السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
25-06-2012
Seorang suami, seorang ayah baru kematian isteri tercinta. Kematian bermakna kehilangan.
Kehilangan yang sangat besar. Teman hidup, teman bercakap, teman sehati sejiwa. Yang memahami, yang melayani, menjaga makan pakai sehingga ke tahap stoking di kaki pun dipakaikan isteri. Lalu kehilangan itu menjadi kesedihan dan kekurangan yang sangat terasa.
Konfliknya, selepas baru 3 minggu dia membuat keputusan untuk berkahwin lagi.
Pada mulanya, aku terfikir dia akan berkahwin dengan seorang wanita solo di kampung tu nama Kak Kiah (ntah janda ntah anak dara tua). Tetapi bila tiba suatu ketika si ayah yang kesunyian dan dibayangi banyak kenangan bersama arwah isteri... merenung baju yang digosok oleh ARIN (masa mula aku tak pasti Ari ni menantu ke anak pompuan dia). Kemudian baru aku jelas, ARIN tu memang anak pompuan dia (kemudian baru tahu ARIN tu cuma anak angkat, patut pun dia tak berani tinggal dengan ayah dia tu, depa bukan muhrim).
Konflik timbul bila si ayah keseorangan dan anak-anak risaukan kebajikannya dalam menjalani hari tua sendirian kerana selama ini semua keperluan dilakukan penuh setia dan cemerlang oleh arwah si isteri. Si ayah menyelesaikan masalah dengan cadangan berkahwin lain.
Anak-anak terutama yang sulong dan yang si Acik (nomot 3 le kot) terangan membantah. Malu konon orang berkata, kubur mak masih merah tapi ayah dah gatal nak kahwin lain. Tapi selaku orang tua, tentulah ayah membuat keputusan ini demi kebaikan semua. Terutama untuk anak-anak, supaya mereka tidak lagi bertolak tarik menjaganya.
Nampak jelas, anak-anak lelakinya yang dua itu menentang kerana mereka tidak memahami hati seorang tua. Yang memandang jauh ke hadapan, tidak mahu menyusahkan anak-anak yang jelas mempunyai masalah masing-masing.
Memang, bukan berdosa besar pun jika tak tunaikan pesanan orang yang telah pergi. Tapi jika dengan berkahwin lain itu lebih baik, kahwinlah. Apatah lagi dengan alasan untuk kebaikan seorang anak yang sarat mengandung tetapi ditinggalkan suami. Kan? Aku sokong!
Drama ni memang best. Arahan BADE Hj Azmi, terbitan syarikat Rosham Noor. Astro Ch105.
Lihat pengajaran. Bukan senang jadi isteri nih. Orang jantan nih, 2 perkara besar kena jaga:
1. Perut depa.
2. Katil tidor depa.
Tak susah tapi tak senang juga.
Well, tepuk bantal lena sendiri. Samada bermimpi best atau mimpi jatuh katil, pandai-pandailah korang. Hikhikhik!
~...SERI BULAN ingin sekali bulan mengambang hingga ke subuh tetapi rupanya bulan setakat menyinar suram hingga bumbung Teratak Nyatuh sehingga tidak sempat menyuluh wajah mendung tapi tenang si HISYAM yang mengaku muram tetapi masih sempat mandi berendam...~
jaga perut? haha mcm gelagat dlm radio sinar "isteri saya byk mengubah hidup saya....dari berat saya 60kg dah jadi 80kg" hahaha adoiyai ;D
ReplyDeletetapi aku setuju tu beb sbb mak aku pun pesan benda yg sama,alhamdulilah dah 27 thn siDIA masih setia dan mmg suka mkn dirumah.
*setia ke?tapi selagi dia dok balik ikut time kira setia la kot ^^
As salam Kak AA,
ReplyDeleteHarus dicari cerita ni nak tonton online...hehehe :)))
Konon nak tengok semalam, tapi lepas masterchef je terus naik ke bilik dengan anak-anak, sebab pagi ini mereka perlu ke sekolah. :)
ReplyDeletesaya dah set mind nak tgk tapi bila sampai masa tertengok citer lain.huhu
ReplyDeletemak saya penah pesan 'kalau ma mati,bagilah ayah kawen lagi sbb ayah tak selesa duk umah anak2..tp kalau ayah mati,insya Allah..ma tak nak kawen dah..nak duk ngan anak2 tolong jaga cucu pun xpe'hehe
walau saya belum kawin, tapi saya memahami dan agak terbuka pasal benda ni~
ReplyDeleterugi le kak saya tak tgk pun semlm. mesti ada ulangan kat astro nanti
ReplyDeletetk yah beli katil dan kahwin dgn wanita yang dah tk boleh bersalin,,uhuuuk,, pedasss
ReplyDeleteada sebabnya... rupanya...
ReplyDeleteSinopsis macam best.
ReplyDeleteErkkk...saya tido atas tilam jerk so tak riasau nak jatuh katil...ekekee...
haha..tergelak saya baca 2 benda yg akak tulis "kena dijaga" tu ;)
ReplyDeleteayah saya masih lom terbuka hati nak kawin lagi lepas mak saya meninggal 3 tahun lepas.. katanya masih teringat kat aruah..
ReplyDeleteTadi lepas balik skola sy sempat tengok ulangan cite ne, best cite ne kalau kita hayati. Sy baru umur 19 pun nangis tgk cite ne sorang2. sambil2 tgk, sometimes tpikir jugak acane lah hidup sorang ayah bila kehilangan sang isteri peneman hidup selama berkurun-kurun tahun lamanya, mmg xsama bila anak yg menyiapkan makan minum ayh bnding dengan istrinya. haishhhh sedih cite ne.
ReplyDeletesaya tgk citer tu kak.. tapi sy pun rasa, lelaki ni perlukan teman.. berbanding seorang perempuan. perempuan ni perlukan pelindung. klu rasa selamat, dia tak kawin lagi kot.. heheh
ReplyDeleteApa ost cerita ni yer
ReplyDeleteApa ost cerita ni yer
ReplyDeleteSaya dah tak ingat la dik... sori.
DeleteMEMULA IGT DIA NAK KAWEN NGAN ARIN TP LAST BARU TAHU DIA NAK KAWEN DGN KAK TON..HEHE
ReplyDeleteLagu dlm cite tu lagu ape ye. Ade sesiapa tau?
ReplyDelete