Monday, July 30, 2012

Ramadhan Day 8 (hari tu): Iftar bersama warga yang sudah tidak asing – suatu pengalaman yang menarik...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
30-07-2012


Sabtu lalu, aku akhirnya memenuhi jemputan untuk iftar di rumah sebuah keluarga warga asing. (Mereka merupakan pekerja kepada sorang partner aku, dan undangan ini adalah sebagai menghargai usaha kami dalam beberapa urusan berkaitan kerja dan projek. Tak penting pun nak hurai).

Undangan ini aku penuhi setelah plan undangan kali pertama terpaksa aku tolak dan mereka mengubah ke hari tidak bekerja. Aku angkut semua anak-anak dara aku. Kami langsung tidak boleh menjangka sambutan iftar di kalangan mereka ini. Tentulah terasa asing sekali, maklum mereka merupakan warga asing (Bangladesh).

Layan gambar ya, and Sori Berlori sebab gambar memang ada banyak. Aku boh semua gambar sebagai kenangan.

Kerana teruja nak lihat kelainan budaya dan menu orang depa, so aku berlagak peramah (macam tak biasa?) sampai sanggup terjah ke dapur orang.

Nasi Beriani.

Ini dinamakan “sola”. Kacang tanah dimasak bersama daging + daun sup macam masak rendang. Pedas rempah.

Ini Kuah Dhal yang akan dimakan dengan capati. Memang kami sudah dijanjikan capati, sebab tentulah mereka pandai buat capati.


Dari jauh mula-mula kami sangka yang itu Ayam Goreng, tetapi sebenarnya sejenis cucur yang dibuat dari tepung kacang kuda. Pedas sebab ada rempah. Yang macam maruku kasar tu sebenarnya manisan. Memang manis sangat.



Yang ini maruku campur dan beras goreng. Mulanya aku tak faham cemana nak makan benda ni. Snack kah?


Lihat capati di depan aku tu. Kami sebenarnya makan sorang setengah keping saja. Sebab capati tu cepat kenyang. Apapun memang sedap. Mangkuk putih depan aku tu adalah Bubur. Dibuat daripada mihun, tapi manis ya amat. Ada rasa lemak, mungkin dimasak dengan santan. Makan sesudu dah rasa kembang mulut. Yang berdiri itu adalah tuan rumah. Dia dan suaminya yang menjadi penganjur majlis.

Kami berbuka di meja manakala ahli rumah yang lain ternyata memang selesa berbuka di lantai. Bersila ramai-ramai.



Segala benda yang tadi rupanya digaul bersama di dalam sebuah besen – jika di negara mereka, menggunakan talam yang besar. Saiz talam bergantung berapa ramai orang yang akan makan berkeliling nanti.

Menurut mereka, memang hanya pada bulan puasa sahaja ada acara makan dalam talam/besen besar ini. Hanya pada bulan puasa sahaja menu sebegini muncul. Biasanya di masjid-masjid di negara mereka, memang beginilah cara mereka berbuka. Sekali tengok macam orang Jawa makan Nasi Ambeng yang berkongsi 3,4 orang setalam.

Mungkin sama dengan perlambangan itu, iaitu sikap bertolak-ansur dan bersatu-padu bila makan berkongsi seperti itu. Yang best pula, cara mereka makan dengan tangan tetapi cara menyuap adalah seperti melambung kacang putih ke mulut. Bayangkan segala macam bahan dicampur aduk sebegitu (macam uncang Musang Berjanggut saja...) dimakan dengan cara ‘melempar’ ke dalam mulut. Langsung tak bersepah tau, sebutir pun tak bertabur. Aku pun try, tapi bersepah...!

Rasanya masin, manis, pedas rempah dan lemak. Sedap juga. Makanan tradisional ini dianggap seperti starter kerana mereka tidak berbuka dengan makanan berat.

Kami menanti selepas maghrib dan berbual beberapa ketika sebelum menu Nasi Beriani pula dibawa keluar.



Adehhh... mana perut nak isi, tapi sebab teruja nak mencuba (sambil mengambil hati si tuan rumah), tentulah rugi jika melepaskan peluang merasa. Ohh ternyata memang sedap, tak banyak beza dengan Nasi Beriani di restoren Arab.


Nasi beriani yang dihidang bersama Acar. Acar mereka tidak menggunakan cuka tetapi diperah limau nipis. Sedap!

Sebenarnya, mereka tinggal kira-kira 5,6 orang dalam sebuah rumah kedai (3 bilik). Rata-rata mereka sudah berada di Malaysia lebih dari 7 tahun, malah ada yang sudah 20 tahun, 12 tahun... Semua mereka fasih berbahasa Melayu dan nampak selesa bergaul dengan orang kita. Apa yang harus dipuji mereka ni sangat menghormati kita, dan dari segi kerja memang boleh dipuji. Selagi tiada kejadian/peristiwa yang mengecewakan, selagi itu mereka wajar dilayan adil dan baik oleh kita, walaupun kita bergelar majikan.

Sesungguhnya kami pun tak menduga, cara hidup mereka tidaklah seteruk yang seperti disangka orang (termasuk kami). Rumah kemas, bersih dan lengkap. Susun atur ringkas dan teratur walaupun tidak banyak barang mewah (kecuali sofa kulit, peti sejuk dan tv plasma skrin besar). Bilik air bersih berkilat, malah barangan yang mereka gunakan pun boleh tahan juga jenamanya.

Tiada gambaran baju bersangkut sana sini, atau pakaian ‘kecik’ bersepah tanpa malu, atau kain pelikat berbau dilonggok sana sini. Pendekata, kita tak menduga pun rumah itu dihuni oleh warga asing. Mungkin kerana sudah lama berada di sini, cara hidup mereka juga terikut cara orang Malaysia. Itu pendapat aku.

Yang pasti, kami selesa sepanjang berada di situ dan bersembang dengan mereka. Anak-anak pun puji makanan sedap dan makan puas.

Terimakasih kepada semua yang terlibat dalam ini cerita... > senyummmm



Yang best lagi, time balik siap tapau macam-macam untuk dibawa balik.

Hmmm... baru pagi tadi bersahur dengan capati tu dan manisan tu belum ada yang berani nak makan, kecuali aku rasa secubit. Manis ya amattt...!



~...terkedu seketika Mak Utih dan Pak Utih bilamana HISYAM menyatakan hasrat untuk membawa SERI BULAN pergi ke luar dari Kampung Separuh Desa buat seketika sehingga diberitahu kelak sedang SERI BULAN sendiri hendak melompat bintang kerana sudah lama dia ingin berada jauh dari Teratak Nyatuh asal sahaja HISYAM sedia menjaganya untuk tidak jatuh...~



 

22 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Tak payah pergi Dhaka eh boleh rasa semua ni?
    Alahai bestnya nasi tu...

    ReplyDelete
  2. patut larr ada iras iras saudara saudari tuhhh... bapak asal sana ker?

    Fuhh nasi beriani tuh macam makan kat ar rausha ja.

    ReplyDelete
  3. kak, rumah saya pun takde sofa kulit n tv plasma

    ReplyDelete
  4. Mungkin dia orang makan dengan cara melempar tu supaya jari tidak kena mulut dan kemudian menyentuh semula kepada makanan yang dikongsi itu. Agaknyalah! :)

    ReplyDelete
  5. Sy teruja dgn nasi beriani. Heheheh...bestlah baca ni. Seronok bila berpeluang buke pose dgn org yg berlainan budaya tapi sama agama.

    =D

    ReplyDelete
  6. saya tak pernah makan makanan diaorg, kak. tak kenal maka tak cinta, kan.

    ReplyDelete
  7. betul tu kak, makanan depa mmg manis2. masa saya keja ngan student arab dulu, byk dpt makanan camtu. ada yg sedap, setengah tu pandang saja, pasal manis sgt

    ReplyDelete
  8. ANYSS:
    Ahaa
    la, tak perlu sampai ke Dhaka nak makan menu tradisi Bangladesh camtu.
    Yg pasti, nasi beriani tu memang best.


    FADZIL:
    Sebelah bapa tak ler pulak ada sedara dari sana, tp lepas jer makan
    capati, muka dlm kamera semua ada iras-iras. Tak tau pasaipa...

    ReplyDelete
  9. KUCING OREN GEMOK:
    Sama ler kita. Pun takda sofa kulit gak. Makan bersila jer kat lantai.



    KAKCIK SEROJA:
    Agaknya betullah teori Kakcik tu. Saya setuju. Ada lojiknya tu.

    ReplyDelete
  10. FARAHERDA:
    Salam kenal, sila masuk. Sedap nama.
    Memang peluang sebegini jarang kita nak dapat. Orang2 Bangla ni ramai juga yg peramah.



    KAKCHIK ELLA:
    Kak Azie pun, tu pertama kali beramah mesra dan makan bersama. Selama ni macam bos dgn pekerja jer.

    ReplyDelete
  11. MAMASYAZA:
    menu makanan depa ada iras-iras Arab, kan? Bab kari dan rempah tu dah tentu-tentu sama dgn India. Tak jauh beza dgn kita. Pendekata lidah boleh terima kecuali yg manisan tu yg tak tahan...

    ReplyDelete
  12. nasi beriani tuh yang paling best tuh....

    ReplyDelete
  13. EELOBOR:
    Memang best pun. Sebab ada banyak daging dan rasa rempah dia memang perisa. Puas makan.

    ReplyDelete
  14. sangat menarik azie...

    setuju macam azie kata, selagi mereka ini tidak mendatangkan masalah, layanan kita mestilah baik juga kan

    ReplyDelete
  15. Rendang daging dengan kacang tu memang first time tengok. briyani dah memang kepakaran diorang..adik beradik kot india n negara diorang kan.

    dan..saya rasa memang cara makan org islam..makan berkongsi dalam talam tu. sebab tengok di arab pun sama jugak..ada yang makan setalam macam tu. takpe kak azie..sesekali rasa makanan tradisi orang luar pulak..pengalaman tu.

    ReplyDelete
  16. CIKGU
    NORMAH:
    Memang suatu pengalaman menarik pada kami sekeluarga. Tak salah kan kita
    bercampur dan mengenali golongan yg berbeza tanpa prasangka...


    SITI MURNI:
    Ya lah, memang ada gaya Arab skit2 cara makan depa. Unik dan menarik utk
    kita tengok dan rasai. Cuma Kak Azie tak pandai la bab lambung makanan
    masuk lam mulut camtuh...

    ReplyDelete
  17. best nya dapat pengalaman baru.. yg penting food nya sedap ye AA..

    ReplyDelete
  18. As salam Azie,

    Marya dah add akak, nnt appove ye... Makanan tu semua....nyum...nyum... nasib baik dah berbuka :))

    Kdg kala kita ni kena berfikiran terbuka menerima org2 seperti 'mereka' ni! Dgr2 ckp org tak semestinya betul... Apa yg kita lihat & tgk juga tdk mengambarkan atau mewakili semuanya... yg penting mereka seagama bermakna saudara kita... kiblat yg sama, tuhan yg SATU :))

    Thanks kak berkongsi cerita mcm ni...seronok baca :))

    ReplyDelete
  19. Untungnya ada kenalan internasional. Bukan selalu kita punyai peluang menikmati juadah asing dan cara hidup orang lain.

    ReplyDelete
  20. AZIAN:
    Memang foodnya sedap dan kena pada selera Melayu kita. Syukur juga sbb pada mulanya cuak juga...


    MARYA:
    Betul lah. Kita tak seharusnya berprasangka buruk hanya semata-mata mereka pendatang asing, kan?

    ReplyDelete
  21. TEMUK:
    Peluang
    sebegini bukan hanya utk saya tp juga utk anak-anak saya. Kita tentu
    dapat melihat sendiri cara hidup warga asing yg merantau di negara kita

    ReplyDelete
  22. salam azieazah, teruja mak teh melihatkan periuk besar berisi beriani tu..beriani mmg fav mak teh.yg panjang2 mcm muruku tu ialah jelebi...mmg manis.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails