Thursday, July 12, 2012

Dari Cigondewah ke Cibaduyut: ada jelingan dari mata yang bertaut...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
11-07-2012


Kami akhirnya selamat check-in kira-kira jam 3.00pm di Benua Hotel. Rasa lega sangat sebab dapat mandi dan tukar baju. Sebelah petang, ada agenda lain yang sudah dirancang.

Kerana trip kami tidak langsung terikat dengan jadual khusus, kami bebas untuk merancang perjalanan mengikut kesesuaian dan kehendak sendiri. Perjalanan dan persinggahan kami banyak sekali dibantu oleh pemandu @ supir @ tourist guide tak rasmi iaitu Pak Sudin (yang kemudiannya aku mula memanggilnya Mas Sudin kerana dia lebih muda dari kami semua, sekitar 37 tahun).

Kami menuju ke daerah Cigondewah. Ini tempat baru bagi aku. Rupanya, Cigondewah adalah sebuah kawasan pusat textile. Banyak kain-kain ela di sini. Dijual dengan cara meter dan juga timbang kilo. Nampak macam menarik, tambahan pula tidak sibuk kerana kami bercuti bukan pada hari libur.  Indonesia sedang bercuti sekolah ketika ini, tapi tidak ramai yang datang shopping ke sini.

Namun, sebenarnya apa yang dilihat tidaklah sehebat yang dijangka. Kebanyakan kain-kain di sini adalah kain-kain biasa sahaja. Setakat nak buat batang bantal, cadar, atau baju kurung basahan bolehlah. Nak cari fabrik yang hebat atau mahal dan berkualiti tinggi, hampir tiada. Atau mungkin aku yang tak pandai menilai dan juga malas membelek-belek.


Deretan kedai-kedai fabrik agak sunyi. Mungkin kerana hari bekerja dan juga hari sudah menjelang petang, maka tidak ramai yang kelihatan. Lagipun, di Bandung tidak banyak kedai yang beroperasi selepas jam 5 petang.


Kawasan jualan textile Cigondewah ni seakan-akan kawasan Masjid India atau Jalan TAR di KL, tetapi bukan di tepi jalan. Kawasan ini agak terbelakang dari jalan besar.

Melihat suasana keliling pun sebenarnya tidak begitu menggalakkan untuk shopping, lalu berjalan berkeliling pun seronok juga.

Boleh nampak masjid di situ.




Sementara menanti yang lain-lain memilih-milih, aku meninjau berhampiran. Ada stall menjual Bakso. Harus dicuba.


Satu mangkuk, aku kongsi berdua dengan kawan aku. Yang dalam botol jernih tu cuka (tapi aku tak berani guna), yang satu tu kicap, dan lagi satu tu botol cili. Pedas! Bebola yang besar sekali tu, ada telur rebus di dalamnya. Kira special lah. RP12,000 semangkuk.

Kemudian aku meninjau seorang lelaki yang menjual rojak buah di situ. Dipelawa juga, tapi oh tidak... Nanti tak makan nasi plak.


Di sini rojak buah hampir sama dengan rojak buah di tempat kita, tetapi ada termasuk ubi keledek (kaler oren tuh). Hmmm.. harus lemak tuh. Kuah rojak digiling/tumbuk dalam bekas khas (macam lesung kayu) yang bertutup bersama penumbuknya. Menarik tetapi aku tak rasa nak cuba. — *baju kemeja biru itu adalah uniform supir kami. Aku rasa dia yang cuba kot, tak perasan plak.


Tapi, lumrah pompuan. Mana bleh tak belek-belek kain. Akhirnya, 2 pasang kain untuk baju kurung berjaya juga memikat hati. Kain kapas yang hanya RP20,000 semeter (kira-kira RM6 semeter). Buat syarat jangan tidak, kata orang.


Kami menyambung acara ke Jalan Cibaduyut pula. Kawasan ini pun lebih kurang macam Cihampelas atau ChowKit juga. Kedai-kedai kasut dan beg tangan banyak di sepanjang jalan kiri kanan. Tapi aku tak beli apa pun. Sorang kawan hanya beli selipar.  Aku memang bawak seliper PURPLE dari KL lagi dan sentiasa spare dalam beg.

Kasut boot ni besar betul. 


Kebetulan van kecik ni parking kat tepi Jalan Cibaduyut ni, lalu aku sempat la posing. Van ni adalah pengangkutan utama di kota Bandung. Bas hampir tiada. Aku lebih tertarik untuk merakam sesuatu yang boleh disebut “kehidupan sebenar Indonesia” seperti Angkutan Kota ini. Satu angkutan boleh diisi 7,8 orang, kadang bersempit sampai 10 orang. Terus membuatkan kita teringat zaman Bas Mini di KL dulu. Aku tak berani nak cuba. Bahaya kata Supir. Maklum kita pelancung, mudah menjadi mangsa pick-pocket. juga takut seat tak muat untuk aku


OBRAL = jualan lelong. Dah tak boleh tawar lagi. Tu kira harga penghabisan.

Dinner kami malam itu di sebuah restoren yang dicadangkan oleh Mas Sudin. Restoren Baso (bakso) Malang Karapitan (BMK).


 Restoren ni nampak bersih dan kemas teratur.


Aku order Baso Malang Campuran dan EsTeler Kelapa (ais campur). Ada isi kelapa dan juga avokado (di sini disebut apokat) dan yang kuning tu adalah isi nangka. Bakso tu kurang umph. Banyak bahan perisa. Tak original di tekak aku. 6 orang makan (termasuk supir) dengan kos RP130,996. Lagipun kan petang tadi aku dah belasah Bakso juga. hehehehe...

Kami terus balik ke hotel selepas dinner. Tiada agenda berjalan waktu malam kerana masing-masing letih dan mengantuk di hari pertama.


Lega, walau simple yang penting ada shower dan juga bathtub!

Next day, nak serbu Pasar Baru.




~...pernah dulu begitu keras amaran HISYAM, jika berpergian ke mana-mana harus jaga mata, jaga jiwa raga kerana sekali pandangan mata bertaut hati mudah tersangkut lalu SERI BULAN terasa ada rasa tersangkut di jaring siber merentas Kampung Separuh Desa...~



 

12 comments:

  1. Assalamualaikum,
    kasut yg besau itu memang kenangan, tapi...lukisan kat dinding bilik hotel tu menawan hati

    ReplyDelete
  2. Wahhhh menarik jalan2 Indonesia Rayaaa! :)

    ReplyDelete
  3. ...tak sabar menanti entry seterusnya

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera AA

    Syok baca, mama tak pernah ke sana!

    ReplyDelete
  5. salam akak..wow bestnye..teruja sy tgk kain2 tu..rase mcm rambang mata..heheh

    ReplyDelete
  6. seronoknya jalan2...teringinnya nak jalan2 mcm tu...tapi banyak perkara tak mengizinkan huhu

    ReplyDelete
  7. Pasar Baru...
    padat dengan orang...
    sesak rasanya...
    tapi bagi yg pandai cari barang.. memang akan jumpa yang cantik2...
    yg tak pandai carik barang.. nampak lif kosong, terus naik dan balik...

    ReplyDelete
  8. orang sana mmg suka makan alpokat kan?

    ReplyDelete
  9. bestnya azie bakso dia tu..yg putih tu kalau tak silap, cuka azie.

    ReplyDelete
  10. seronok baca kisah org jalan-jalan
    org kata kasut@sandal kulit murah sgt kat sana..rugi kalau xbeli

    sepesen je akak bergambar?hehe

    ReplyDelete
  11. menarik, suka dgn coretan perjalanan ini

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails