Friday, July 20, 2012

Blok M ~ sungai yang melugai ~ Cempaka Putih ~ bajai ~ rojak ~ es teler: dan detik itu pun sampai...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
20-07-2012


Rasanya ini adalah entri terakhir berkaitan percutian di Bandung & Jakarta.


Dari Taman Monas, singgah ke Blok M. Kompleks macam Pertama Kompleks jer...

Malam terakhir di Jakarta, kami dinner di restoren Warung Desa. Mencari menu panas. So masing-masing order Mee Goreng, Nasi Goreng dan Kuey Teow Goreng.

Tiada gambar sebab part yang ini pun gambar error jugak.


Air yang aku order ini namanya; Air Biarkan Aku Sendiri. Pelik nama air macam lirik lagu. Pic dari kamera hp.

Pagi Ahad, pagi terakhir di Jakarta. Kerana flight kami adalah di malam hari, seharian siang adalah masa terakhir untuk menghabis percutian serta menghabiskan rupiah yang ada.

Semasa di Bandung tempohari, kami sebenarnya menambah tukaran rupiah sebagai top-up untuk berbelanja di Jakarta. Sebenarnya rugi menukar di sini, kerana murah ( RM100 = RP297,000). Dan di Bandung pusat money changer bukan seperti di tempat kita, ada kaunter atau lot kecil dalam kompleks. Di sini, tempat yang kami pergi, money changernya seperti berurusan di bank. Kami harus mengambil nombor giliran, menunggu. Isi borang, tunjuk passport (ini wajib), tunggu lagi. Kemudian nombor dipanggil dan baru diserah wang tukaran. Leceh juga.

Berbanding Bandung, di Jakarta sebenarnya tidak banyak sangat yang hendak dibeli pun. Itu pendapat aku. Aku masih merasa Jakarta tak lah menarik sangat untuk berbelanja pun - pendapat orang yang tak berada-ada - berbanding Bandung.

Selepas sarapan di Hotel Alia, kami terus check out, dengan bagasi masing-masing beranak-pinak. Ini biasa. Kami singgah di kompleks lain pula untuk melihat-lihat. Mas Sudin menurunkan mereka yang lain di Kompleks Cempaka Putih kerana masih ada yang berhasrat untuk berbelanja. Sedangkan aku membuat rancangan sendiri.

Dulu lagi, aku sudah teringin/kepingin hendak naik bajai yang banyak di kota Jakarta tu. Dulu tak berkesempatan langsung, tapi kali ini peluang yang ada tidak harus dilepaskan. Mas Sudin pula sudi hendak menemankan, dengan katanya, “kalu tidak ditemanin, nanti dibawa ke mana-mana.” Sudah tentulah aku tidak berani hendak pergi sendiri, apalagi hendak memaksa orang lain mengikut sedang mereka masih hendak menyambung shopping.

Mas Sudin bertanya-tanya harga sebuah bajai untuk berkeliling. RP100,000 untuk berpusing kota dalam masa setengah jam. Wokeh, nak habiskan sekeping RP yang terakhir. Setelah tawar-menawar akhirnya dapat harga RP60,000 (kira-kira RM17.60). Setuju! Lalu berkelilinglah aku ditemani Mas Sudin meronda sehingga ke Taman Monas. Supir tu bawak laju giler, cemas aku dibuat. Tapi best sangat, fun!

Dan kami berhenti sebentar di Taman Monas untuk bergambar (gambar-gambar ini pun corrupt juga dalam pen drive... huh!).


Pic yang ini aku minta Mas Sudin snap dengan kamera hp. Mujur....

Setelah dihantar semula ke stesen asal, harga yang dibayar jatuh kepada RP50,000 sahaja (RM14.70). Wahh baiknya supir tuh.

Kami singgah membeli rojak kerana aku tertarik melihat cara rojak ini dibuat. Sebagai membalas budi baik, aku belanja Mas Sudin makan rojak (sebab dia sebut teringin makan betik) dan aku mencuba apa yang disebut Rojak Uleg Serut itu.






Diisi di dalam cup = RP7,000. Sedap juga, tapi pedas sangat pulak. Tak habis pun makan.


Kami kemudian duduk di kedai medan selera berhampiran membasah tekak dengan Air Apokat Bercoklat (avokado), sementara menanti yang lain selesai shopping.

Kami lunch sekali lagi di Ayam Presto. Kali ini order Ayam Bakar pula. Makan dengan tulang sekali.




Semua orang sepakat untuk minum Ais Campur. Macam ABC tapi banyak bahan. Macam biasa, pasti ada apokat, isi kelapa kiub dan juga tapai ubi. Bahan lain, biasa macam di tempat kita. Kos keseluruhan 6 orang = RP217,500.

Yang sempat dirakam dek mata dan kamera - sebahagian kehidupan:





Kami dihantar sehingga ke Airport Soekarno-Hatta, Jakarta kira-kira jam 5 petang, flight jam 8.30 malam. Masa di sana macam tak mo balik, tapi bila dah tiba time nak balik, semua tak sabar-sabar! Flight lewat setengah jam, dan kami selamat tiba di LCCT, KL dan segala urusan selesai kira-kira 12.30 tengah malam.

Kenangan bersama supir @ bodyguard @ pemandu pelancung @ kawan baru. Van itu sangat selesa. Air Pop One tu nama sebuah kumpulan rap Indonesia yang terkenal kononnya, sebab tu sekali-sekala orang memandang 2 kali ke arah van kami. hehehehe (nasihat aku, jangan sekali-kali lupa bagi tips (dalam bentuk ringgit Malaysia) kepada pemandu pelancung anda, mereka sangat menghargainya.



Alhamdulillah, sepanjang di sana aku sihat walafiat sahaja. Tidak demam, tidak batuk, tidak letih (wpun keuzuran), tidak sakit kaki, tidak sakit tumit. Syukur sesangat...


Selamat menyambut Ramadhan, everyone!


~...SERI BULAN sudah lelah menggalas rindu, HISYAM sudah geram menyimpan dendam...~

 

14 comments:

  1. tiba2 saya rindu Jakarta walau sudah 9 kali ke sana.

    ReplyDelete
  2. KAKCHIK
    ELLA:
    Wahhh sudah berkali-kali ke sana... Mesti dah mahir tntg Jakarta. Kalu
    ada yg silap tentang story Kak Azie, sori la ya. Sekadar pengalaman
    sendiri je ni.

    ReplyDelete
  3. Wah sis..
    sronok dapat kongsi bersama cerita sis.....
    tak sabar tunggu cerita yang lain....

    ReplyDelete
  4. TIRANA:
    Sebenarnya,
    cerita catatan perjalanan yg ini dah habis. Cepat-cepat kena habiskan
    sebelum masuk Ramadhan. Ada banyak lagi kisah jika diperhalusi. Sekadar
    ambil secara asas sahaja tu....

    ReplyDelete
  5. wah! tahniah ya, jauh berjalan luas ilmu. Jakarta indah ke?..gambar tu menarik, hebat2

    ReplyDelete
  6. ETUZA:
    Jika
    dibandingkan dgn KL, tentulah jauh bezanya. Kerana saya juga ke
    Bandung, terasa Bandung lebih baik, lebih nyaman dan lebih murah. Apapun
    utk melihat negara orang dan kehidupan, percutian ini cukup
    memuaskan...

    ReplyDelete
  7. salam sis..

    singgah di pagi isnin
    lepas sahur....
    tunggu cerita sis..

    ReplyDelete
  8. bila tengok muka comel ceria akak kat sana, saya faham dah kenapa Hisyam berpesan banyak banyak kat Seri Bulan. Heheh!

    ReplyDelete
  9. buat akak teringin lak nak gi Jakarta...
    macam best jugak...
    Tenkiu Azie.. pandai mengadun citer terasa baca buku Lonely Planet ...

    ReplyDelete
  10. tak pernah lagi 'terbang' kesana kak azie.. entah bila la ada rezekinya.. hee...

    selamat menyambut Ramadhan kak AA..

    ReplyDelete
  11. TIRANA:
    Terimakasih kerana selalu menanti cerita Kak Azie yg tak seberapa ni. Kak Azie kadang2 free, kadang sibuk ntah apa-apa. Ada masa pasti menulis.

    ReplyDelete
  12. GADIS
    BUNGA:
    Hisyam berpesan kepada insan yang dia berkenan saja. SERI BULAN membaca
    ntah perasan ntah bosan. Nanti Kak Azie risik yaaa...



    AKAK:
    Buku Lonely Planet tu buku apa kak? Sebenarnya, pendapat peribadi saya,
    Jakarta tak lah best sangat berbanding Bandung. Baik ke Bandung saja
    jika nak shopping telekung...

    ReplyDelete
  13. ANAA:
    nak
    pegi setakat Bandung taklah mahal sangat. Asal saja rajin survey harga
    tiket murah ketika AirAsia sales. Jarak masa biasanya 5,6 bulan sebelum
    pergi dah boleh kumpul duit dan rancang masa cuti. Tp kadang2 anak yg
    masih kecik, terpaksa tangguh dulu, kan?

    ReplyDelete
  14. OKEY TAMAT :)
    seronok membaca mcm saya duk sebelah kak azie je

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails