Tuesday, July 9, 2013

Betulkah nilai pasangan kita, mempengaruhi nilai diri kita?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
09-07-2013


Samada sedar atau tidak, orang keliling menilai kita bukan sahaja dari luaran, tapi juga melalui orang terapat kita.

Contoh mudah, anak-anak disebut ‘anak sapa ler tu?’. Tu ayat paling mudah nak faham, bila kita melihat sesuatu keadaan. Semua boleh faham, kan?

Yang saya hendak kongsi di sini ialah, beberapa keadaan di tempat kija (again?) bila ada saja yang suka membandingkan lalu seolah-olah begitu pasti pula dengan andaian mereka sendiri.

Ada 2,3 mulut suka cerita pasal laki orang lain. Macam laki sendiri takda nama pulak. Hahahaha! jangan tanya pasal MyToklaki sudehhh...!

Contoh:
  • Laki si Z tu, pegawai tinggi. Satu tingkat lagi nak sama dengan Pengarah > okeh saya angguk sengih.
  • Husband Kak A tu, gaji besar. Selalu pergi oversea > saya: tak perlu jadi pegawai pun boleh pegi kalu mahu.
  • Suami si EF tu anak orang kaya. Masa depa kahwin dulu, berabis setengah juta. Pak Mertua pula ada company sendiri > saya: menantu orang kaya takkan keja sini, sanggup duduk bersengkang buat OT sampai 8:00 malam? uishhh
  • Paling tak tahan nak gelak: “dalam ramai-ramai, laki depa tu jer la yang pangkat besar.”
Hahahaha! saya nak gelak pun ada.

Secara umumnya, bila melihat pasangan (or anak-anak) dilihat cemerlang, baik budi pekerti orang keliling akan mudah jatuh hati, rasa sayang dan menyebut-nyebut... anak siapalah yang baik sangat ni. Begitulah juga sebaliknya.

Yea... benarlah nilai pasangan kita di mata orang sangat-sangat mempengaruhi nilai diri kita pula. Bukan saja kepada orang luar, apatah lagi di mata ahli keluarga, ipar duai lamai dan besan mertua.

Ada ketika, kita sangat menjaga tetapi ada juga waktunya, kita memang tidak mampu mengawal semua keadaan.

Cuma saya sangat kesal bila orang lebih melihat luaran, fizikal dan MATERIAL itu sebagai kayu ukur dan tanda aras nilai sesebuah keluarga or pasangan. Sangatlah tidak adil dirasa sedangkan diri kita sahaja yang memahami lagi mengetahui akan nilai itu adalah sangat-sangat-sangat SUJEKTIF...!

Tayang-tayang:


Saya peminat sushi. Boleh jer makan bila-bila pun. Saya beli untuk sarapan. Layan sungguh!








 ~...sudah lama tidak bertentang mata, sudah lama tidak berbalah manja sehingga HISYAM merasa SERI BULAN bagai sudah terlekat di bayang bulan di tengah tasik buatan di pinggir Kampung Separuh Desa lalu dia pula ingin menjadi awan tebal menutup seluruh bulatan bulan itu tanpa perlu menjadi sabit untuk diintai dirindu dek pungguk yang makin tersengguk. Sadis...!...~




41 comments:

  1. Makcik pun ada pengalaman...malu anak nak sebut apa kerja ayah mereka satu waktu dulu bila ditanya.Budak budak la katakan..
    Nak malu buat apa..abah ada syarikat walau harta hanya satu penyapu.Abah bagi rezeki lagi pada keluarga lain.
    Makcik pula dulu malu abah kerja jual mee..aduahai.Dengan mee tu la boleh anak dia sampai ada yang pi menara gading.
    So jangan malu siapa partner kita,apa asal kita.
    Pangkat,hartabenda tak menjamin kemenjadian diri.

    haha..ceramah la pula.Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman orang lama tu sebenarnya juga suatu harta untuk diperwariskan. Pengalaman mahal, selain pelbagai tips berguna. Mungkin harta benda tidak sebanyak mana, tapi ilmu di dada tu yang wajar dipelihara.
      Sejak zaman dulu lagi, kita tahu berapa ramai penoreh getah mampu menghantar anak ke universiti dan mampu merubah kehidupan dari masa ke semasa.

      Delete
  2. Yep memang mempengaruhi.. nilai material ke non material ke all inclusive lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah yang terutama dilihat orang disebut orang,

      Delete
  3. Typical fitrah sosiologi manusia. The negative impact. Kalau ada yang jujur penilaiannya...dia pasti tidak akan menilai orang lain, melainkan dirinya sendiri agar dia menjadi lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Kita memang selalu terlupa diri sendiri pun banyak kelemahan dan kekurangan.

      Delete
  4. Lumrah sekarang ni kak. semua d ukur dr segi metarial. Anak datuk, menantu datuk. laki keje pengarah ke,Tapi kalau keje sama dengan kita tu, tak kaya manalah tu...kalau dh kaya sgt duduk umah goyang kaki jer lah yerk! Bt apa nk bersengkang mata g keje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... kalu dah kerja bersengkang macam ita, tentulah tak beza banyak pun kan?
      Atau mungkin gunakan alasan mengisi masa lapang kot.

      Delete
  5. Susah nak puaskan hati org... lg2 jika kita kasi betis dia nak paha.. tampor karang org tua..(gurau je tuh.. kiki)

    kekadang diaorg nmpk material dan mengaku material itu hak anak2nya sedangkan yg membayar tiap2 bulan menantunya.. ade ke patut.. sabar menantunya.. kiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm itu pun biasa. Terutama di kampung-kampung. Ramai juga ibu bapa melihat harta benda dan pangkat orang tua lain sebagai bayangan kaya si anak dan berangan nak dijadikan menantu.

      Delete
  6. betul tu kak...mmg x d nafikan...kalu x byk, sipi2 tu pasti akn termpias kt kita..tp sbg org berakal, amik la tempias yg positif..

    SELAMAT BERPUASA kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi setengah orang, bukan setakat tempias saja, kalu boleh nak angkut semua sebagai sandaran. Juga gelaran makpak sebagai aset diri. Gunakan untuk kepentingan tertentu.

      Delete
  7. btul kak...mmg orng kita gitu..dari dlu lagi...kadang x tau la cmne hendak di ubah mentaliti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentalitli boleh diubah jika mahu. Tapi kebanyakan yang saya dok dengar ni, adalah dari mulut orang-orang yang jarang melihat dunia luar, yang takda dunia sosial yang meluas lalu mereka lebih suka melihat hanya dari satu sudut semata...

      Delete
  8. macam MIL gitau saya..apa-apapun anak-anak ni kita kena doakan dari beliau kecil...disusuli didikan juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga orang suka gunakan anak-anak sejak kecil untuk menunjukkan kelebihan dan kemewahan diri. Ohh sungguh annoying!

      Delete
    2. Tapi depa tak perasan kot dengan menggunakan anak-anak kecil untuk menunjukkan kemewahan diri sebenarnya menjerat diri sendiri. Memanjakan anak-anak, hingga ke besar la takutnya tak pandai nak berdikari.

      Delete
  9. betul tu kak.. orang mesti sebut.. suke banding2.. tengok hal orang.. btw.. sushi tu sangat sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu la, ada ketika lebih baik kita berahsia atau menyimpan cerita peribadi untuk mengelak menjadi sebutan orang yang suka membanding-bandingkan...

      Delete
  10. pelik kn org yg sibuk sgt hal org lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumrah la tu. Kelemahan kita sebagai manusia. Lagi banyak dia tahu pasal kita, lagi seronok dia nak bercakap di belakang kita.

      Delete
    2. Lagi seronok dia bercakap di belakang kita, lagi banyak saham positif dia bagi kat kita, lagi banyak pula saham negatif bekalan dia.

      Delete
  11. saya rasa nak tulis sesuatu la kat blog saya bila baca entry kak Azie ni..

    ReplyDelete
  12. Nilai pasangan saya?

    Nanti balik timbang kilo...ahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak-agak tercabut spring dak? Hahahaha!

      Delete
    2. Kira longgok atau kilo? Sekilo berapa?

      Ahaks!

      Delete
  13. Salam AA, disini Peranchis ada lah hari pertama bermula bulannya Ramadhan... dengan sejahteranya Ratna mengucapkan Selamat beribadah dibulan nan mulia ini buat AA & seisi keluarga.

    Malangnya... ukuran Darjat, nama dan pangkat kedudukann, gaji dan harta sering ditinjau dahulu... dahulu kala Ratna sering diperlekehkan karena berkahwin dengan orang putih kok tidak sekaya mana...! bagi mereka asalkan orang putih bermakna bergaji gadang akan tetapi Ratna tidak pernah mencanang itu dan ini karena bak katanya AA "Cuma saya sangat kesal bila orang lebih melihat luaran, fizikal dan MATERIAL itu sebagai kayu ukur dan tanda aras nilai sesebuah keluarga or pasangan" yang Ratna setuju sesungguhnya karena Ratna juga kesal bahawa sehingga kini mengapa setelah mereka arif-searifnya berilmu agama nan tinggi yang menutup aurat(kok mulut tidak ditutup jaga sekali) namun masih cetek cara-pemikirannya yang mungkin kabur dek pengetahuan Tauhid & Akhlaq yang jarang diamalkan lantas tertandus keimanan yang mengaku sebagai muslimah yang solehah..!

    Kalu begitu, dimata mereka semua bahawa kedudukan tinggi, fizikal & material itu diukur kira yang ditinjau-tinjaukan dahulu... gimana dengannya Ratna disini yang menjunjung kehormatan nama sebuah keluarga kok berkotor tangan dengan bercucuk tanam dimana kebanyakan "orang biasa enggan bersusah payah dibawah terikan nurcahaya mentari yang membakar kulit !!!"
    Alhamdulillah... AA seorang wanita yang bekerjaya namun tidak bersikap begitu dimana sehari suntuk bersama mereka yang hanya mengenal hidup semata untuk meraih bergaji gadang (yang tidak salah karena didalam Islam menggalakkan mencari rezeki/kejayaan sebanyak dan setinggi yang boleh) akan tetapi AA begitu bijaksana mengenalpasti siapa yang luhur budibahasanya dan siapa yang harus dijauhi supaya tidak bersekutu dengan mereka yang khayal dihanyut dek kemajuan hidup.. !


    Panjang menjela hujahan ini, maaf dipinta... salam mesra semanis madu.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak RATNA,
      sejak dulu lagi, sejak kenal akak di blog saya memang senang sekali dengan setiap komen akak. Penuh pengalaman dan bermakna sekali.
      Bertahun berada di luar negara, jauh dari akar umbi budaya sendiri bukan mudah untuk diharungi dan bukan sedikit dugaan. Saya kagum.

      Terimakasih kerana sering berkongsi pengalaman dan rasa dengan saya.
      Selamat menyambut puasa Kak Ratna, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

      Delete
  14. setuju juga dengan pertanyaan @ tajuk tu.

    orang akan bercakap suami keja itu ini, sebab tu isteri dia macam tu macam ni.

    orang yg bercakap tu juga semacam jeles dengan kehidupan orang lain~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara jeles, dengki atau memang semulajadi perangai suka nak membanding dan bercerita pasal rumahtangga orang lain...

      Delete
  15. berbangga dan bersyukur dgn pasangan yg telah ditetapkanNYA utk kita..betul...jgn menilai luaran suami org tu,org ni..bahagianya bini dia dek pangkat besar,poket tebal..sedangkan kita tak tau cerita dlm rumah dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain bumbung lain la lantai rumahnya. Kita orang luar sampai bila pun tetap orang luar. Memang terasa sangat bila orang luar memandai jer menilai kita berdasarkan pasangan kita. Tapi siapa kita nak menghalang pandangan orang luar. Diri kita pun banyak sangat kekurangan dan kelemahan.

      Delete
  16. Saya tak boleh makan sushi belut. Ape ye name jopunnye.. Yg laen bedal je..hihihi

    ReplyDelete
  17. Saya tak boleh makan sushi belut. Ape ye name jopunnye.. Yg laen bedal je..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, memang ada sejenis sushi yang guna belut. Susah nak jumpa di sini. Saya lebih gemar yang udang, telur ikan dan sotong merah manis manis tuh. Ahhh sedap!

      Delete
  18. Selamat menjalankan ibadah di bulan mulia ini azie. Mulut kita sendiri pun kadang susah nak ditutup, apatah lagilah mulut org lain. Kita dengar selagi boleh lah. kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan cikgu.
      Telinga pun kadang ada masa dia jemu juga dengar...

      Delete
    2. Kita beri arahan pada minda, aku tak nak dengar ini. Jadi automatik minda akan beri arahan pada telinga untuk mentuli kan diri.

      Delete
  19. Mmg org kaitkn..sbb tu anak beradab dan berbudi org tgk gak mmk bapak nye mcm mana...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails