ragut kotak tisu tu sebab takde org tau pun dalam tu ada duit...

    ReplyDelete
  9. Nau'zubillah...minta dijauh kan dari perkara2 yang tak elok nie

    hati2 ye kak z

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails