Thursday, June 21, 2012

Cik Bunga dan Encik Sombong...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
21-06-2012

Satu lagi novel yang direkmen oleh seorang pembeli novel di kedai buku yang regular aku singgah. Katanya best.

Aku akui, agak best. Ada kelakar, ada suka, ada geram... hmmm. Cuma, kisahnya hampir sama. Klise sangat. Tak banyak beza dengan beberapa novel yang pernah aku beli dan baca sebelum itu.

Hampir 4,5 novel dalam tahun ini aku baca, temanya sama. Adehhh! Atau mungkin secara kebetulan. Sebab aku banyak tumpu beli novel dari penerbit yang sama kot. Jika aku beli novel tulisan Ramlee Awang Murshid, tentulah lain, kan?

Sekali lagi, kisah kahwin paksa ala-ala kahwin kontrak diketengahkan dalam novel. Perkahwinan antara seorang gadis yang bekerja di kedai bunga, Cik Bunga dengan seorang lelaki yang digambarkan sangat tampan, bergaya, hensem giler, anak Dato’, kaya sudah tentu tetapi dipanggil Encik Sombong kerana sombong giler!


 

Cik Bunga (Intan) ditawarkan bertunang dan berkahwin dengan Encik Sombong (Haris Isqandar) kerana bakal tunangnya lari di hari pertunangan. Untuk menutup malu, RM50,000 ditawarkan kepada Cik Bunga, dan pernikahan berlangsung juga.

 

Dan kisah percintaan selepas perkahwinan terus menjadi inti pati cerita dan rasanya ini novel ke berapa ntah yang memaparkan kisah yang sebegini. Bukan tak seronok baca, tapi lama-lama bosan plak dah.

Sekarang ni, kerana aku dah banyak sangat baca novel keluaran KaryaSeni (yang tak silap aku, hasil karya penulis keluar di www.penulisan2u.my terlebih dahulu sebelum diterbitkan), aku semakin “kenal” gaya bahasa dan corak cerita. Samada memang penulis novel baru zaman ini memang “senada” atau editor penerbit yang banyak mempengaruhi, aku tidak pasti.

Tapi, gaya bahasa dan lenggok cerita seakan-akan sama untuk banyak novel dah... Bagi sapa yang dah biasa dengan mana-mana penerbit novel pilihan mereka (e.g. jika selesa dengan terbitan Karangkraf or KakiNovel or JS or NB Kara), walau penulis berbeza, tetapi sedikit sebanyak, lenggok bahasa boleh kita cam menjadi gaya/style dan identiti.

Itu pendapat aku la.

 
Lihat beza tarikh aku beli dua novel ini.

Kalu nak baca tema berat, aku tahu penerbit mana yang aku suka.

Jika nak baca yang jiwang-jiwang pun aku tahu novel terbitan mana yang banyak begitu.

Malah jika nak baca novel yang banyak romantik giler, sampai baca boleh hanyut tergolek, segala watak begitu “sempurna” pun aku tahu terbitan mana yang banyak begitu.

Pilih saja. Pelbagai gaya untuk pelbagai selera.

Yang tak minat novel? Abaikan segala cerita di atas.




~...SERI BULAN terus menutup sinar bulannya dengan niat untuk melindungi wajah buruk sendiri dari cerlungan mata HISYAM kerana bintang merajuk memang nampak buruk...~



   









5 comments:

  1. setuju..
    kalau orang yang minat novel..
    pasti tahu samada penulis atau penerbit yang byk mmperngaruhi jln cerita..

    kak...
    ayu suka yang santai2..

    ReplyDelete
  2. Sama sependapat.... dulu pernah sekali baca novel tulisan seorang penulis, best sangat sampai tercari2 novelnya yang lain, lama-lama baru tersedar jalan sama, tema sama...last, malas nak beli novelnya yang lain.

    ReplyDelete
  3. salam..

    suka karya aina emir ;)

    ReplyDelete
  4. saya peminat novel tegar dan suka sangat membaca sejak saya pandai membaca sampaila sekarang. mcm2 novel genre saya baca termasukla English n Melayu. ada yg thriller,cinta,romatis,penyiasatan,perisikan,pengembaraan dan byk lagi.

    Cuma yg novelis Melayu yg paling saya suka Zuraidah Othman, Norhayati Berahim kerana gaya tulisan mereka bersahaja dan matang. Sya x berape suka dgn novelis sekarang kerana gaya penulisan lebih ke arah kebudak-budakan dan x matured pon ada. Adoi,susah saya nak membaca.

    Well,tepuk dada tanya selera. Owh,satu lagi Noor Suraya pon best jugak novel dia melalui Biru Ungu Cintaku

    ReplyDelete
  5. saya dah ad satu . best cite dye ..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails