Thursday, July 26, 2012

Ramadhan Day 6: perangai jelik ~ orang gomen dah dapat bonus tu janganlah muka berkerut lagi yaaa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Khamis
26-07-2012


2,3 hari lepas, kita sama-sama dengar tentang Kuala Lumpur tersenarai dalam survey dan diletakkan sebagai bandar berpenduduk berperangai jelik dan pelik dan tidak bersopan. Huh...!

Ada pro kontra di merata ruang siber yang kita baca. Ramai yang memberi contoh di laman-laman sosial – terutama FB, antaranya Hot FM pun ada bertanya pendapat ramai. Ramai yang memberikan contoh dan pengalaman.

Bagi aku (yang berpuluh tahun duk di KL) banyak pengalaman dan merasakan itu sangat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan di kampung dulu. Ohh.. tentulah beza kan?

Seorang pakar akademik berkata, taraf hidup dan mementingkan diri sendiri menjadikan kita semakin kurang sopan dan membelakangkan santun terhadap orang keliling... juga terhadap banyak perkara dalam masyarakat kita.

Pemerhatian aku sejak dulu, rata-rata pegawai kerajaan (tak pegawai pun sebenarnya), memang selalu menjadi bahan. Susah nak senyum. Terutama yang dok depan kaunter. Betul tak? Betullllllll.....!

Muka dah la serius, pastu cakap pun sepatah-patah macam dah hilang sedikit keramahan sedangkan kita orang Melayu. Tak peramah pun takper, asal boleh ler bagi sikit senyum. Bukan jatuh pun susuk ko Makcik ooiii... Ops!

Tapi memang aku selalu bengang bila berurusan di kaunter pejabat kerajaan. Wpun bukanlah selalu, tetapi hampir setiap kali begitulah. Susah nak jumpa kerani kaunter yang muka manis senyum dan nampak mesra. Memang terdidik begitukah masa hari pertama sain jadi orang gomen?

Well, tapi aku rasa sudah ada perubahan sedikit sekarang, kan? Kempen lah apa lagi. Kempen senyummmmm....! hehehehehe Marah orang gomen kat aku niii... Tapi majoritinya begitulah. Susah nak cari, bukannya tak ada.

Zaman 10,15 tahun dulu, nurse kat hospital kerajaan paling banyak kena komplen. Garang ya amat...! Bengis macam rimau. Sikit-sikit nak marah orang. Aku pun tak faham kenapa mesti nak marah-marah. Kadang-kadang tu, sengaja jer guna bahasa yang menyakitkan hati. Patient ok.. patient. Dah la sakit, disakitkan pula hati.

Aku bersalin di hospital kerajaan, aku pun ada 2,3 pengalaman dan pemerhatian sendiri tentang bahasa sarcastic nurse. Tapi itu dulu la.. Sekarang aku nampak dah kurang. Nurse sekarang dah ramai yang manis muka dan manis mulut.

Vandalisme: ini yang berlaku depan tempat kerja aku minggu lepas.



Semua kabel (apa ke nama nya, yang tembaga tuh?) semua dikebas. Satu pun tak tinggal. So kami blackout kira-kira 3 jam pagi itu. Job bertangguh.


**********


Bonus Raya untuk kakitangan awam setengah bulan gaji/RM500 minimum. Syukur la ya... Sapa nak bagi ye tak?


Hari ini juga Ulangtahun Kelahiran CHAK ke-10 tahun…





~... SERI BULAN sedia maklum bila tiba hari istimewa surat bawah tempurung pasti lebih tebal dari biasa kerana HISYAM tidak pernah kedekut untuk menjadi penaja utama bagi segala keperluan teman istimewa dengan harapan baju kurung dan Teluk Belanganya bakal sedondon dan sedandan...~



 

24 comments:

  1. Selamat ulangtahun utk Chak! :-)

    Alhamdulillah...rezeki depa. Nak tuduh semua staf gomen sama rata memang tak boleh. Di kalangan berjuta, ada yang okey. Tapi yang tak okey tu diharapkan murahkan lah senyuman, perbaiki mutu perkhidmatan....semua org hepi...

    ReplyDelete
  2. nak stuju 100% tak lah... tapi memang ada yang camtu.. sekarang dah banyak berubah... :D

    ReplyDelete
  3. oklah , boleh belanja raya.
    senyum sampai telinga.

    ReplyDelete
  4. untung org kerja gomen skrg ni ek...mcm2 yg mereka dah dpt...mcm pekerja swasta ni dpt gaji pun dah kira brsyukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. (Semua kabel (apa ke nama nya, yang tembaga tuh?) semua dikebas)
    Yang itu FUSE orang panggil puan AA

    ReplyDelete
  6. alhamdulila kak dpt bonus..hehehhe

    sapela yg kebas kabel tu...

    ReplyDelete
  7. SITI
    MURNI:
    Terimakasih. Kita pun harap akan ada perubahan positif yang lebih baik
    lagi di kalangan pegawai gomen sejak depa selalu dapat bonus ni. Agaknya
    dulu-dulu gaji kecik, tu keja pun ala kadar. Skang ni semua dah mewah
    belaka...



    KAK IZAN:
    Memang ada segelintir yg masih berperangai di takuk lama. Kita orang
    awam ni sentiasa mahukan perkhidmatan yg mesra, kan.

    ReplyDelete
  8. NIEDA:
    beraya
    sakanlah depa, kan? Kita yg swasta ni, tumpang tengok je lah..


    ZUE:
    betul tu. Untung orang gomen skang ni. Dulu gaji ciput, skang ni gaji
    besar keja kurang. Orang swasta pulak yg teruk sekarang ni...

    ReplyDelete
  9. MUNAFENDY:
    tak... saya bukan orang gomen. Saya keja swasta. Aminnnn harap2 dapat bonus juga.


    FADZIL:
    terimakasih, tolong jawab soklan saya. Dok keja tarik kabel letrik kerr? hehehehe

    ReplyDelete
  10. CIKCERIA:
    Kak Azie keja swasta, mana nak sengih mcm org gomen.
    Rasanya yg kebas kabel tu penagih dadah tu...


    MAMA MAMAN:
    yg dapat bonus tu memang lah seronok. Dapat la beraya sakan.

    ReplyDelete
  11. setuju ngan kak azie,,byk yg dah berubah,,sy dulupun selalu kena,,sampai hilang sabar pernah terucap kt org di kaunter "nape muka masam je..awak tak dapat gaji ke bulan ni"huhu

    ReplyDelete
  12. wii gambar kasut dah takde kat header. pasal org gomen ni saya ke kastam last month ok jek diorang ni. cuma kat kaunter yang jual borang tu alahai..budak je lagi tapi muka dah tak manis. kalau dari muda tak manis...nanti dah tua....sendiri sambungla ek.

    ReplyDelete
  13. SURI
    SOLEHAH:
    Berani awak yer tegur camtuh. Tu kira dah hilang sabar lah yer... hehehe
    sekali sekala org camtuh memang patut kena smash sekali.



    ERI CHAN:
    aduhai kalu muda-muda asyik dok masam jer, dah tua skit terus berkedut
    sana sini. hehehe

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    Ni orang gomen nak komen hu hu hu

    bab muka tak manis tu, dakupun selalu kena. selalu je kena halau sebab muka awet muda mcm student, dah remaja purba ni...jarang dah kena mcm tu.

    Kat ofis sendiripun, pernah berlaku staf cantik bermuka cemberut mngalahkan limau nipis. Saya tak komen apa-apa, tapi saya hulur kat dia borang kursus "perkhidmatan kaunter". Skrg dia pindah departmen lain tapi kalau jumpa dah gelak ketawa siap peluk2 bagai...

    Bermula 1 Syawal lagi saya ucapkan "selamat hari raya" kepada semua org yg saya jumpa termasuk di kaunter bank, tol, pejabat pos atau tenaga. hasilnya...semua orang senyum dengan manis ;) Hari kita pun jadi ceria

    ReplyDelete
  15. hehehe...orang gomen nak komen gak. saya tak malu nak mengaku memang benda2 sebegitu wujud & bertambah menyampah bila terlalu banyak karenah birokrasi. tukarlah PM ker, KSN ker, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ker, agak "sukar untuk nak mengubah benda yang dah biasa". ianya dalam diri individu masing2. buatlah penarafan bintang ker (star rating), MS-ISO ker.... selagi dalaman diri x de kesedaran untuk berubah, memang agak payah.

    ReplyDelete
  16. ANYSS & EELOBOR:
    Saya setuju dgn komen tersebut, dan Kak Azie rasa perkataan yg sesuai
    ialah BUDAYA KERJA. Mungkin terbiasa dan terikut dgn pemimpin/pegawai
    terdahulu, sehingga tidak merasa janggal atau merasa salah lagi.
    Tetapi sesuatu perubahan tetap akan berlaku. Positif. Benar, apapun
    semua harus datang dari dlm diri kita sendiri.

    Tahniah sbb dapat bonus..!!

    ReplyDelete
  17. As salam kak Azie,

    Selamat ulang tahun Chak! ;))

    Kak,

    Doa tiap2 hari jumpa org yg baik-baik... insya'ALLAH :))

    Marya baca juga ttg artikel yg dihebohkan tu ...tp tak leh percaya sgt sbnye majalah yahudi tu... apa2 pun sikap org kita mmg perlu diperbaiki demi menjaga nama baik negara & juga agama Islam yg menjadi agama rasmi negara kita... Malukan kalau makin maju makin corot akhlaknya... wallahualam

    ReplyDelete
  18. MARYA:
    Terimakasih
    atas ucapan...
    Betul, bila ada kritikan dan komen gitu ramai plak yg sentap.
    Tapi tanpa kritikan mungkin ramai yg tak berubah. Kita sebagai ahli
    masyarakat yg melihat dan menerima perkhidmatan, menegur utk kebaikan
    bersama.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum wbth....

    Selamat ulg tahun.......

    Saya lelaki la sis....
    Maaf jika saya kelirukan sis....

    ni ada gambar saya sis...kat sini


    http://aku-saya-alam.blogspot.com/2012/07/tirana-aduka-tapak-tangan-kanan.html


    http://aku-saya-alam.blogspot.com/2012/07/x-ray-tiranaadika.html


    dan


    http://aku-saya-alam.blogspot.com/2012/07/kaki-kiri-tiranaaduka.html

    ReplyDelete
  20. uiks.....

    dah tegok lum gambar tu sis...

    hehehhehehhehhehhehe.....
    kadek sawat leh.....?

    ReplyDelete
  21. beb sbb aku org gomen aku pun nak komen jugak.

    masalahnya bukan org gomen pun kalau dah muka sepesen jenis tak reti bersyukur mmg lah takde "nur" dimuka hahaha :D

    skrg aku tgk semua sama ja.dimana pun baik dipejabat,dibank,disupermarket sama ja org yg muka kelat yg tak reti bersyukur dgn rezeki tuhan.

    waima di stall kecik tepi jln pun,sepatutnya bila customer dtg senyumlah sikit ini...adoiii mcm la kita nak free.

    org gomen dpt BONUS separuh gaji tp ada org lain yg dpt BONUS 2 bulan gaji...

    hidup ini mcm roda,dulu ramai org gomen lepas jawatan masuk swasta siap beli keta mahal tak henggat donia...tapi skrg bila tak dpt keja gomen semua org disumpah seranah konon "ala dia tu kabel besar patut dpt keja gomen" tapi depa lupa rezeki,jodoh,ajal,maut ditgn yg esa.

    so takan nak ckp ALLAH SWT tu zalim pulak kan :-)

    salam 11 ramadan beb.

    ReplyDelete
  22. dulu yes, misi memang garang2 tambah kat dlm bilik bersalin.. sekarang dah ok kot sebab 2 kali bersalin misi ok ja. banyak yg muda2..ada yg bagi nasihat, bg semangat, kalau dulu siap mengata lagi kat pesakit..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails