السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
04-02-2012
Sabtuday
04-02-2012
Hari Rabu lepas, aku ajak MyTOKLAKI cari pasar malam terdekat sebab nak cari lauk pauk. Terhampir adalah Kampung Pandan (dekat IKM). Pasar malam ni memang panjang. Tak habis pun kami jalan semua. Patah balik terasa penat.
Lihat apa aku jumpa!
Dikukus di atas pengukus khas.Setiap satu Putu ditutup/“dicekup”, masak oleh wap yang keluar dari lubang.
Zoom dari dekat. Aku suka bentuk penutup kukus nih. Berkilat. Warna “perak”. Aku ingat nama Putu Perak ni diambil dari benda nih.
Berbentuk bunga-bunga. Cebisan daun pandan diletak di bawah setiap Putu sebelum dikukus. Mungkin untuk menjadikan Putu itu harum pandan, kot...
Leka tengok pakcik “Yob” tu masak (isteri bantu isi bahan), last sekali baru terpandangkan kertas tanda harga nih. Bedak sejuk tu pun “home-made” gak.*semua pic snap sendiri, tak cilok orang punya
Sementara tengok pakcik tu siapkan order kami, kami borak-borak. Kebetulan ada sepasang suami ister (yang konpom ler orang Peghak) bersembang sakan jugak dengan pakcik tuh. Rupanya pelanggan tetap!
Kami beli RM4 (5pcs = RM2). Putu Perak ini lebih besar, tebal dan gula pasir putih sepenuhnya. Gula dicampur dalam beras. Beras itu tidak diblender (hasil tak cantik) tetapi mesti ditumbuk sahaja untuk hasil sama rata. Kelapa pun segar. Sungguh klasik, kan?
Makan ketika panas memang sedap. Bila sejuk, sedikit keras bahagian luar, tapi isi dalam tetap nikmat!
Seronok bila dapat jumpa menu yang tidak pernah ditemui. Padahal sebagai Perakian, aku sepatutnya tahu pasal Putu Perak ni, tapi malangnya tidak. Adehhh...!
~...HISYAM pernah dikatakan berasal dari Perak juga, tetapi sebenarnya dia tidak dapat menyorok darah raja yang pernah menitis keluar dari betis kerana terguris dek parang sendiri, lalu SERI BULAN sahaja yang dilantik menjadi dayang juga menteri pengiring merangkap pemegang mohor rahsia terbesar...~

18 comments:
Kakcik pun tak pernah tahu tentang putu itu. Malu! ;-)
sy mmg bukan org Perak, tapi tetap peghak tgk ni.... nak try........ agak2 kat perak or penang ada x?
ooo macam tuu ke putu perak.. putu bambu dengan putu piring pernahlaa rasa
sedap ni kak ~ lemak2 manis rasa dia, kan. blh tahan 2, 3 hari selepas dibeli.
Salam,
Teman orang sana ... teman memang suka kuih ni .. tapi jangan suruh keluarga teman buat ... reti makan je !
masa dok perak dulu, selalu makan.sedap... sekarang ni asyik jumpa nasi kerabu je lah.
Dulu selalu makan tapi sekarang susah nak jumpa.Beruntung azie ada jual kat kawasan rumah.
My feveret. Dulu arwah makcik selalu buatkan tapi kini kalau nak makan kena pergi beli kat pekan ahad di seberang perak. Errrmmm sedap sangat.
mmm..sungguh menarik nih..harus g cari nx wk :)
en suami pun suka, di pasar mlm setiawangsa ada satu gerai jual putu ni
KAKCIK:
Hehehe... rasa saya Putu Perak ni popular di Perak Tengah, area Kuala Kangsar, Teluk Intan dsb...
ZONAKU:
Tak pasti. Rasanya sebelah utara payah sikit la. Area Perak Tengah mungkin banyak.
KAYNA:
Putu Bambu dan Putu Piring lebih kurang sama cuma Putu Perak ni tak gunakan Gula Perang.
KAKCHIK @ ELLA:
Memang sedap pun. Rasa lemak dari kelapa parut yang segar.
LF LUAH FIKIRAN:
Sebagai orang Perak, mestilah Dato‘ lebih tahu pasal Putu Perak ni, kan?
RUMAH KUNING:
Ohh dah menetap di Kelantan ya. Nasi Kerabu pun sedap tauuu...
KAK ZAITUN:
Itu pun pertama kali jumpa Kak ZAI. Pasni kalu teringin nak makan, saya kena la pegi pasar malam tu.
KAK SAM:
Memang sedap kan? I like rasa kelapa parut yang segar itu.
SUSU MANIS:
Kak Azie pun terjumpa. Padahal tak pernah tahu pun pasal Putu ni sebelum ni.
ZUWAIDAH:
Ohh rupanya di KL ada banyak juga pasar malam yang jual ya...?
Kak, sedapnye putu mayam..alahai, mana nak dicari kat sini...huhuu... :)
iye teman le org teluk intan itu!
mmg sedap! tapi teman sejibik dgn Dato' LF.. gheti makan aje ye hehehe haghuihh menyongket ke kg pandan ni ;)
Post a Comment