Wednesday, June 20, 2012

TMNet: mujur aku tak sarapan kepala orang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
20-06-2012

Aku dah jenoh membebel dalam FB semalam pasal line telepon rumah aku disekat tanpa notis. Walaupun full settlement telah dibuat pada Jumaat lepas, dan sambungan dijanji akan dibuat dalam tempoh 24 jam, tapi sampai semalam, line yilek!



Pagi Senin aku call Khidmat Pelanggan 100. pot pet pot pet....!

Petang Senin aku call lagi. Depa ulang tanya itu ini. Aku cuma minta depa sambung jer. SISTEM konon.

Selasa pagi, aku call lagi Khidmat Pelanggan. Depa kata kene pegi TMNet branch yang aku buat bayaran. Aku minta no telefon, pun mampuih depa tak bagi.

Yang buat aku letih, mula-mula bahagian Billing tanya itu ini... pastu dia pas ke bahagian Teknikal... pot pet pot pet.. Teknikal kata ini kene tanya bahagian Produk sebab line kena “auto-terminate”.

Sorang pegawai kata, “Puan ada apply untuk terminate ker?” What????? Aku tak apply, so korang buat “auto-terminate”? Boleh camtuh ya?

Bahagian Produk pula kata, bercakap dengan bahagian Kredit. Aku geram tahap Gaban, Kenapa tak sambung terus aku dengan CEO korang jer?

Akhirnya, jam 3.00 petang semalam aku buat Aduan Online ke SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia).

Jam 4.10 pm semalam, bahagian Billing plak tepon aku balik. Pegawai lain plak. Soal aku dari mula balik. MasyaAllah... berapa kali aku nak ulang story. Isunya, cuma aku minta sambung line. Itu jer pun.

Sampai pagi ini, Rabu masih cenggitu gak. So takda pilihan terpaksa la pegi kaunter TMNet Pandan Indah seawal jam 8.30 pagi. Kaunter kata, dah sambung. Dah takda masalah. Rasa kembang kepala aku nak hempuk kepala depa!

Sorang pegawai take over. Semak sana semak sini, last; “Maaf Puan. Sistem kita terlepas pandang ni. Mereka tak buat update. Patutnya hari Jumaat tu line dah ok.“

Ok, Jumaat tak buat update, tapi kenapa Senin depa tak check??? Selasa pun tak check? Aku makin tak faham.

Pegawai tu klik sana klik sini, janji itu janji ini.. So dia akan uruskan hari ini juga. Berkali-kali dia janji. Agaknya dia pun seriau tengok muka aku macam nak telan dia jer pepagi tadi. Huhhhh!

Dan atas rasa tanggungjawab, aku terpaksa pula email ke SKMM, untuk membatalkan Aduan Online aku semalam.

Apapun terimakasih kepada pegawai terbabit – yang ketara hanya dia sorang yang masih tahan bermuka manis, sedangkan yang 2,3 orang kat kaunter sebelum tu, muka kelat macam tertelan cuka sebotol!

Hikmahnya, aku dapat rebate untuk beberapa proses tersebut.



~...SERI BULAN mengaku dia sudah tidak kental lagi menahan bedilan kritikan dan bebelan HISYAM, kalaupun dia memang tidak suka dipuji tetapi dia juga tidak rela dicurigai...~




10 comments:

  1. Jawapan paling senang KESILAPAN TEKNIKAL so tak ada sesiapa yang salah!

    Rebate...buat ati sejuk sikit...ekekeke...

    ReplyDelete
  2. nasib ada rebate, sejuk ati sikit :)

    ReplyDelete
  3. Kita pengguna, ada hak untuk menyuarakan ketidakpuashatian, boleh bertindak buat aduan dsb... tahniah, berani kerana benar!

    ReplyDelete
  4. kak,

    len kali cakap je nak saman 100K.. kompom cepatt je dorang sambung line... heheheh..


    (saja je nak buh minyak lagi..) :P

    ReplyDelete
  5. saya pon ada masalah dengan TM ni,pergi dekat kedai dia lagi tension, staff dia tanya lain jawab lain, pastu sistem diorang lain2 dekat komputer, mintak bill dekat orang pertama dpt murah, bila bayar mahal pulak, kata sistem salah

    ReplyDelete
  6. SMTI - Nasib baik den dah tak kojo kek sinun... ha ha

    ReplyDelete
  7. saya faham perasaan kak azie. saya pun pernah alami perkara mcm tu.sya pulak rasa mcm nk bako kedai TMnet pada masa tu

    ReplyDelete
  8. Nasib baik dapat rebate ye..kalau tak mesti sarapan kepala...hehehehhe

    ReplyDelete
  9. a'ah akak nasib baik dpt rebate..hehhehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails