Monday, June 17, 2013

Pekena Nasi Kandar Padang Kota: bila jemu ngadap muka yang sama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
16-06-2013


Bukanlah setiap hari saya kekal bawak bekal. Ada juga sekali dua hari yang saya dilanda malas or takda idea nak masak, atau kekadang saya memang masak tapi saya tak bawak. Sekali sekala saya nak makan ‘benda’ lain dari nasi.

Kadang-kadang juga, saya pegi makan di luar bila ada kengkawan yang rajin mengajak. Hmmm... rupanya, walaupun saya masih baru di sini, rasanya saya lah yang lebih kerap pegi makan di luar berbanding kengkawan yang lain. Sebab yang mengajak saya lunch di luar memanglah kawan-kawan luar pejabat saya.

Dan suatu hari tu, saya ikut 2,3 orang kawan saya pegi lunch kat area tidak jauh dari tempat keja saya. Terimakasih lah pada depa yang terlibat yang selalu rajin datang amik saya time lunch dan ajak makan di beberapa tempat makan yang best sekitar KD.

Kami makan di Restoren Padang Kota, berdepan dengan sekolah antarabangsa KDU dan Segi University tuh. Ini bukan kali pertama pun kami makan di situ, tapi ini kali pertama saya snap gambar,

Nasi Arab. Ada 2 pakej, dengan ayam dan dengan daging kambing. Saya pilih Nasi Arab dengan ayam.



Satu set Nasi Arab ni RM11.00 sepinggan.


Memang set Nasi Arab datang dengan telur rebus sebiji, kuah dhal sepiring, pilihan ayam atau daging. Sayur dan Papadom adalah side order.

Ya, tak perlu ke Penang pun nak makan Nasi Kandar or apa saja menu Penang. Di restoren ni, memang banyak menu mamak, termasuk lah Tose, Itli, kuih-muih India... yang mana saya paling suka Vadai. Kekadang pagi-pagi saya singgah di situ semata-mata untuk Vadai.

Cuma...
area restoren ni mengenakan caj parking RM3 per entry. Seorang lelaki India akan bermotor meronda 24 jam (restoren dan lain-lain kedai ada yang 24 jam situ) untuk kutip caj parking. Sebab tu la ramai yang singgah situ akan park keta di tepi jalan, jika semata-mata nak singgah lain kedai di situ. Sederet rumah kedai situ, ada 7-11, ada Bintang Cafe, ada 9-to-9 Mart, ada Subway... jadi ramai lah yang berenti tapi tak masuk area shop lot. Kami dah pernah kena sekali, so lepas tu kami pun park kat tepi jalan luar saja.

Jika tak silap, wartawan Mazidul Akmal Sidik dah pernah buat liputan komplen tentang caj RM3 tu, tapi sampai skang tak pernah ada perubahan pun. Pandai sungguh depa buat duit atas angin.





 ~...musim katak melalak kala senja semakin kerap sekarang seiring dengan musim basah becak sehingga kebun getah jadi lengang, bendang bagai padang dan suasana indah kering di waktu rembang berubah menjadi indah redup senja bersama gerimis dan HISYAM pernah kata, “dulu masa kita di sana, keadaan macam ni tak pernah kita rasa indahnya kerana terlalu sibuk dengan kertas kerja, kan?” lalu SERI BULAN hanya mampu senyum dan senyum...~




28 comments:

  1. Dulu time sy stady kt Penang slalu mkn nasi kandaq..sedap!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dok Penang, memang merata ceruk ada saja Nasik Kandaq!

      Delete
  2. hehe sedap ye kak..boleh la saya cuba gi sana nanti... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh.. Kak Azie tahu Amin mesti tahu kat mana restoren ni. Jangan skodeng saya, dah ler. hehehe

      Delete
  3. saya pernah nampak restoran ni tapi tak pernah singgah lagi, oh memang dikenakan charge 3 hengget untuk parking...harus bare in mine saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya yang parking dalam tu pun, orang luar yang tak tahu dan pertama kali. Macam kami dulu. Masuk tak sampai 10 minit, bayor parking RM3....!

      Delete
    2. Kenapa perlu bayar parking? Kedai itu sewaan atau sendirian punya? Tempat parking itu sewaan atau sendirian punya?

      Kalau semua pihak buat kerja dengan amanah dan telus, lepas Mazidul buat report mesti dah setel hal ini kan?

      Saya pulak rasa tak puas hati.

      Delete
    3. Itu yang tidak dapat dipastikan tu. Kak Azie pun dengar bebudak opis citer pasal kes parking ni dan depa ada ler sebut Mazidul pernah buat liputan akan hal ni.

      Delete
  4. berapa la gamaknya sehari depa untung dengan caj parking tu ye...boleh kaya raya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Tapi tak pasti siapa sebenarnya yang kutip. Majlis ker... orang restoren ker... pemaju ker... or haram ker?

      Delete
    2. Depa patut letak papan tanda atau notis, beritahu ada kutipan parking, siapa yang kutip, berapa RM nya. Baru la betul, dan orang akan no hal punya sebab dah inform awal-awal lagi.

      Ada papan tanda atau notis tak kak?

      Delete
    3. Mungkin depa sengaja tak nak letak papan notis sebab nanti pihak berkuasa dapat kesan kot. Seab takda notis tu la kami terkena kali pertama hari tu.

      Delete
  5. uishhh sedapnyee pekena nasi kandaq ..
    fuh .. kalau ke pinang kena lah makan kan .. kalau tidak rugi ..

    wow rm3 .. fuh ! kayoo lah org yg charge parking tuu .. skrg nie mana2 punn parking berbayar memang mahal2 .. huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya depa ingat orang kaya kaya kot dok pi makan di situ.

      Delete
  6. KD kalau lepas Aina mau sosat!

    ReplyDelete
  7. Sedapnya lunch dengsn kawan...hehehe tak boleh nak diet gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak diet masih boleh. Ambil nasi dan lauk semua tapi dalam portion yang sedikit, dan air minta air kosong sahaja.

      Tapi kalau dah RM11 untuk sepinggan, memang rugi ambil sikit kan? Huhu, betul la, susah nak diet camni.

      Delete
    2. Saya dah lama tak sebut perkataan diet. Dah malas nak fikir apa-apa. Tapi semakin meningkat umur, memang saya makan tak banyak sangat pun. Sepinggan macam dalam gambar tu, tak abis pun...

      Delete
  8. Samsenglah tu kot kak...mmm...

    Sy tak ley ngadap lauk yg sama setiap hari. Klu tak, sy cpt jemu dgn masakan sendiri. Adeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler. Kak Azie pun bosan gak dengan masakan sendiri, tu yang mereka-reka merapu masak itu ini.

      Delete
  9. Replies
    1. Memang portion Nasi Arab tu kena penuh pinggan.

      Delete
  10. aikkk...makan nasik arab dengan sayur togeh??? hahaha


    saya mmg menyampah dgn malaun2 pengutip tiket parking haram ni...elok hukum sebat aja depa ni...sama statusnya mereka ni macam pengugut..kalau kita tak byr parking, habis jahanam kereta kena rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau difikir memang tak masuk betul kan dengan sayur taugeh tu. Tapi pedulik apa, sedap maa. Sangat sedap! Ahaks.

      Delete
    2. Isu jaga parking haram sejak zaman 70-an lagi dah berleluasa. Tapi dulu orang Melayu kita jer yang dok buat keja camtu. Skang ni, ramai warga asing yang berani jer jadi jaga parking secara haram Depa buat part time lagik!

      Delete
  11. klu saya yg mkn , confirm tak habis . nampak byk tuh ...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails