Wednesday, July 11, 2012

Bandung~Jakarta: Hari pertama “antara Sunda dan Jawa”...



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Thalatha
10-07-2012


Trip ini sebenarnya sudah dirancang lama. Tiket ditempah (online) pada bulan Januari lagi. Aku join trip bersama 4 orang lagi kawan wanita (salah seorang adalah rakan sekerja). Ini merupakan kunjungan/percutian aku kali ke-2 ke Bandung dan Jakarta.


Kami landing di airport Bandara Husein Sastranegara Bandung kira-kira jam 9.30am (8.30am waktu Indonesia) dan terus dijemput oleh seorang lelaki Indonesia yang telah ditempah khas oleh ejen tour yang kami booking awal dari Malaysia lagi. Seorang lelaki keturunan Jawa (atau Sunda tak pasti plak aku) bernama Shamsudin @ Pak Sudin.

Kerana kami hanya boleh check-in pada jam 2 petang, lalu sebelah pagi terus disi dengan agenda sendiri. Kalu ikutkan, mata mengantuk juga, sebab berada di LCCT seawal jam 4.30am. Tak tidur lagi tu.


Breakfast di TreeHouse Cafe. Abaikan calculator hitam tuh, sebab kami memang perlukannya utk mengira tukaran wang bagi membuat perbandingan. Menu: Nasi Kuning Set, tapi aku order Soto Betawi. Ada nasi. Sup dia ada krim lemak. Boleh la tahan. Set sebegitu cuma RP105,000  untuk 5 orang (kira-kira RM35 sahaja).

Kami ke tempat yang paling hampir untuk dijelajah sementara menanti waktu boleh check-in. Jika di Malaysia, 12.30 dah bleh, tapi di sini kul 2.00 petang.

Jalan Cihampelas, adalah jalan yang panjang (bayangkan Chow Kit) di mana kedai-kedai sepanjang kiri kanan jalan. Cihampelas kelihatan seperti bandar “superhero” di mana banyak sekali patung-patung superhero dunia di sana sini. (aku dah pernah citer kisah ni dalam entri masa lawatan ke sana 2009 dulu).

Di sini, yang banyak tentulah kain-baju dan cenderahati. Terutama jeans dijual murah dan banyak pilihan.

Yang best lagi, cuaca Bandung sangat mendung, redup dan berangin. Kerana Bandung ni tanah tinggi (kan ada Gunung Tangkuban Perahu di situ), jadi suhu tidak panas, malah nyaman sahaja.



Aku yang comot sebab belum mandi pagi. Hahahaha!





Kemudian singgah di Bandung Trade Centre (BTC atau disebut di sini sebagai “bey-tey-sei”), sebuah kompleks macam Sg Wang. Tapi tiada suatu pun yang menarik minat untuk diborong. Mungkin mood nak shopping belum tiba, sebab masih letih dan mengantuk.

Lunch di Karamba. Sunda food. Kerana rata-rata kami semua sudah ada pengalaman, jadi masakan Padang tidak termasuk dalam senarai pilihan makan. Bukan tidak sedap, tapi masakan Padang dimasak awal, terbiar dan biasanya memang sejuk. Kami mencari menu Sunda, yang lebih panas dan tidak terdedah lama.


Check-in di Benua Hotel. Aku lupa nak catat di jalan mana, tapi yang pasti memang di tengah-tengah town Bandung.

Nanti aku sambung cerita jalan-jalan ini. Kalu panjang sangat ada plak yang tersengguk atas keyboard nanti (kawan aku tu lah — huhh tak support langsung!)

*sebahagian gambar sudah diupload dalam album di FB: Azie Azah.





~...sejak pulang, SERI BULAN belum lagi melihat tempurung tepi ampaian berubah rupa, walau yakin tidak mungkin HISYAM mengirim surat lagi dalam waktu terdekat tetapi bila Pak Utih bercerita HISYAM sudah seperti ayam tertelan kapur tulis cikgu sekolah atap rembia, dia yakin itulah tanda-tanda orang sedang meroyan rindu tahap Gaban...~




 

12 comments:

  1. seronok ye.. makan jalan shopping..

    ReplyDelete
  2. salam akak..selamat melancong dan bershopping..hehehe

    ReplyDelete
  3. ...tang makanan tu terlior aje.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    cer citer cer citer...
    walaupun dah byk kali citer, tetap sonok jugak ;)

    ReplyDelete
  5. SMTI -

    AA - seronoknya dapat berjalan ke tempat orang. psst-psst "salah seorang adalah rakan sekerja)" lain kali tulis "Seorang daripada.." he he jangan marah aaa

    ReplyDelete
  6. amboi.. sonot la tu...
    untungglaa.... =)

    ReplyDelete
  7. Salam azie...lama kak Zai tak berkunjung.

    Melancong ke Bandung rupanya,shopping sakanlah ya.Teringat kak Zai masa ke sana tempohari.

    ReplyDelete
  8. Seronoknya.... dlm perancangan juga nak ke Bandung hujung tahun ni klu takde aral melintang

    ReplyDelete
  9. bwlum pernah lagi ke bandung...insyallah ada hajat akan ke sana jua

    ReplyDelete
  10. Aina pun ada cita2 nak pi lagi...kalau boleh nak pi satu family.

    Boleh copy & paste segala info dari kak Azie terutama tempat makan.

    ReplyDelete

  11. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails