Monday, June 25, 2012

Terasa hati ~ kerja: seksa nak gerak bersama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
25-06-2012
Senin



Bila dah berkawan baik, dan hampir seluruh kehidupan diketahui dan diterima pula seadanya, soal terasa hati sepatutnya tidak lagi terjadi. Soal nak marah atau kecewa kerana soal remeh juga sepatutnya tidak terasa. Paling-paling pun bengang dan geram yang mungkin setakat sejam dua.

Tapi bila kita dah nama pompuan, soal perasaan ni memang susah nak explain secara tepat. Sekadar nak cari alasan untuk menjustifikasikan pula dengan sebab bengang geram tu, mudah jer. Itulah yang terjadi tanpa sedar.

Soal terasa hati ni, kalau masuk bab kene soal macam benar kita bersalah, lama-lama boleh kembang kepala dek bengang tak terempang. Padahal isu kena fitnah dan isu kena jual nama nih, isu dah lama. Cuma bila kesannya sangat besar dan hampir melibatkan nak report polis, sapa yang tidak tension?

Begitulah yang terjadi. Bila kita dalam proses mengenali hati budi dan rentak orang yang baru ketika berurusan pasal kerja dengan kita, belum sempat kita nak tahu kelebihan dan kelemahan dia, kita terlebih dahulu terperangkap dalam jerangkap tidak samar, malah perangkap yang sangat terang dipasang orang.

Bila kita menjadi mangsa tuduhan atas perkara yang kita tidak buat, apatah lagi tidak pernah terfikir langsung untuk melakukannya, kita sangat berharap sekurang-kurangnya seorang pun jadi lah, untuk percaya kepada kita. Dalam keadaan begitu ramai yang memihak kepada penuduh, aku terlalu berharap setidak-tidak orang yang lebih lama kenal aku akan percaya kepada aku.

Dan, sungguhlah malang pula bila kepercayaan itu menjadi nipis (dan mungkin tidak langsung) hanya kerana cerita-cerita yang berjaya diyakinkan — kerana ugutan melibatkan polis dilihat sebagai sangat benar — lalu aku hilang orang kepercayaan walaupun yang aku harap setakat 10% pun jadilah.

Walaupun sejak awal, aku tidak langsung takut untuk berdepan dengan sebarang statement atau laporan polis, tetapi apabila melihat bagai tiada siapa akan berdiri di belakang sebagai penyokong, aku boleh rebah sebelum apa-apa soalan pun. Itulah sebenarnya menjadi kekalahan aku. Kesannya sangat besar.

Dan, akhirnya aku semakin yakin akan kehebatan seorang penuduh dan kagum pula kerana berjaya membuatkan orang lain percaya akan tuduhan. Terutama orang-orang yang selama ini aku yakini ‘kenal siapa aku’. Aku tersilap. Aku banyak tersilap. Alangkah bagusnya jika ada keajaiban pula untuk mengatakan kesilapan aku itu adalah tidak benar.

Kemudian, berusaha mengasingkan soal rasa dan terasa itu dengan soal kerja dan tanggungjawab, aku tetap menerima pandangan orang dan perubahan itu sebagai suatu perkara biasa. Apa kita nak buat? Terpaksa berdepan juga, walaupun jauh di sudut hati, kita tahu orang sudah tidak percaya kita lagi. Kerja mesti diteruskan juga untuk kebaikan ramai, walaupun kita tahu orang sudah memandang serong kepada kita. Tak mengapalah...

Mengasingkan dua perkara itu sangat seksa tapi terpaksa. Boleh faham? Tak perlu faham pun, sebab ini luahan hati sahaja.


 
 Makan: pengubat tension!




~...bila warga Kampung Separuh Desa sudah riuh bercerita tentang padi di lembah sudah masak, HISYAM terasa dia patut menjadi petani yang berani bukan seperti SERI BULAN yang masih tidak kenal mana emping mana lembing kerana masih takut andai hujan tidak menyiram ke badan, matahari tidak menyinar ke laman...~


 

11 comments:

  1. Kakcik hanya faham yang makanan dalam gambar itu adalah sedap. :)

    ReplyDelete
  2. ...macam berat je masalahnya..tapi paham sangat bila takder kepercayaan dari orang sekeliling...diri terasa amat kerdil.

    ReplyDelete
  3. Emosi orang perempuan lebih mendalam..sedangkan sikit pun hati terusik apatah lagi datang dugaan bertimpa-timpa macam tu. *faham sikit2..walaupun tak tau apa sebenarnya terjadi.

    sabaq sajalah kak azie..Allah SWT lebih mengetahui. apa2 pun layan tosei telur tu dulu...makan panas2 sedap!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Daku memahaminya...kerna PERNAH ada disituasi yang sama. masa itu, hati nan kecewa hanya memutuskan untuk diamkan diri dan kuatkan hati untuk lebih tabah. Kebenaran itu datangnya TERLALU LAMBAT, untuk memberi ruang kepada kita jadi LEBIH KUAT dan tabah, serta mengutip banyak pahala bila mampu bersabar dengan semua ujian itu.

    Moga dikau akan tetap tabah. Setelah sejauh ini kita jalani sebegitu byk kesukaran, dah tentu kita tetap lagi masih mampu kan?

    ReplyDelete
  5. berat je bunyi cerita ni...apapun tose sedap

    ReplyDelete
  6. Salam kak..

    I x sure wht u hv been thru, tapi , if berkitan dgn fitnah, ya faham. Zaman ni memang zaman fitnah, sulit utk tak terpalit. Walau apa pun, bila kita difitnah, i think kita positifkan je. Bila orng fitnah kita, means ada orng jaki and dengki dgn kita , of course lah sebab dia rasa terancam dgn kita, maksudnya we are worth sumthing dan kita ada substance lah kan sebab tu dia tak puas hati. In short, sebab akak best lah tu. Kalau kite seorang pengemis yg buta pekak dan bisu, mesti takder orng nak sakit hati n and nak fitnah kita. So gunakan kesempatan masa akak teraniaya ni , doa bnyk2. Doa orng teraniaya tak der hijab. Dah la semua pahala dia pun akak dapat kaut sekali. So, on second thots, sapa yg lebih untung dalam hal ni? pemfitnah atau yg kena fitnah???

    "Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yg tidak?"(Maksud ayat Quran (x hengat surah apa.)

    So, sebab dia x berilmu la dia berani fitnah orang.Orng pandai tak kuasa nak bagi sedekah pahala kat orang dgn cara terhina mcm tu. Anggap saja dia jahil. Life goes on. Tinggalkan manusia yg memilih utk menyekat kebolehannya dan menyempitkan fikirannya dgn menjatuhkan orng lain. Tp kalau mampu, doakanlah dia bertaubat. Tu tahap iman paling mantop. Take care.

    ReplyDelete
  7. salam

    dugaan asam garam dalam kehidupan..

    harap tabah hadapi semuanya..

    ReplyDelete
  8. fitnah ni memang lah.. susahnya bukan takat kita, semuanya sebenarrnya..

    ReplyDelete
  9. emm..apa motifnya ni?
    lambat hadam la kak..saya suka tgk makanan tu je ;)

    ReplyDelete
  10. aku rasa cermin kat rumah ko tuh dah rosak...elok beli yg beso lagik..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails