Monday, July 8, 2013

Putu Perak disebut orang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
08-07-2013


Senin yang sibuk. Beberapa pegawai (bukan sikit, kira-kira 20 orang) dari pihak yang meluluskan permohonan untuk tersenarai di Bursa Saham, datang melawat tempat kija saya. Dah la semua orang sedang sibuk, kalut dan gelut. Harap-harap permohonan tu berjaya dan semua orang pasti akan happy kerana dapat maju setapak lagi.

Untuk 2 hari dalam minggu ini, kelonggaran diberi untuk balik awal dari biasa. Awal pun kul 7:00pm. Sepanjang Ramadan pula OT cuma sejam. Biasanya begitulah, kata depa.

Dan, saya dah inform seluruh isi rumah Ramadan tahun ini sedikit berbeza. Saya mungkin tak punya banyak masa untuk masak sakan-sakan, or berbuka bersama seawal biasa. Tengok keadaan jalanraya nanti cemana.

Well.... bila masuk jer bulan posa hmmm Pesta Makanan la di sana sini sinun. Pelbagai jenis kuih tradisi muncul mengejut dan sentiasa dinanti. Yeahhh... kuih lama menjadi eksklusif setiap tahun.

Di ruang komen blog, saya terjumpa seseorang mengomen hari ini, tapi di entri saya yang lama. Mungkin pic itu di‘Google’ seseorang. Tentang makanan tradisi, Putu Perak, di bawah tajuk “Bila orang Peghak jadi pérak jumpa Putu Perak...


Terimakasih HUDA.




Sepanjang bulan Ramadan nanti, adakah anda akan jadi pengunjung setia Bazar Ramadan @ Pasar Ramadan (PARAM)?

Nasihat saya, jika boleh memasak, ada sedikit masa untuk memasak, masaklah. Masaklah. Itu lebih indah, lebih sedap, lebih bersih dan lebih jimat.

Jika teringin (ini lumrah bulan posa, semua teringin) tapi tak pandai nak buat, belilah sekadar saja. Sokong peniaga kita yang mencari rezeki lebih di bulan mulia.

Selamat berniaga buat anda yang berniaga di bulan posa ni. Jangan jual makanan basi sudahlah. Buat malu kat orang saja!




 ~...menyebut Ramadan lebih seronok berbanding menyebut bulan lain kerana sepanjang bulan itu Mak Utih lebih rajin dari biasa, Pak Utih lebih tenang dari lazimnya, HISYAM lebih ‘cool’ dari dirinya yang sebenar lalu SERI BULAN terus dilihat lebih berseri dari Kuih Seri Muka di pasar tani...~




28 comments:

  1. Saya tak pernah dengar Putu Perak, Putu mayam & putu mambu pernah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie pun sama. tu pertama kali jumpa di pasar malam, terus amik gambar dan boh dlm blog.

      Delete
  2. Salam Ramadhan Azah..mcm tau2 je hari ni akak ada niat nak terjah blog Azah. Tetiba dah dtg singgah..hehe.
    Kakpb tak pernah tengok atau mkn kuih putu mcm ni. Putu bambu ada la. Area Bangi kat mana eh? cuti sekolah kakpb balik Bandar Baru Bangi, ada masa seminggu sebelum raya tu boleh ler meround psr mlm sana..yeayyy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak pelik bila ada blogger memanggil saya dengan nama Azah, sebab tu panggilan di sebelah mertua saja.
      Btw sapa yang sebenarnya kakak ni? hehehe Saya pun tak muda lagi Zana.

      Mengikut komen tu, bazar Ramadan tu dekat Seri Putera dekat KUIS. (KUIS tu apa ntah)

      Delete
  3. kali pertama tengok rupa putu perak ni.. ;)
    betul kak.. lebih berkat dan jimat bila kita masak sendiri.. tapi tahun ni lebih menarik bila saya tak perlu masak.. ;) hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie dah biasa time bulan posa mesti nak masak. Selagi boleh memang nak masak semua. Tapi rasanya tahun ni mungkin tak sempat masak pun kecuali Sabtu Ahad saja.

      Delete
  4. sy orng perak....pun x pnah tgk putu perak ni...hehe..

    ReplyDelete
  5. pasar malam kampung saya ada putu ni..sedap sangt..peliknya masa kecik tak suka..bila dah jauh dari kampung baru la rasa sedap..tiap kali balik kampung mesti nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah, Bila dah banyak depan mata, tak heran pula. Bila dah jauh dari mata, asyik teringat saja.

      Delete
  6. tak tahu sgt beza putu ni..tp suka makan ;)
    salam ramadhan ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lebih kurang sama jer mcm Putu Bambu. Putu Bambu lebih wangi, sebab dikukus dalam buluh.

      Apa jenis putu pun, kalu sejuk dah tak sedap sebab ia keras.

      Delete
  7. sungguh la org Perak ni pon perak ...taktau caman rupanya putu perak..haha

    ReplyDelete
  8. harap2 sampaila putu perak ni ke pulau pinang......
    walaupun sy bukanla peminat bazar ramadhan.

    selamat berpuasa kak azie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila putu Perak sampai ke Pulau Pinang, adakah ia akan menukar namanya kepada putu Pulau Pinang? Jika ya, maka si putu ini memang cepat lupa diri atau dia jenis yang masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang harimau kena ngap.

      Delete
    2. Hmm adalah Putu Bambu memang berasal dari buluh bambu, jika begitu andaian? hahahaha

      memandai jer.

      Ehhh ada juga yang masuk kandang harimau tak kena ngap. Sebab apa? Sebab dalam kandang tu takda harimau. Hahaha

      Selamat berpuasa korang!

      Delete
  9. Aina biasa memang beli untuk permulaan berbuka lepas tu baru masak, biasalah bekejar masa dari tempat kerja. Kalau dedulu anak kecik2 tak heran sgt berbuka air suam kemudia masak tetapi bila anak2 dah mula berpuasa rutin turut berubah. Tak boleh elak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bebudak dah pandai posa, banyak pula permintaan nak makan itu ini. Kita jadi mak ni memang selalu kesian. Kalu boleh nmemang nak masak apa saja bagi depa happy berbuka.

      Delete
  10. Betul tu kak. Jangan jual makanan basi. Walaupun di bulan Ramadhan ini tak elok membazir, tapi jangan la sampai jual makanan ulang perangat sampai jadi basi. Itu namanya menganiaya orang. Untung RM tak seberapa di dunia, tapi rugi akhirat ber surplus-surplus amountnya.

    Sempena nak Ramadhan esok, saya minta maaf zahir dan batin pada kak Azie atau pembaca yang lain kalau ada terasa dengan tulisan saya. Bak kata orang ramai, kosong-kosong ya.

    Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama TATA. Kak Azie tak pernah ambil hati pun setiap komen di blog Kak Azie yang tak seberapa nih. Malah berbesar hati pula kerana TATA rajin sangat mengomen, malah macam bersembang borak pula kat sini. Thanks ya.

      Selamat menyambut Ramadan, dan maaf zahir batin jua..

      Delete
  11. macam pernah tengok...tapi di mana yaaaa... tapi yang confirm tak pernah rasa. adik beradik putu piring dan putu buluh jugak kot, kak azie..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Adik beradik la dengan putu bambu, putu piring dan sebagainya tu. Tepung beras juga. Kukus juga.

      Lain tempat lain cara dan versinya.

      Delete
  12. Ini selalu ada kat pasar malam kak..
    tapi saya tak pernah try pun.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la beli satu hari. Makan time panas sedap, jika sejuk memang la keras sedikit.

      Delete
  13. Sy bukan pengamal beli lauk siap kak. Tapi klu sekadar nak rs enviro PARAM tu, apa salahnye kan? Cuma kalau nak beli hari2, boleh mual rasanya. Hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie beli juga makanan di pasar Ramadan, tapi menu yang susah nak buat, tak reti but atau memang susah nak jumpa. Contoh: Tepung Pelita tu. Memang tak reti nak buat, dan kuih ni banyak kuar time bulan posa saja.

      Delete
  14. biasanya main course sy memang masak.cukup sekadar nasi & 2 jenis lauk.biasanya kita bukan nak makan banyak mana pun.kalau side dish tu beli je la.mana sempat nak buat semuanya kan..putu perak ni pun kadang2 menjadi pilihan kami:)

    selamat berpuasa kak azie:)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails