Sunday, July 15, 2012

Paskal Food Market: Harus ke mari lagi untuk lihat bulan lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Ahad
15-07-2012



Kata orang, tidak sah ke Bandung jika tidak singgah ke Rumah Mode. Rumah Mode adalah sebuah rumah banglo yang dijadikan toko menjual pakaian (departmental store) yang kelihatan sangat menarik dan nampak eksklusif.

Singgah sekejap  di butik Shasmira Muslimah, tapi sorang pun tak beli apa. Sebab harganya mahal juga.

Kerana ini kunjungan kali ke-2 aku ke Rumah Mode, so aku bagi peluang pada mereka yang belum pernah sampai untuk menjelajah dan memilih apa yang berkenan.

Aku lebih suka merayau sekeliling. Tetapi kerana hari sudah semakin petang (jam 6 petang dah kelam) jadi tidak banyak yang dapat diperhatikan. Apapun orang tetap ramai kerana kawasan Rumah Mode ini luas, ada 2 buah rumah berasingan juga ada deretan cafe dan tempat bersantai yang cantik. Kolam ikan dan hiasan taman juga indah.


Dulu aku tak perasan pun monyet yang bergantung kat pokok tuh. Sekarang baru aku nampak.

Malam, mencari tempat makan. Sudah dirancang sejak semalam. Atas cadangan Mas Sudin kami pergi ke Paskal Food Market. Pusat tempat makan yang popular katanya.


Kawasan Paskal Food Market ni memang luas. Parking pun luas sangat (tapi mana-mana parking di sini tiada yang free, semua kena bayar samada guna tiket atau penjaga parking secara haram, tetap kena hulur)

Kawasan sekitaran memang cantik apatah lagi waktu malam. Walaupun ianya juga dibuka waktu siang, tapi aku rasa waktu malam lebih cantik dan menarik. Lampu sekeliling dan juga kolam air terjun di tengah itu sudah cukup menambat pandangan mata. Rasa tak puas jalan berkeliling. Cuaca di Bandung memang dingin nyaman, dan berangin. Agak sejuk tapi best!



 

Melihat kawasan ini mengingatkan aku pada kawasan medan selera Puteri Hasrizah di Ampang. Di mana deretan kedai makan berkeliling suatu kawasan yang luas dengan hanya satu sahaja kedai minuman (biasanya owner akan kontrol jual air). Sama juga di sini di mana kedai minuman hanya satu.

Ada banyak pilihan makanan. Order dan bayar kemudian pilih meja. Kami memilih menu Nasi Goreng Special dan juga Sate. Tidak banyak beza dengan makanan kita di Malaysia pun. Harga pun lebihkurang saja.

Sementara menanti makanan sampai, aku merayau berkeliling, sudah tentu nak lihat kelainan dan snap gambar. Ada juga stall Nasi Ayam Malaysia, tapi kami tak cuba pun.




Lumpiah Basah (popia basah sebenarnya)

Ada pelbagai jenis makanan dijual dan pertama kali aku tengok. (Lagi gambar di album di FB azie azah)


Tandatangan buku tetamu.



Rasa sate tetap enak dan sesuai untuk tekak. Walaupun Kuah Satenya bercampur kicap, tetapi pada aku tetap sedap. Yang sedap lagi pada aku ialah ketupatnya adalah Lontong asli. Rasa padat dan tidak lembik macam ketupat sate kita di Malaysia.

Air yang berwarna putih dalam cup tu ialah Air Sirsak (durian belanda). Di sini air apokat (avokado) dan sirsak ni sangat popular. Mana-mana pun ada. Kos keseluruhan untuk 6 orang makan: RP250,000.


Makan sambil melihat bulan yang terang benderang di atas sana. Sekali sekala juga, ada pesawat melintas.



~...HISYAM mula gementar bila ada yang membawa khabar menerusi tali ampaian bahawa dia sudah berani menerima utusan wangi dari anak dara Pak Imam sedangkan dulu pernah berjanji untuk jadi buta huruf selain dari surat SERI BULAN yang setia berada di bawah tempurung di hujung ampaian...~




 

2 comments:

  1. pernah dengar pasal rumah mode ni..tapi pertama kali tengok gambar. malas nak google..hehe...:-) tq kak azie..menghidangkan gambar buat santapan kami yg belum berkesempatan pegi ke sana lagi.

    serabi tu ape...sama macam kuih serabai ke..?

    ReplyDelete
  2. As salam K.Aziezah...seronok baca blog kak aziezah ni...

    tumpang tanya bole...di mana lokasi Shasmira Moslem Factory Outlet ni ye...

    tq...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails