Friday, July 13, 2012

Dari Lesehan ke Parit 9 hanya untuk makan-makan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
13-07-2012


Selepas keluar dari kawasan “Pey-Bey-Jey” (PVJ), kami merangka plan untuk dinner. Sebenarnya memang banyak restoren di bandar Bandung, tetapi untuk memilih yang betul-betul sesuai, haruslah juga berbincang-bincang dan bertanya kepada Mas Sudin. Semasa berpusing-pusing dalam bandar Bandung, memang ditunjukkan beberapa restoren dan tempat makan yang menarik.

*Trip kami hanya menyerahkan kepada ejen untuk urusan transport dan penginapan sahaja. Kerana rata-rata sudah berpengalaman, lalu soal makan tidak dimasuk dalam jadual kerana lebih mudah menguruskan makan sendiri mengikut masa dan keadaan jika dibandingkan ketetapan pihak ejen. Lagipun, lebih murah dengan cara begini.

Untuk malam itu, Mas Sudin mengusulkan satu tempat yang unik dan sedikit berbeza. Bunyi macam menarik. Rumah Makan Lesehan di pinggir bandar Bandung. Perjalanan dari kota, memakan masa hampir 45 minit. Jalan pula kecil macam jalan kampung dengan rumah-rumah orang kampung di kiri kanan. Tetapi kerana hari malam, tidak banyak yang dapat dilihat apalagi untuk dirakam gambar.

Menurut Mas Sudin, “lesehan” tu maknanya duduk bersantai, or bersila. Jadi tempat makan tu, semua orang makan dengan duduk bersila. Wahhh sangat teruja aku hendak mencubanya. Tentu unik, kan?

Kami sampai di kawasan agak puncak. Sepanjang jalan banyak kedai-kedai makan lesehan dengan reka bentuk yang hampir serupa.

Berhenti seketika di atas bukit, rupanya boleh nampak seluruh bandar Bandung di waktu malam. Bercahaya indah. Lebihkurang macam jalan pintas Ampang dari Hulu Langat tu, yang boleh nampak KL.

 

Kami mencari-cari parking yang sesuai, maklum jalan sempit dan van kami agak besar. Kalu boleh nak singgah duduk di restoren yang menhadap kota Bandung, so sambil makan bleh nampak pemandangan di bawah sana.


Orang sudah ramai sebenarnya. Hampir semua Rumah Makan Lesehan sepanjang kira-kira 2km dalam daerah Punclut ini dipenuhi pelancung (tetamu disebut di sini) dan juga orang tempatan. Rasanya tidak ramai orang tahu pasal Punclut ini, tapi di kalangan orang Bandung, ianya tetap menarik untuk dikunjungi.


Setiap ruang makan, diasing dengan dinding setinggi sekaki, dinding anyaman — tidak pasti dari daun apa, nipah mungkin. Lantai juga dari papan dan dialas tikar anyaman. Ada kedai yang setingkat dan ada juga yang 2 tingkat. Setiap sudut sudah ada group kecil yang sedang menjamu selera. Ada juga kumpulan muzik kecil yang bermain alat muzik — akustik. Menarik sekali.


Mas Sudin menanya menu. Aku tak kisah, snap gambar jer.

Antara yang aku nampak, menu Nasi Padang, sate dan ikan serta ayam bakar. Tak banyak pilihan. Lalu tidak mendapat pilihan majoriti.

Bak kata Mas Sudin, “nggak ada yang cocok?”

Akhirnya kami beredar turun dari Punclut mencari kawasan makan yang lain yang lebih menarik dan berbaloi. Mujur Mas Sudin pintar mencari jalan pintas, so merentas kawasan Dago kami rasa cepat saja sampai ke kota semula.

Atas usulan Mas Sudin, kami dibawa ke restoren Sea Food Parit 9. Terperanjat juga sebab ada nama kedai Parit 9 di sini. Ingatkan hanya ada di Sungai Besar saja. Hehehehe!

Restoren Parit 9 adalah rangkaian perniagaan yang sama dengan syarikat pengangkutan pelancung Mas Sudin. Maknanya, kedai ni pun Bos dia yang punya. Bos dia juga ada guest house untuk disewa kepada pelancung. Guest house, sebuah rumah banglo dengan beberapa bilik. Kira-kira 5 minit dari Restoren Parit 9.

Bagi yang belum tahu, “kepiting” itu adalah ketam.


Ternyata Restoren Parit 9 ini adalah pilihan lebih baik. Masakan panas dan tidak lari dari selera tekak orang Malaysia.


Makan sambil bergelak-gelak. Lapar memang bertambah lapar.

Menu pilihan: Kerapu Masam Manis, Sotong Goreng Tepung, Genjer Telur Puyuh (macam kangkung, tapi sebenarnya keladi air ditumis bersama telur puyuh rebus) dan Udang Goreng Pedas. Jenuh nak perabis.

Untuk 6 orang makan. Kos keseluruhan RP316,000.


Kerana hari malam mungkin, orang tidak berapa ramai. Belakang tu adalah akurium ikan pilihan untuk menu. Di bahagian pintu masuk ada orang berjualan cenderahati dan keropok.



 ~...ketika belajar menumbuk sambal beribu garam kasar, SERI BULAN malu bukan kepalang tidak kenal mana lada mana pelaga lalu bila Mak Utih membebel-rewel Pak Utih hanya boleh urut dada dan HISYAM hanya mampu urut telinga...~




 

6 comments:

  1. kalau lah saya ada duit lebih suatu hari nanti... nak pergi gak ke sana. tambah2 bila tengok makanan2 yang mewah tapi murah jer.... huhuhu

    ReplyDelete
  2. ...baru tau kepiting tu ketam ingatkan siput

    ReplyDelete
  3. Kenapa tak order kepiting?

    Cumi goreng tepung dia sama tak dgn yg kat Melaka?

    ReplyDelete
  4. EELOBOR:
    Kena rajin survey kat web Air Asia untuk tengok promo tambang murah. Kak Azie booking bulan Januari lagi. Itu yang berpeluang. Kalu nak tunggu banyak duit, belum tentu lagi. hehehe



    FARID:
    I pun mula mula sangka siput juga.

    ReplyDelete
  5. Bang YUNUS BADAWI:
    Esoknya baru kami order kepiting.
    Cumi di Melaka saya belum pernah rasa, jadi taktau nak banding.
    Apapun yang kami order tu sedap juga.

    ReplyDelete
  6. ... klu ke bandung memang la syok cari makan kan....errr... klu compare ngan D'cost mana lebih sedap n berbaloi ek..saya pernah makn kat D'cost je ... so next trip igt nak ke tempat ni plak

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails