Wednesday, July 31, 2013

Ramadan 22: Terjumpa ex-boipren di tengah jalan. Nak kene langgar?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
31-07-2013



Sebelum nak mula sebarang citer (macam banyak benor citernya?), saya nak maklumkan, dan perjelaskan tentang Tart Nenas Sepanjang Tahun tu.

Sebenarnya bukan saya buat. Saya ni mana ler pandai buat kuih raya ni. Sejak kahwin, saya lebih tumpu masak lauk-pauk jer bila Raya. Kuih Raya memang tak pernah buat pun. Tart Nenas Sepanjang Tahun tu dibuat oleh kawan saya. Saya jadi tukang jual @ dealer saja. Tu pun dah jenoh. Kalu saya yang buat, jawabnya ada ler yang berbuka berlaukkan inti nenas jer hari-hari... Hahahaha...!

Ok cerita lain.

Dalam entri sebelum ni, bukan main eksyen lagi saya tulis saya sentiasa sempat berbuka di rumah dengan rakyat di rumah. Tapi....

semalam jugaklah saya terpaksa stay sampai jam 7:00pm. Lalu ketika time berbuka tu, saya sedang berada dalam LRT di Kelana Jaya baru nak bergerak balik. Padan muka saya..! Baru beberapa jam cakap, akhirnya Tuhan tentukan yang saya kena berbuka di luar. Insaf weyy...!

Dalam pada ramai yang ghairah bercerita tentang agenda shopping dan borong barangan Raya, saya belum terbuka hati nak jejak kaki menyelit di celahan orang ramai di Jalan TAR. Masuk kompleks pun kali akhir masa sebelum Ramadan dulu. Ada takda pun, masuk Tesco cari barang dapur jer.

Jangan lupa satu bab ni yer kawan-kawan:

“Berzakat Menyucikan Harta dan Jiwa”

Tengok siri nombor resit zakat tuh. Ramainya rakyat dalam rumah saya!

Eh... cerita sebenar yang nak ditulis:

Apa anda akan buat kalu terjumpa@tertembung or terjemuh bekas pakwe/makwe or gewe, terjumpa di tepi jalan ler (pehal nak jumpa di tengah jalan, nak kene langgar?):

  • pandang, senyum say hai?
  • pandang, pastu jalan buat tak kenal?
  • pandang, senyum then borak tanya khabar?
  • nampak tapi buat tak nampak? (tapi muka merah telinga merah menahan debar)
Kenapa saya tanya?
Sebab semalam saya terjumpa. Dia pandang, saya pandang. Tapi belum sempat saya nak fikir apa-apa, dia dah menoleh ke arah lain dan blah. Cisss....!

Opsss.. jangan salah faham. Saya takda niat nak tegur pun. Saya cuma nak tengok jer. Tengok pun salah ker? Ahaks!







 ~....kerana hanya HISYAM sejak awal dan akhir menjadi kekasih dan kepercayaan, SERI BULAN sukar hendak berkongsi kisah walaupun hanya selingkar dengan sesiapa yang lain kerana bimbang apa yang disebut nanas bakal dianggap ganas, berkata sesuwar dianggap pula sesuai lalu biar sahaja kamus bahasa itu mereka berdua sahaja yang faham dalam ertikata serasi bersama itu lebih bernilai dari air sarsi...~




66 comments:

  1. hahaha...saya lak x mungkin berjumpa sbb x de bekas awek pun... ye kut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh langsung tak da ciri playboy nih. Hikhikhik!

      Delete
    2. Kak. Ciri ini la yang dicari-cari. Hehe..

      Delete
  2. shin still bg kad raya kat ex huhuhu.. tp kalo org yak dah kawen.. bek elakkan tego menego ex ni.. lg kalo tukaq tukaq nombor tepon.. makin parah dah start msg msg.. takot mengenang kesah lama.. pastu dlm hati ada taman.. bebaek dulu dah gondol kena tebas.. ni mcm nk tumbuh balik.. takot.. hati akak bedebo debo tu part yak x tahan.. ececeh.. kemaen dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan hati Akak ler yang berdebor tuh... Akak bagi contoh jerrrr

      Delete
  3. Tak dapat nak bayangkan sbb takde bekas pakwe.. ^___^

    ReplyDelete
  4. Pepagi bnyk citenya kak...:-)
    Part jumpa ex tu...klau orng yg da kwin ni...ghasenya..baik x yah tegor...buat dono je sudah...! Kang klau betegur sape...lain plak jdinya...P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samada dah kahwin atau belum kahwin, terpulang diri mengawal. Orang kata kalu jodoh tak ke mana. Cuma dalam keadaan yang tertentu, tentulah kita yang dah kahwin tak boleh nak buat melepasi batasan status, ye dak?

      Delete
  5. best jgk kalau terserempak kak...

    ReplyDelete
  6. Tiba2 berdebar2? Haihhhh...

    Kalau Aina tegur buat muka cerdik sikit....hahahaaa...

    ReplyDelete
  7. bertembung dengan bekas menantu tak jadi di ikea berkepit dgn bakal bini adalah.Rasa macam nak tunjal saja kepala mereka.geram...cerita lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa la makcik. Dah takda jodoh. Kalu dia boleh tunjuk, kita pun tunjuk jugak la. hehehe

      Delete
  8. Jantung mesti berdebar2 kan..hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga. Benda lama. Tak rasa apa apa dah pun.

      Delete
  9. Hihihihi
    Nak tumpang ngomen jugak ni..
    Akak pilihyg pandang sbb nsk tau dia berapa anak dah dan pakai kereta apa tapi.. Tak tegur... Terus pandang kot lain n blah ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setidak tidak, hendak juga tahu apa perkembangan diri dia ya? Kembang ker... kurus ker.. hehehe

      Delete
  10. ada sorang xbf kekal jd kawan smpi skang, tp si sepian ku biarkan kesepian dgn kisah lama kami.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jarang ada orang boleh terima perpisahan lalu menukar menjadi friendship yang ikhlas. Beruntunglah jika boleh buat begitu. Saling menerima dgn ikhlas.

      Delete
  11. Pandang terus blah.... Jgn di ingat kisah lalu. Huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sepatutnya begitu kot... Jangan ungkit lagi. Buat sakit jiwa saja.

      Delete
  12. Blah je.. sebab dah kawin. Tapi kalau best friend laki saya tegur. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie sendiri ada ramai kawan kawan lelaki berbanding pompuan. Kalu jumpa memang kalu boleh nak tegur semua.

      Delete
  13. Dengar tajuk entry pun dah bedebar. Haha.

    Nasib baik yg ex dok selatan, kita dok utara. Tak mau la terserempak. Haha.

    Ex k.azie tu bedebar tu...itu fasal tak mau pandang :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha pandai la hang....!

      Delete
    2. Jangan cakap utara selatan jauh. Tu ikan pari di laut, asam kat kedai tu, jumpa kat mana? Dalam periuk Kak Azie jugak tau.

      Delete
    3. Kalu masuk dalam periuk Kak Azie, kompom la jadi Asam Pedas...! hahahah sorang lagi. Pandai la hang!

      Delete
  14. Dia yg merah muka dan telinga nampak Azie hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha... kalu tengahari, sampai kepala pun nampak merah!

      Delete
  15. Azie, bestnya kalau jumpa...saling pandang memandang.hati di dlm bagai nak giler....

    ReplyDelete
  16. Dia malu tu kakazie...
    Ke ada wife dia...tu yg dia takut nk jeling2 apa lagi nk senyum2...tp dlm hati ada taman...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wife dia pun saya kenal, cuma tak pernah sembang sebab dia selalu pandang saya macam nak telan. Hahahaha!

      Delete
    2. Laa... dah tua-tua, opss.. dah beranak pinak pun masih nak jeles lagi?

      Delete
    3. .. Haa.. padahal depa yang kahwin dulu dari saya. Kami putus pun sebab dia kena bertunang dgn pompuan yang menjadi pilihan keluarga dia.

      Delete
  17. Tadi ada seorang lelaki datang ke pejabat kakcik, entah macamana bila melihat nya, kakcik teringat pada bekas tunang kakcik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seiras kah? Jangan jangan ada kaitan tak? Anak dia? Anak buah dia? Heheheh tak temuramah ker?

      Delete
  18. teringinnya saya nak bertemu ex-boipren tapi apakan daya, takdir belum menemukannya.. tapi kalau terjumpa sy pun tataw nak buat apa, erkkkk!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak yah buat apa-apa pun. Kalu tak tegur pun takpa. Sebaiknya buat tak kenal jika dulu berpisah dengan cara yang tak berapa best. Tapi jika berpisah dengan cara baik dan pernah janji untuk jadi sekadar kawan tegur sapa lah sekadar sebagai kawan yang saling menghormati.

      Delete
  19. kalau boleh tanaklah jumpa balik...takut terkenang kisah silam

    ReplyDelete
  20. Salam AA,

    Oooh là là là... dunia kok kecil ya..! Ratna pula sering ter...serempak berdepan dengan "beliau" didalam suratkhabar disana, semakin berubah kini namun bersyukur karena "beliau" akhirnya sudah berumahtangga dengan yang terpaling jelita setelah sekian lamanya berkurun-kurun menyandang status "bachelor"...

    Kalu bertembung atau berserempak begitu adengannya, mungkin "beliau" tidak kenal lagi Ratna dimana Ratna juga sudah berubah sama seperti "beliau", sejarah dahulu tidak lagi memberi kesan kini karena itu lah takdir & jodoh yang sudah ditentukan dariNya... tidak kah begitu AA?

    Salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kira, ex Kak Ratna mungkin seseorang yang terkenal (politician kah?) di negara kita ni. Kalu dah selalu kuar soratkabar.. hehehe

      tak mengapalah, kita saling redha menerima takdir. Jodoh kita adalah yang terbaik yang sudah ditentukan oleh NYA.

      Salam mesra juga semanis madu...

      Delete
  21. secara jujur cakap, ex boipren saya dua2 dah djemput Illahi, mmg tak kan jumpa dah sampai bila2. Nasib tak jadik kawen, kalau tak berjanda muda saya gamaknya ;)

    ReplyDelete
  22. 1- Baru lah saya tahu. Selama ni igt kan tart tu Kak Azie yg buat! Hahaha

    2- Jgn eksyen lagi tau..kang esok tau tau dah terpacak kat Jalan TAR! hahaha

    3- Tak boleh nak bayang sebab takde bekas makwe. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah tak leh nak eksyen la Bro. Dalam kepala ni memang dah plan nak juga ke Jalan TAR tu, cari baju melayu si anak.

      Delete
  23. Err, tak tau nak komen cmne sebab takde boyfriend lg =)
    Tp semalam sy jumpa kwn lame (lelaki) kt JJ, tp dia wat dont know jer, sy pun malas r nak tegur.

    Aah kak, sy orang Melaka. Piece ^ ^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu orang dah buat dont know jer tu, elok la diabaikan saja. Kita pun boleh jual mahal, kan? Takpa la kalu dia dah tak sudi, ada ramai lagi yang sudi nanti. Tunggu saja...

      Delete
  24. Salam Azieazah,

    Umur tua2 mcm mama Nadz ni...kalaulah terserempak ngan ex boyfriend..rasanya saling tak kenal sebab wajahnya macam mana pun dah lupa..................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh tu macam dah lama benor berpisahnya ya?

      Delete
  25. Salam,
    kalau jumpa rasanya...buat tak kenal je kot.rasanya...mcm dah lupa pun muka dia macam mana ;)
    Tertarik dgn signature tu...nanas - ganas, sesuwar - sesuai, ni paling best serasi - sarsi?? First time ke sini...ada novel ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok la kalu dapat lupa muka lupa kisah. Buka citer baru, ye tak?

      Signature tu sebenarnya ilham spontan saja. Kadang tu merapu saja.
      Saya bukan penulis novel. Pernah berhajat, tapi sampai sekarang satu novel pun tak pernah siap.

      Delete
  26. fuyoo..soalan best nak jawab ni. tapi kena tanya dulu...ex yang nombor berapa...wahahaha...macam banyak je bunyinya.

    kalau yang endingnya sangat menyakitkan hati, most probably, saya buat bodoh, muka sikit cengei dan belagak dan berpura-pura tak kenal. boleh gitu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, your TokLaki tau tak kak?

      Delete
    2. Ni tanya Siti Murni ker tanya Kak Azie?

      FYI, Siti Murni masih single, belum berpunya pun. Hehehehe

      Delete
    3. Tanya akak la. Husband akak tau tak akak terserempak dengan bekas kekasih lama?

      Delete
  27. kalau saya
    saya akan buat macam dia buat semalam..

    baru hari ni boleh masuk sini
    selalunya ada malware alert

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barulah adil, ye tak?

      Saya dah buang senarai blog di sebelah tu sementara waktu.

      Delete
  28. jumpa bekas pakwe?hehehe bekas pakwe pun takde cane nak jumpa ahak3

    sy tak pernah shopping kat TAR.seumur hidup tak pernah & tak rasa teringin nak pi pun.maybe sbb lain daerah kot hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu rasa tak penting, tak yah la masuk area Jalan TAR tu. Apatah lagi time raya. Ada setengah orang sengaja pegi, semata-mata nak tengok kemeriahan tu jer. Sekadar nak memeriahkan, kata orang...

      Delete
  29. Tengok jenis ex. Kalau dia ikhlas berkawan, pasti dia akan senyum dan tegur kita. Kalau dia ada dendam dia pasti menjeling marah pada kita. So, kita kena cepat2 blah dari situ. Kalau dia takut bini dia jeles, dia mesti paling muka. Hahahahha...andaian saya jer kot. Oh, kalau saya, saya pandang jer sekali imbas atau 2 kali imbas, tengok reaksi dia macam mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus lah jika boleh berpisah secara baik, then tak berdendam. Itu lebih mudah, sebab kadang-kadang dunia kita ni kecik saja. Suatu hari pasti akan bertembung juga tak sengaja tak dirancang. Kalu berdendam, masa tu nak sorok muka pun dah seksa benor rasanya.

      Delete
  30. pandang..... lepas tu buat tak nampak jer........huhu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails