Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan Day 5: yang murah dan yang mahal...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
25-07-2012



Bulan Ramadhan bukan sahaja istimewa kerana keberkatan, juga di bulan inilah pelbagai juadah muncul. Yang pelik mahupun yang istimewa. Yang tak rajin pun automatik jadi rajin. Tekak punya pasal, kah?

Lumrah kita, mencari sesuatu yang istimewa di bulan yang istimewa. Setahun cuma bulan ini sahaja, kan? Di param, merata tempat pun, pasti juadah istimewa mudah jer nak dapat. Biasanya yang popular tentulah ikan bakar, menu air dan kuih-muih tradisional.

Tepung pelita yang tak pernah menyala pelitanya pun, masa inilah tiba-tiba muncul. Ikan bakar pun mahal ya amat. Aku tak pernah beli, tapi aku tahu memang mahal.

Hari ke-2, aku buat Cucur Udang. Ini menu yang sangat biasa. Sengaja nak tukar sebab tak nak makan nasi masa berbuka.

Semalam, kami buat Buah Melaka. Tak banyak, dapat sepinggan saja — setengah kampit tepung pulut. Aku bancuh saja, yang buat serah pada anak dara. AMOI buat sama dengan CHAK.


Ada kecik ada besar. Ok lah tu. Asal boleh ngap.

Masa berbuka aku makan 2 biji, lepas terawih dah tak kelih. Adehh.. nak kena buat lagi tuh.

Sebenarnya, buat sendiri lebih puas dan murah. Percayalah. Tapi, ya lah... tak semua orang sempat sampai awal ke rumah. Aku syukur, sebab jam 5.10pm aku dah boleh sampai rumah.

Masa kecik dulu, MyBONDA buat sendiri kuih-muih, e.g. Murtabak Pisang, kuih-kuih yang berkukus... pendekata yang enak belaka. Pastu hantar sepiring ke rumah jiran sebelah. Dan jiran akan balas, samada kuih atau lauk.

Rasa seronok sangat bila dapat balasan. Sebab juadah bertambah. > pengalaman manis lagi mahal...

Sekarang? Dulu jiran aku pun sama rajin berbalas juadah. Pastu bila dia pindah, kami dapat jiran lelaki bujang. Memang susah skit, nak buka pintu depan pun jadi segan. Then, dapat jiran family kecik (anak sorang). Jenis tak suka buka pintu, nak senyum dengan kita pun macam seksa. So, aku tak suka nak paksa orang jadi terlebih peramah macam aku.Asal tidak mengganggu dan terganggu, aku ok jer.




~...setiap kali Mak Utih bergerak tak keruan mencari itu ini untuk memasak sesuatu yang bagaikan tidak perlu, SERI BULAN sudah memahami itu semua gara-gara melayan karenah manja mengada HISYAM yang ingin makan penganan, sedang Pak Utih bersekongkol jadi tukang sokong...~



 

18 comments:

  1. Kak AA,
    Mertabak pisang style banjar..huhu. Teringinnya....


    Sekarang, rasa macam mahal bukan main harga makanan kat psr rmdhn.

    ReplyDelete
  2. saya walau anak seorang kalau boleh semua lauk pauk dan kueh sume nak buat sendiri. takmo beli-beli.

    ReplyDelete
  3. sya suka kueh buah melaka boleh masuk menu berbuka anak anak dara balik hari jumaat ni.


    setakat ni sya belum beli beli lagi di param dan akan di elakan, sbb antaranya tak mahu keluarga sakit perut lagi pun benda yang di beli tu kita pun boleh buat sendiri, hendak dan tidak aje kan?

    ReplyDelete
  4. AA - Selamat berpuasa, berbuka, bertarawikh dan beramal ibadat di Bulan Ramadhan kali ini.

    Bergenang airmata bila teringat bulan puasa masa kat kampung 30 tahun dahulu.

    Sekarang dah tak de dah. tak tau apa jadi lagi 30 tahun akan datang.

    Nota:- Aku ni mudah tersentuh kalau baca cerita kisah kecik kecik masa kat kampung, kenangan lalu kampung aku....sob sob sob

    ReplyDelete
  5. Jujurnya, kakcik risau kalau dapat kuih muih dari tetangga. Sebabnya? Sebab kakcik tak tahu nak balas dengan apa. Nak pulangkan bekas kosong, segan pula. :(

    ReplyDelete
  6. saya kalau jiran bagi makanan, saya peram pinggan mangkuk dia orang sampai la saya ada judah nak balas balik.. hee... kadang bertambun pinggan manngkuk jran, huhuu..

    ReplyDelete
  7. buat masa ni saya cuma masak utk makan sahur aje, waktu berbuka mmg saya tak sempat. hari cuti mmg wajib saya masak. nasib baik en. abah pun faham

    ReplyDelete
  8. NAJWA:
    Yes,
    kami Banjarian memang selalu lah makan Murtabak Pisang nih. Dolu mana
    ada orang jual. Semua buat sendiri. Puas makan. Sekarang ni harga
    makanan memang mahal. Bila dah bulan posa, lagi lah mahal.
    Melampau-lampau..


    KAKCHIK ELLA:
    Kalu dah biasa masak sendiri, tak kira berapa anak pun, kita tetap nak
    masak juga. Itu lebih puas hati. Masak dgn kasih sayang, kata orang...

    ReplyDelete
  9. SYA:
    Bila
    anak-anak ramai2 berpuasa, memang lebih meriah. Kita pun bersemangat
    nak masak itu ini. Memang kadang2 ada juadah pasar Ramadhan tu dah tak
    segar. Bila kita bungkus jer, sampai umah dah basi...

    ReplyDelete
  10. ...dah berazam taknak beli Ramadan ni tapi arini dah terbeli lah sebab takleh nak elak...beli pun bersebab...

    ReplyDelete
  11. masa kecik saya selalu kena hantar kat jiran. saya sampai skrg tak pergi param. hari2 masak. bantai je asal boleh telan. hihi.

    ReplyDelete
  12. RED
    RAMBUTAN:
    Bila tiba bulan posa, tak dapat tidak kita pasti terkenang zaman kecik
    kita. Makanan, saling berbalas juadah, berbuka ramai2, berdedai ramai
    menuju surau... bersahur dgn pelbagai kerenah... oh terkenang juga
    niii...


    KAKCIK SEROJA:
    Saya pun dolu, bila jiran ada bagi juadah, terpaksa simpan bekas sampai
    ada benda hendak dibalas. Kadang tu beli buah utk balas. hehehee...

    ReplyDelete
  13. ANAA:
    Kalu dah betimbun tu memang parah. Silap2 dah tak kenal mana pinggan jiran mana pinggan sendiri. hehehehe...


    MAMASYAZA:
    Memang ramai kita yg bekerja tak sempat nak masak. Tak per. Masak utk bersahur pun dapat berkat tahu...

    ReplyDelete
  14. FARID:
    kalu
    dah takda pilihan, memang terpaksa la beli, kan? Sebenarnya jika nak
    jimat, beli lauk je. Nasi masak sendiri.



    ERICHAN:
    Kalu org bujang mudah sikit la, kan? Nasi putih sama telor mata siram
    kicap atau sambal tumis ikan bilis dgn tempe pun dah seribu syukur
    dah...

    ReplyDelete
  15. salam...

    mak mertua selalu buat kat kampung....

    biar blog bertukar rupa
    TiranaAduka singgah jua
    Ape khabar gerangan disana?
    Moga persahabatan kekal selama...

    Tirana ini tak pandai bermadah
    Bersyair gurindam jauh sekali
    Singgah setelah selesai ibadah
    jangan lupa berkunjung kembali

    ReplyDelete
  16. TIRANA ADUKA:
    Salam...
    Walau blog berubah wajah,
    hati hamba tak pernah gundah,
    demi kunjungan tuan yang peramah,
    bila terluang pasti dibalas kunjungan.

    Ramadhan bulan yang indah,
    pelbagai hidangan serta juadah,
    bukan sekadar persahabatan yg indah,
    rasa kasih bertunas sudah.

    ReplyDelete
  17. CHE ROSLIZA:
    Salam dan selamat datang.
    Yang sedap tu sebab buat sendiri tak beli...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails