Wednesday, November 6, 2013

Ben’s Crab Soft-Shell: dah lama menyimpan dendam..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
05-11-2013

Sudah menjadi tradisi, dan kebiasaan. Anak-anak kalu hujung bulan or time bulan penuh mesti demand ajak jalan-jalan. Paling koman pun tengok wayang. Well, kena juga tunaikan janji sebab saya memang hanya ada masa hujung minggu (Ahad semata) dan bila ada cuti umum. Dan seperti biasa juga, tiket wayang akan ditaja oleh Dak AMOI. Beli online, lebih cepat dan mudah. Bila kita dah kompom ada tiket dan tahu seat, tak perlu tergopoh nak pegi awal untuk beratur or tengok apa film yang pilih. Boleh pilih dari rumah.

Dan seperti kebiasaannya juga, menonton wayang tu akan datang bersekali dengan pakej makan-makan. Hmmmm mana cukup dengan popcorn dalam panggung saja.

Oh ya, info tambahan. Bulan ini, Walt Disney mengadakan festival tayangan filem-filem Disney (genre kartun untuk kanak-kanak) pada setiap hujung minggu sepanjang bulan (berakhir bila saya tak ingat), lalu itu saja filem yang sesuai untuk bebudak saya. Tiket juga sangat murah, serendah RM8.00 saja. Minggu ini filem Pocahontas. Hmmmm bagi saya (yang dah vintage ni, komen saya “mujur tiket cuma RM8.00!”)


Jalan-jalan di hari Deepavali. Tengok ‘kolam’ merata ceruk. Menarik sekali. Pavilion Bukit Bintang.

Cawangan Pavilion, tiada basikal tua di luar restoren seperti trademark di KLCC.

Saya sebenarnya yang teringin sangat nak makan di Ben’s nih. Sebab kali akhir makan di Ben’s adalah sangat lama dulu. Tahun lepas kot. Masa tu makan di cawangan KLCC. Kebetulan Pavilion juga ada Ben’s, so hajat hendak makan ketam-kulit-lembut mesti ditunaikan jugak jugak!


Bebudak, Fish & Chips. Kongsi berdua, sebab portionnya besar!


Menahan geram! Hahahaha!




Zoom dekat skit! The Golden Soft Shell Crab Spaghettini (RM21.90)


IKA pilih Pad Thai. Dia tertuang semua serbuk cili tu, lalu terlajak pedas. Tak boleh nak habiskan. Hampir sama sedap macam Pad Thai di Black Canyon.

Semua portion besar, lalu tersangat-sangat lah kenyangnya!




 ~...menanti HISYAM pulang hampir sama menanti buah kelapa muda menjadi tua lalu akan gugur sendiri tetapi sekali sekala SERI BULAN merasa hampa kerana setibanya nanti yang ditunggu bukannya mengerti orang sedang seksa menanti, sebaliknya sengaja buat tak reti...~




Monday, November 4, 2013

Saya sebut, Chicken Chop Salah Kedai...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
03-11-2013


Jumaat lepas, lepas kerja (yang sangat lewat baliknya), ujan renyai pulak tu. Mendorong saya menjadi malas nak masak sebab dalam kepala set nak balik makan then boleh tidor awal. Taknak masak. Taknak masuk dapur lagi.

Sepanjang minggu lepas yang sibuk digandakan lagi kesibukan dengan projek urgent dari Big Boss yang datang mengejut di petang Khamis. Job yang perlu disiapkan sehingga Jumaat kerana Sabtu adalah cuti umum dan rata-rata kami tidak mahu dipanggil kerja pada hari cuti. Masing-masing dah pasang plan sendiri, dan semua orang yang terlibat tarik muka bila diugut, jika tak siap Sabtu Ahad kena masuk opis. Oh nooo!

Lalu bergelut lah kami sehingga ke malam hari sepanjang 2 hari untuk siapkan 15 tajuk untuk submit ke Kementerian. Terasa betul tekanan dan keletihan. Alhamdulillah, berkat “kerjaaa-sama!” lalu segalanya dapat diselesaikan dengan jayanya dan saya antara orang terlibat yang turut diberi tugas penting. Hmmmm... now I think, depa dah ‘nampak’ saya.

Balik dalam sejuk ujan, dan kelaparan, MyToklaki bawa saya dinner di foodcourt Kg Pandan. Sebelum Raya Haji dulu saya dah pernah tulis pasal makan chicken chop di sini bersama sepupu saya (entri terkujat ini). Lalu kali ini saya rekmen MyToklaki pula.


Lot kedai yang saya makan dulu kelihatan ramai orang, lalu kami duduk di gerai yang lain. Alahai... tersalah kedai.

Sebab dah la tak sedap, presentation saya boleh sebut sebagai failed! Hmmm harap nama kedai jer gah. Deli Muar. Sumpah, pasni tak nak duduk kedai tu lagi dan makan di situ. Tak sedap langsung black pepper sauce nya. Terlalu berminyak. Saladnya takda rasa. Mash potatonya tak sedap dan masih ada kentang keras tak empuk di dalamnya. Papan lapik hot platenya, sudah buruk dan berlendir basah. Yuckkk!

Saya gigih habiskan ayam dan abaikan yang lain. MyToklaki memang bukan peminat western (dia orang kampung, nasik juga) lagi la dia menolak benda ni kalu tak sedap.




 ~...HISYAM akhirnya pergi juga mencari ruang lega untuk diri sendiri dan SERI BULAN terus tertinggal sendiri di Teratak Nyatuh, tanpa janji tanpa permisi hanya harapan dia akan segera kembali lagi...~




Friday, November 1, 2013

Jumpa budak lelaki kurus kering di stesen bas kala subuh buta...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
01-11-2013


Saya nak berkongsi satu kisah yang agak menarik berlaku semalam. Pagi. Subuh.

Seperti biasa saya tunggu kawan sekerja saya di area taman rumah (di simpang jalan, berdepan sekolah rendah). Biasanya memang saya awal beberapa minit dan selalu berdiri di bawah tiang lampu or depan deretan kedai yang berlampu. So far tak syak akan terjadi apa-apa sebab di situ terang, laluan kereta agak sibuk dan berdepan pula dengan masjid.

Juga berdepan dengan sekolah rendah yang semakin lama semakin meriah bila hari menjelang terang. Kadang-kadang saya duduk di kerusi batu depan sekolah (read: kerusi bus stop, yang tiada bas lalu kecuali bas sekolah).

Pagi semalam saya duduk di bus stop dan lihat seorang budak lelaki lengkap berpakaian sekolah. Pandangan biasa sebab tiap pagi memang akan ada beberapa orang murid yang datang seawal 6.30 pagi. Tetapi, tiba-tiba budak tu dengan peramahnya tegur saya, “Makcik tunggu bas ker?”

“Tidak. Makcik tunggu keta kawan. Sini memang takda bas lalu kan?”

Budak lelaki yang kurus kering, kecik (saya jangka dia mungkin darjah 2 or darjah 3, sebab dia lebih kecik dari CHAK) mungkin sangka saya tak tahu di situ tiada bas awam lalu. Dia kemudian, tiba-tiba duduk sebelah saya.

“Saya nak masuk sekolah, tapi takda kawan pula.” Ya, walaupun ada security dan lampu terang, tapi belum ramai murid yang sampai.

“Awak darjah berapa?”

“Darjah 4.” Hmmm agak kecik berbanding umur. Sambil saya memerhati beberapa kereta berhenti (parents hantar anak).

“Hari ini jamuan, makcik.” Sebab kami nampak 2,3 orang budak yang datang membawa plastik beg (makanan ler agaknya).

“Awak takda jamuan?” Saya biasalah, peramah.

“Ada. Hari ini tapi saya lupa nak bawa apa-apa. Mak saya bagi duit belanja pula.” Budak tetap budak. Cakap jujur tak reti nak bohong. Apa yang saya boleh faham, dia lupa nak kabor ke mak dia pasal jamuan, so mak dia tak masak apa-apa sebaliknya bagi duit belanja seperti biasa.

Saya kesian. “Alaa takda kedai pula yang bukak awal camni.” Maksud saya, mungkin dia boleh beli apa-apa snek. Depan kami (seberang jalan) sudah ada gerai meniaga nasi lemak dan roti canai dibuka.

“Apa yang saya boleh beli dengan 50 sen?” Seperti merungut pula dia. Saya pula yang terkejut. Ya, saya terkejut. 50 sen jer??

“Mak bagi 50 sen jer?” Dia angguk.

“Rumah kat mana? Mak keja?” Dia tunjuk ke arah depan. Means, kat belakang masjid tu jer. Dekat laa...

“Selalu bawa duit belanja sekolah berapa?”

“50 sen.” Yaa.. memang budak tak reti bohong, kecuali kita ajar berbohong.

“Tak bawak bekal?” Geleng.

“Saya beli hotdog. Hotdog 50 sen jer.”

“Sekolah ada jual nasi lemak tak?” Saya fikir, budak lelaki kena makan berat, dan banyak.

“Ada. Tapi singgit. Kadang-kadang saya beli air sirap.”

“Kenapa tak bawak bekal air suam dari rumah? Tak yah beli air kat sekolah.” Dia diam.

Saya terus terfikir. Jadi kesian. Sebab anak-anak saya memang semua bawak air suam pegi sekolah almost tiap hari.

Dalam sembang kami, dia kata mak dia tak kerja. Ada sorang abang dan dua adik. Saya bayangkan tentu emak dia masih muda. Dia tak tau ayah dia kerja apa, tapi dia kata malam-malam ayah kuar pegi kerja. Okeh... saya fikir ayah dia kerja security atau shift malam di kilang... or pejabat yang ada shift.

Saya fikir lagi. Emak dia tak kerja, rumah dekat dengan sekolah. Tak boleh masak untuk anak bawak bekal? Sekurang-kurang roti sandwic? Or nasi goreng? Anak lelaki selalunya kuat makan. Bagi la nasi goreng siram kicap dgn telor goreng pun depa belasah jer. Rehat biasanya kul 10 pagi, kompom la depa lapaq. Ohh saya tak leh bayang seorang budak lelaki yang bawak hanya 50 sen tanpa bekal air, dan cuma dapat beli seketul hotdog di sekolah? Bolehkah dia aktif, berfikir dengan baik dan tumpu dalam kelas sedang perut berbunyi dan dia tak sabar nak balik untuk makan nasik?

“Mari kita pegi beli nasi lemak kat situ.” Saya pujuk. Dia enggan. Saya tarik tangan dia.

“Jangan lah makcik. Saya malu.” Terus terang dia cakap dia malu.

“Takpa makcik belanja. Awak sarapan nasi lemak ya?”

Dia berkeras tak mahu. “Saya malu. Orang kedai tu kenal saya.” Ohhhh...

Lalu, saya pergi ke gerai tu bungkus nasi lemak biasa dan sebiji telur rebus. Saya serah pada dia dan pesan, “Awak makan ya?”

Then kawan saya pun sampai.

Saya bukan saja simpati, tapi rasa nak marah kesal pun ada. Kenapa yer emak budak tu tak masak bekal or sarapan pagi untuk anak dia sebelum pegi sekolah? Setidak-tidak roti or nasi sejuk semalam digoreng dengan ikan bilis? Or cekodok seketul dua?

Saya pun kerja. Masa selalu menjadi masalah dan isu utama. Tapi saya sentiasa cuba nak pastikan anak-anak ada makanan di rumah sepeninggalan. Setiap pagi jarang sangat la depa takda sarapan. Paling malas pun, roti krim yang saya beli pada waktu malam. Or rebus hotdog sorang 3,4 ketul. Or roti telur sorang 3,4 keping. Or biskut kering cicah milo.

Okeh.. jangan banding hidup orang lain dengan hidup kita. Memang. Saya sedar ada beza. Tapi setidak-tidaknya jika hanya boleh beri duit belanja 50 sen, pastikan anak tu makan sesuatu sebagai sarapan. Saya kesian laaa...

Sebab anak-anak saya (seingat saya) tak pernah la duit belanja cuma 50 sen. Paling sikit singgit, jika berbekal. Sebab kantin jual tak murah. Barang semakin mahal. 50 sen takda nilai dah.

Saya sempat pesan kat budak (nama apa eh, Muhammad Zafmil dia sebut), “Lain kali bawa bekal, nanti duit belanja boleh simpan dalam tabung.”

Saya harap saya tak jumpa lagi budak tu. Saya sedih. Kalu pun saya jumpa dia, biarlah dia sudah besar dan jadi orang berjaya. Tapi haruslah kami tidak mengenal, sebab dalam samar subuh, saya tak nampak muka dia dengan jelas. Begitu juga dia tentulah tak nampak saya dengan jelas juga.

Tayang-tayang:


Sup pekat, Tahu Jepun + Fish Ball + Telur. Gandingan bersama Ayam Goreng (beli di kedai). Tanpa nasi. Tetiba tak lalu nasi. Elehhh... sehari jer pun!





 ~...baru beberapa hari HISYAM tidak menjengah datang ke laman Teratak Nyatuh, Mak Utih rasa tidak sedap hati dan SERI BULAN terasa tidak sedap menjamah nasi kerana selagi tiada teman untuk dipandang direnung kala makan bersila, selagi itu SERI BULAN merasa tiada makna untuk bersungguh menanak, tiada erti untuk bersungguh membancuh kopi dan tiada maksud langsung untuk meniti denai tanpa teman pengiring kaki...~




Thursday, October 31, 2013

Cuti tambahan Deepavali pula menjadi isu rebutan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
31-10-2013


Sekali lagi, cuti berganda minggu depan. Cuti Diwali akan berselang sehari then cuti Awal Muharram.

Berapa ramai yang ambil cuti berderet tuh? Boleh dapat 4 berturut tuh... Di tempat kija saya, berebut-rebut depa mintak cuti. Prosedurnya, kena ngadap Manager dulu untuk maklumkan cuti, then baru isi borang, submit. Jika tiada susulan, bolehlah dianggap cuti tu lulus. Kadang-kadang kalu dia follow-up semula untuk perubahan, ada la kes yang cuti tak lulus atau dipendekkan. Mintak 4 hari jadi 3 hari. Nasib-nasib lah..

Saya tak apply cuti apa pun. Cukuplah hujung minggu 2 hari yang penuh program. Senin 4 Nov tu saya kerja macam biasa.

Saya tiada perancangan jalan jauh sehingga hujung tahun. Plan ada, tapi susah nak disahkan buat masa sekarang. Tunggu tabung Gajah saya penuh sikit lagi...

Mesti korang ramai yang akan start cuti bermula esok, kan?

Tayang-tayang:

Repeat lagi. Abaikan tutup tipuwer Purple saya yang sudah retak menanti belah tuh.







 ~...bukan angin tidak membawa khabar, bukan mulut tidak ada yang riuh bercerita, bukan juga tiada kerusi meja yang ada telinga dan mata tetapi sengaja SERI BULAN tidak mahu percaya sepenuhnya, HISYAM ada rancangan sulit hendak berjumpa dengan anak dara lain selain dari anak dara Pak Imam...~




Wednesday, October 30, 2013

WW: anak udang anak tenggiri — kuih moden vs kuih lama buat sendiri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
30-10-2013


Kuih moden. Beli:



Mana sama dengan kuih lama:


Yang dibuat sendiri oleh kawan sekerja. Lepat ‘bodo’ orang sebut. Kalu kami di kampung (orang Banjar), Lepat Pisang adalah tanpa inti kelapa.

Ahhh... terkenang pula!





 ~...bila hasrat bercuti dan pergi sebentar dari Kampung Separuh Desa menjadi isu balah antara Mak Utih dan Pak Utih, HISYAM menegaskan perginya bukan kerana gentar kata nista tentang surat bawah tempurung yang terapung ketika hujan, tetapi kerana ingin menguji kegigihan SERI BULAN menanti walaupun tali buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut hampir reput dihayun digoyang...~




Tuesday, October 29, 2013

Kenangan Mengusik Jiwa: “bila la nak pi melawat Kolumpo nih?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
29-10-2013


Masa saya sekolah rendah di kampung, bukan saya tak pernah terfikir pasal KL. Ada. Walaupun jangkauan fikiran saya tu sangat-sangat singkat. Tak leh terjangkau.

Sehinggalah pada akhir tahun Darjah 6, saya join lawatan sekolah pi melawat KL. Wahhh.. berhari-hari punya dok berangan. Lagu mana KL tu? Dok tengok kat tv pun tak berapa jelas nak bayang. Maklum bukan banyak pun rancangan yang tayang suasana KL. Zaman kecik saya masa tu, drama pun (Drama Minggu Ini RTM, TV3 lum wujud) pun dibuat rakaman dalam studio. Masa tu rumah pun dalam studio. Tu yang kadang tengok pintu pun macam ringan sebab depa guna kayu plywood! Jadi bayangan bandar Kolumpo tu sangat susah nak tengok.

Dengan bayaran cuma RM20 saja (tu pun jenoh kecek arwah Ayah), berjaya juga saya join lawatan pi KL. RM20 tu termasuk tambang bas, makan minum dan penginapan. Murah giler, kan? Pegi 2 hari satu malam. Saya ingat lagi, kami menginap di sekolah Maxwell yang kat Sentul tuh. (Masa tu tak tau pun sentul sentul nih...). (dan terjadi la peristiwa seram sebab ada orang kunun jadi hantu masa kami bermalam di situ). Heeeee....!

Melawat tempat yang sekarang saya dah tak heran (malah anak-anak pun tak heran nak pi), e.g. Zoo Negara, Muzium Negara, Tugu Kebangsaan, Templer Park... hmmm lagi apa eh? Lupa dah.. Ada ker lagi budak sekolah mai KL melawat tempat-tempat tuh? Tempat pilihan tentulah KLCC Planetarium, PestaBuku atau tempat yang lebih canggih.

Dan bayaran pun sangat mahal dah sekarang. Rabu ni Alia nak pi lawatan ke Melaka pun kena bayar RM60 untuk bas dan tiket masuk Water Park. Makan kena bawak duit sendiri. Harga kemajuan tu.

Masa sekolah menengah saya aktif dalam persatuan dan selalu jadi Setiausaha (sampai ke tua, itulah jawatan yang saya selalu sangkut) dan pernah uruskan beberapa lawatan sekolah.

Tayang-tayang:


Makanan paling sedap kala hujan. Atau kala berpergian ke mana-mana especially kalu bercuti ke negara orang. Kan? Kan?





 ~...memang angin terasa kuat menolak awan gemawan dan sangat berharap pula HISYAM akan ada suara berbisik mengganti surat di bawah tempurung, kerana sejak musim tengkujuh tiang ampaian terasa reput, tempurung sentiasa basah lalu surat terasa kembang seperti biskut kapal tercampak ke kole teh tarik buatan SERI BULAN yang kadang manis kadang hambar dan Mak Utih perasan tiada siapa menjengah tiang ampaian sejak hujan merembas datang...~




Monday, October 28, 2013

Saya ke IKEA: lengoh kaki pun tak puas hati lagi....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
28-10-2013


Sabtuday lepas saya ikut beberapa orang kawan saya singgah ke Ikea. Orang lain yang nak beli barang, saya rasa saya pun ikut sama memborong.

Amboiii... “Kalu gaji dah masuk, ntah berapa banyak ko borong, Zie.” kata kawan saya. Hahahaha! Gila...!


Abaikan shopping bag Ikea kaler kuning yang besaq gedabak tuh. Gambar sedikit goyang dek tangan kawan saya yang ketar.

Next plan, memang nak masuk lagi. Dak AMOI ajak makan Meat Ball Ikea yang terkenal di situ. Saya berhajat hari tu, tapi tak sempat dan takdak geng plak. Sapa nak join, jom!

Sebenarnya, jalan-jalan di hari Sabtu — yang saya sebut sebagai ‘hari untuk diri sendiri’ — adalah bagai mengulangi rutin lama saya dulu yang bekerja di hari Sabtu. Setiap kali lepas kerja jer suka mengukur jalan, makan-makan dengan kawan. Wahhh enjoy release tension....!



 ~...pernah suatu ketika, di remang senja lembayung baru berlabuh, di atas buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut, SERI BULAN bernyanyi kecil, “aku tetap mencintaimu dari barat daya ke tenggara” dan angin timur laut membawa ke telinga HISYAM bersama irama pilu berlagu yang membuatkan dia tak senang tidur malam walaupun ujan lebat sepanjang petang memberikan rasa sejuk dingin enak....~




Sunday, October 27, 2013

Bila bajet baru diumum, tindakan pun bermula...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sunday
27-10-2013


Selepas sehari Bajet 2014 diumumkan, harga gula terus naik menjadi RM2.84. Tujuan untuk rakyat Malaysia kurang beli gula, demi menjaga kesihatan. Relevan ker idea sebegitu? Saya pun tak faham. Sebab harga untuk menjaga kesihatan ni ada ketikanya, adalah subjektif. Ada cara murah, ada cara mahal.

Well, menaikkan harga gula saya rasa tidak banyak membantu cara itu. How about kuih muih manis yang sentiasa menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia? Nasi lemak pun guna sambal yang of course ler ada gula. Mungkin sedikit usaha ini boleh menyebabkan orang minum tanpa gula. But, saya rasa bagi orang yang sudah terbiasa dengan habis minum teh tarik (wpun kurang manis) tetap minum manis juga.

Kesan lain? Harga kuih muih akan terus naik. Itu baru kuih muih. Barang makanan lain? Semuanya saling berkait. Pandai-pandai la kita nak ejas mana yang patut.

Kami sendiri amat kurang guna gula kecuali hari minggu baru ada menu buat air manis seteko. Hari biasa, semua orang minum air kosong. Sekilo gula pun payah nak habis sebulan. Dalam hal ini, saya sangat berterimakasih kepada MyBabySitter dulu, yang sangat-sangat tegas dengan anak-anak saya (seawal Dak Amoi age 2 bulan) di mana semua depa kena rajin minum air suam. Sangat jarang MyBabySitter bagi anak-anak saya minum air manis. So depa terbiasa sampai besar. Ehhh melalut.

Yeahhh walaupun ada barang naik harga mendadak lately, tapi semasa saya ke Pasar Pudu pagi tadi, harga ayam tiba-tiba jatuh RM7.00 saja per kilo. Hmmm... bagus.

Ikan ada yang turun ada yang mahal. Sebenarnya dah 2,3 minggu harga ikan agak murah. Syok jer pilih itu ini.

Sayur jangan cakaplah. Memang Pasar Pudu antara pasar yang termurah. Seikat sayur  masih boleh dapat dengan RM1 or 3 ikat for RM2 saja. Memang gila membeli.


Serai seikat gini  masih RM1.00 sejak dulu.



Cili padi. Ada beberapa jenis cili padi. Ada orang sebut cili akar (panjang, hijau dan saya rasa paling murah), cili burung (yang paling kecil dan agak mahal). Sebungkus dalam pic, masih murah. RM2 saja.

Bagi saya, memang harga barang menjadi mahal kebelakangan ni. Kuih muih dah jadi RM0.50 seketul, dengan saiz masih sama. Hmmm.. peniaga ada alasan depa. Memang ada orang sebut, “Apa kaitan minyak naik 20 sen dengan kuih muih?” Sapa kata tidak berkait? Depa nak pi beli barang naik keta, kan? Depa nak pi meniaga guna keta kan? Depa masak guna gas, kan? Sapa hantar gas? Naik motor pun guna minyak, kan? Lalu, setiap kita saling ada alasan. Tapi harga tetap kena bayar.

Situasi sekarang: saya tunggu bila bonus nak kuar. Ahaks!




 ~...ujan sepanjang petang sebenarnya sangat menggembirakan SERI BULAN kerana HISYAM akan terperangkap di ambin tidak berdinding Teratak Nyatuh sehingga senja, dan Pak Utih duduk di hujung tangga sebagai peneman bersama rokok daun nipah sambil memasang telinga mendengar tingkah kata ala-ala gaduh manja teruna dara kesayangan walaupun masih tidak faham apa maksud, “nothing gonna change my love for you”...~




Saturday, October 26, 2013

Bajet realistik?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
26-10-2013


Ramai semalam dok melangok dengar Bajet 2014, kan?

Mungkin ada yang happy, ada yang kurang happy dan ada yang tak happy langsung. Ada ker?

“Ada dikkkkkkk....!” gaya jawab Abang SY!


Semua paper hari ini, kompom lah paparkan bajet secara lebih terperinci. Ya... terutama bahagian cukai dan bonus tuh. Tahniah la orang gomen, dapat bonus lagi. Syukurlah, ada ler jugak walaupun setengah bulan gaji (minimum RM500). Tu belum campur BRIM lagi tu. Makcik kayo!

Apa bidang sekali, sektor mana pun, berterimakasih lah kepada kerajaan. Yang anda pilih. Yang kita pilih.

Sekian.

Jom kerjaaaa....!


Pertama kali expose (can wear casual on Sabtuday). Work station saya. Abaikan yang bersepah-sepah tuh. Tingkat 2. Paling tepi tangga. Selalu jadi kaunter pertanyaan bila ada orang luar masuk mencari seseorang.

Ehh! macam ler ada orang nak pi cari? Hahahaha!




 ~...rindu sehingga ke puncak gunung? HISYAM tidak pernah sebut tidak pernah merungut...~




Friday, October 25, 2013

Kehilangan... dan selingan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
25-10-2013


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

*Kadang-kadang, sekali-sekala memang kita akan merasa seperti kita tiada di mata orang. Seolah-olah orang tak merasa kita ada, kita hadir pun. Kerana pada waktu itu, ada orang lain yang lebih menarik perhatian, lebih bagus, lebih great (kunun), dan kita merasa langsung tidak diperhatikan.

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

*Seorang rakan mengadu dia ingin join reunion kecil kawan sekolah lama yang bakal diadakan (diumum di FB). Puluhan tahun ditinggalkan lalu dia rasa, tak ramai orang akan ingat dia lagi. Selain itu, dia rasa dia tidak pernah popular pun masa sekolah dulu. Yeahh.... istilah popular itu boleh saja popular kerana pandai. Asyik nama dia saja naik ke pentas kerana Anugerah Cemerlang Akademik. Atau popular kerana cantik dan cutenya seseorang masa tu sehingga ramai budak senior lelaki asyik dok hantar surat berbedak talkum pada dia. Atau.. popular kerana handal dalam sukan, bola sepak ker, takraw ker... sehinggakan time latihan pun penuh bebudak pompuan turun tengok!

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

*Kelmarin seorang lelaki mengadu, dia pegi beli nasi ayam di satu kedai yang jauh dari rumah dan jauh dari tempat keja (sebab kena buat keja luar kawasan). Lalu kerana merasa sedap, tingin la dia nak beli bungkus untuk si isteri kat rumah. (kenapa orang selalu guna ayat “si isteri” tapi untuk suami guna “sang suami”?).

Tapi semasa minta untuk bungkus, orang kedai tu muka masam dan jeling semacam, terus dia kensel dan tekad, itu kali akhir la dia nak makan kat kedai tu. Walaupun sedap? Yaaa... walaupun sedap, katanya.


Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)
(Kehilangan — Firman)

Sebenarnya, saya suka lagu Kehilangan tu.

******

Tayang-tayang:


Jeruk Asin + Ikan Bilis Garing. Pemangkin selera kalu rasa tak berselera nak demam. Makan dengan Bubur Nasi pun ok. Versi saya, goreng garing bersama cili kering.




 ~....setiap kali hujan menitis menimpa daun getah, HISYAM hanya mampu memandang batang getah yang basah tapi masih boleh ditadah, tidak upaya membantu menoreh tetapi tetap juga SERI BULAN menghulur bekal Pulut Tanak dan Ikan Masin lalu duduk bergebang sampai petang di bangsal kecil beratap nipah sambil mengimbas kisah kenapa boleh terjebak bagaimana boleh mengelak...~...~




Thursday, October 24, 2013

KayJay oh KayJay....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
24-10-2013


Khairi Jamaluddin, satu nama yang terus menjadi sebutan. Ketua Pemuda UMNO untuk sepenggal lagi. Menang lagi.

Dia memang berwibawa walaupun kebolehan dia baru saja  bermula. Masih dikira baru dalam dunia politik. Belum ada gelaran Dato’ pun lagi. Tapi bagi dia ruang dan peluang. Dia boleh menjadi ahli politik yang cemerlang, jika tidak dikotori dan dicalari dengan unsur negatif. Harap harap tidak.

Kerana, mudanya dia sangat diperlukan. Orang muda selalunya agresif. Berani bertempat. Dan jawatannya sebagai Menteri Belia dan Sukan sangat-sangat dialukan. Malah ramai para remaja yang minat akan dia.

Lupakan sebentar wajah kacak tampannya itu. Dia bukan hanya ada rupa. Dia ada karisma dan kebolehan yang semakin hari semakin dibuktikan. Baru berusia 37 tahun, mungkin mewarisi bakat diplomatik arwah ayahnya seorang diplomat.



Terkini, KJ dikhabarkan berlakun drama pendek untuk Astro (projek filem pendek Suara Hari Wanita Msia). Tawaran tu semasa beliau belum lagi menjadi wakil rakyat. Dan bila filem tu siap, beliau dah jadi YB yang popular, laaaagi la glamer abang KayJay kita nih!

Sebenarnya, negara memang memerlukan orang bijak, berani, agresif seperti KayJay nih.


Anak-anak dara saya kat rumah semua minat dia!


Hidup KayJay!





 ~....SERI BULAN pernah bertanya kepada HISYAM, “adakah kita akan terus berkawan begini sampai ke tua, walaupun we’re not meant to be together?” lalu HISYAM merenung ke dalam matanya sambil membisik; “Nothing gonna change my love for you...”,Mak Utih yang mendengar walaupun tidak mengerti apa, sangat memahami itu antara kata sakti yang sukar dijadikan bukti...~




Wednesday, October 23, 2013

KL Gangster 2: Dato’ Rosyam Noor, memang ‘legend’lah...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
23-10-2013


Ya, saya dah menonton KL Gangster 2 (KLG2). Sebuah filem terkini dari Syamsul Yusuf Haslam yang menjadi sebuah filem yang kontroversi kerana isu cetak rompak. Bagi saya, cetak rompak tu berlaku mungkin kerana adanya “orang dalam” yang busuk hati dan khianat. Nak cari duit mudah dan cepat dengan cara mencuri hasil karya orang lain. Cemana la si Syamsul tu tak mengamuk.

Untuk memahami jalan cerita KL Gangster 2 (KLG2), kena tonton filem KLG1 terlebih dahulu, kerana KLG2 ni bukan sambungan, tapi prelude. Lalu menonton yang kedua, baru kita faham bagaimana KLG1 itu dan bagaimana segala punca bermula.

Dah nama pun kisah gangster, lalu saya tidak mahu mengulas tentang dialog dan bahasa yang digunakan. Yeah... memang kasar, biadap, kurang ajar, dan segala yang tidak sopan. Dah nama pun gangster, kan? Mana ada gangster yang cakap sopan santun bagi salam segala?

Dalam KLG1, kita lihat Malik (Aaron) baru keluar dari penjara (sebab dianiaya oleh Shark) tetapi bagaimana dia “dikenakan” oleh Shark tu belum diketahui sehingga lah kita tonton KLG2 ini.

KL Gangster masih berkisah tentang kumpulan-kumpulan gangster yang ada di KL. (Betul ker wujud, eh?) Dulu kita difahamkan kumpulan gangster (kongsi gelap) ni banyak ditubuhkan oleh kaum Cina. Tapi apa yang dipaparkan, kaum Melayu pun gangster sakan jugak. Walaupun hampir seluruh dialog sesama depa, masih lagi guna slanga (pelat) Kantonis. Bab ni saya tak faham, Melayu sama Melayu pun nak cakap macam Cina?

Malik terpaksa join kongsi gelap atas sebab terpaksa. Dia perlukan duit untuk membiaya pembedahan emaknya yang disahkan ketumbuhan di kepala. Dalam masa yang sama, dia mengambil kira hubungan baiknya dengan King, ketua gangster yang terancam kedudukannya kerana ketua gangster lain yang lebih kuat berkuasa, iaitu Tai Long (lakunan Dato’ Rosyam Noor).

KLG2 bukan filem sembarangan. Itu yang saya rasa. Filem ni penuh aksi, stunt, gaduh, pukul, bunuh, rogol, belasah... dan segala yang lengkap untuk kita sebut sebuah filem gangster. Gangster hati kering, katanya. Tai Long seorang ketua yang tamak, ganas dan ingin membolot semua kawasan perlindungan sehingga menimbulkan rasa terancam kepada kumpulan gangster lain terutama King dan anaknya Shark.


Permusuhan mereka memuncak apabila isteri King dibunuh (kerana dia belot dan menyokong Tai Long) dan Malik berasa tertanggungjawab untuk membunuh Tai Long. Selain itu adiknya Jai juga berdendam kerana adik perempuan mereka dirogol oleh Tai Long.

Oh ya... untuk menonton filem ini, saya rasa bebudak bawah umur elok jangan dibawa. Filem ini banyak unsur gaduh pukul dan bunuh. Gangster hati kering, sanggup jer tembak tanpa belas. Pukul orang tua tanpa rasa kasihan.

Itu belum lagi dikira dialog yang sangat-sangat kasar. Dah nama pun gangster, kan? Lalu saya melihat dialog sebegitu adalah relevan di dalam filem ini. Cuma, jangan diikut ya. Walaupun saya dah dengar ramai remaja dok cakap cenggitu di mana-mana. Bahasa ‘lu gua’, ‘sial’, ‘pailang’ dsb sudah menjadi bahasa biasa hari ini.

Unsur lucu banyak dibawa oleh Zizan (sebagai Abang Long Fadil) yang menjadi kawan baik kepada Malik. Hmmm... macam tak kena jer, seorang gangster hati kering yang digelar “Abang Besar” seperti Malik boleh jer berkawan baik dengan seorang lelaki “tak berapa bijak” seperti Fadil tuh. Sangat kontras okeh...!

Seorang lagi yang sangat kelakar dalam filem ni, si Ajib (Sofi Jikan) yang asyik dengan ‘sengatnya’. Gangster kanan kumpulan King, ganas la jugak tapi kelakar. Selalu berpantun dengan rima yang kadang kena kadang berterabur. Hahahaha...! tapi seronok la jugak. Sebenarnya dia lah yang bunuh bini King, tapi Shark sangka King yang bunuh lalu dendam itu disimpan (sehingga ke filem KLG1) hingga dia sendiri yang bunuh King.

Watak Malik dan Jai (Aaron dan Adi Putra) masih cemerlang walaupun depa terlalu hensem untuk jadi gangster. Tapi tak salah, cuma kesian la pulak. Ekspresi wajah Jai lebih menjadi berbanding Aaron yang nampak terlalu tenang-cool untuk menjadi gangster hati kering. Dalam filem ni Aaron nampak lebih kurus dan cengkung.

Keseluruhan, saya paling tabik kepada Dato’ Rosyam Noor yang menjadi Tai Long. Ketua gangster paling ganas, dan saya rasa wataknya lebih ganas dari wataknya semasa filem Lenjan dulu. (Dalam filem Lenjan, dia menang award Pelakun Pembantu Terbaik (sori jika silap) dalam satu festival filem luar negara).

Keputusan mengambil Dato’ Rosyam Noor sebagai Tai Long dalam KLG2 ini sangat tepat dan cemerlang sekali. Terlalu ganas. Terlalu jahat. Tembak ikut hati dia jer. Paling tak boleh terima, dia rogol adik Jai depan Jai sendiri. Dialog dia tak boleh blah, “Abang Jai, Tora-tora minta izin nak bersetubuh dengan adik abang.” Phiewww... dasat betul dialog!


Walaupun ada sedikit isu tentang dialog dia, “Pintu neraka pun tak terbuka untuk aku,” tapi saya tak reti nak komen apa. Dialog itu memang kelihatan sangat-sangat angkuh (sehingga ada ustaz yang tegur), tapi saya melihat itu memang ayat gangster. Gangster mana ada yang ingat Tuhan punya. (kecuali dia memang nak insaf). Undang-undang dunia pun dia langgar, apa lagi undang-undang Tuhan.



Watak Shark by Shamsul tak berapa menonjol berbanding dalam KLG1, kerana mungkin masa ni gangster lain lebih berkuasa dari dia.

Berapa bintang? Hmmmm jika per/10, saya nak bagi 8...! Bukan kerana cerita, tapi kerana lakunan.





 ~...SERI BULAN bukan pendendam, sentiasa memaafkan sentiasa merelakanm malah sentiasa ikhlas terhadap apa saja hasutan dan khianat dari HISYAM kerana rasa kasih yang bercambah lama dulu sukar sekali ditarik akarnya dari tanah jiwa yang dulu pernah kering kontang lalu terlalu mengharap pula dia ada istilah banjir melimpah masuk di taliair belakang Teratak Nyatuh...~




Tuesday, October 22, 2013

Musim tengkujuh sudah tiba...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
22-10-2013



Saya tidak tahu apa masalah, saya tak boleh view blog saya. Mungkin server or Google terlalu berat untuk komputer saya nak preview kot. Apa apa jer lah. Yang pasti saya tak boleh nampak sebarang side list, dan juga ruang komen.

Saya hendak menulis sesuatu tentang seseorang, tapi mood ke laut. Alahai...

Kalu ke angkasa lepas, okeh la jugak.

Tayang-tayang:


Bukan gambar makanan. Ini saya snap lama dulu, belum pernah upload. Sebagai pemangkin semangat kerja kuat. Pastu boleh cuti-cuti dan jalan-jalan lagi. Tengah merancang sesuatu.

Sori Berlori, beb. Saya tak ajak awak, sebab awak sombong dan cerewet! hahahahaha!




 ~...belum pernah ada yang berani menegur bila melihat SERI BULAN duduk sendiri di hujung anak tangga kayu Teratak Nyatuh sedang HISYAM bersandar di tiang ambin tidak berdinding, juga bermenung tidak ke pangkal tidak ke hujung...~




Monday, October 21, 2013

Capital Cafe 50 tahun: TV patut buat liputan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
21-10-2013


Bukan sekali dua saya menulis tentang kedai makan yang ini. Sudah 2,3 kali kisahnya di blog saya. Itu belum kira lagi di blog orang lain.

Mungkin bagi setengah orang yang tidak tahu menahu pasal kedai makanan ni, akan rasa kedai ni biasa saja. Tapi bagi saya yang mengenali kedai ni sejak tahun 1990 (masa tu Dak AMOI pun tak lahir lagi), akhirnya Capital Cafe ni sudah menjadi satu sentimental value pula. Ianya menjadi klasik dan unik dalam caranya tersendiri, juga kepada orang yang pernah tahu tentangnya.

Bagai mengubat rindu, Sabtu lalu lepas balik kerja saya sengaja singgah ke Capital Cafe. Ya, memang saya sengaja nak singgah dan sudah plan awal untuk makan di sana. Mula-mula nak ajak kawan lama yang pernah perkenalkan kedai ni pada saya, tapi plan last minit biasanya tak menjadi dan akan menyusahkan. Seorang kawan lain yang dipelawa tidak berminat untuk masuk kedai semata-mata nak makan. Ya.. tak menjadi hal kepada saya untuk bergerak sendiri. Saya lebih selesa jadi Lone Ranger pun.

Kedai makan Capital ni di depan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman sudah beroperasi lama. Sangat lama lalu ianya menjadi sangat klasik.

Singgah duduk di suatu sudut, mengambil masa memerhati persekitaran dan orang-orang yang sebati dengan Capital Cafe ni, saya lihat pekerjanya masih orang lama. Taukehnya tentulah keluarga yang sama. Amoi tu pun masih Amoi yang sama tapi saya malas nak tegur sebab saya rasa dia tak boleh ingat saya lagi dah.

Jika dulu, (10,15 tahun dulu) hampir setiap minggu saya dan kawan saya akan singgah makan di situ sampai Amoi tu dah jadi kawan. Tapi sejak saya tukar tempat kerja dan kurang nak menghala ke KL, sangat jarang saya ke Jln TAR lalu saya jarang juga singgah. Tentulah Amoi tu tak ingat saya lagi dah (tapi saya ingat dia).

Sebatinya kopitiam ni dengan masyarakat Kuala Lumpur, saya yakin taukehnya sangat menjaga hubungan baik dengan pelanggan juga sentiasa memastikan semua orang boleh masuk makan. (dalam hal bersih dan halal).

Selepas memesan apa yang saya memang dah ketagih nak makan (sejak dulu, itu saja menu yang saya akan order), saya makan dengan selesa walaupun saya duduk seorang. Di satu meja bulat lain saya nampak 3 orang wanita yang lebih kurang umur saya, juga duduk makan menu yang sama saya sambil borak seronok macam reunion. Saya membayangkan depa ni pun haruslah pelanggan setia sejak dulu, sebab sorang pompuan tu, makan guna chopstick. Macam saya jugak!

Pic terkini bukan ulang tayang.

Selepas membayar, saya borak dengan tauke yang jaga meja cashier. Yaa... depa guna calculator biasa, dan meja cashier adalah meja lama yang berlaci biasa untuk simpan duit. Lupa lak nak snap gambar. Tiada mesin cashier automatic atau alat canggih lain untuk kira duit.

“Bos, kedai ni sudah berapa lama ya? 30 tahun?” tanya saya.

Tauke tu senyum mesra. “50 tahun.” Hmmm...

Memang saya tahu, sangat lama kopitiam ni. Tiba-tiba, seorang anak muda lelaki yang berdiri di sebelah saya menyambung, “Sejak dari zaman arwah Atuk saya lagi.” Dia kemudian menunjuk-nunjuk almari kabinet berkaca yang besar sambil bercerita kepada seorang perempuan muda. Isterinya kot...

Saya mendapat izin untuk merakam gambar barangan dalam almari kaca tersebut.


Tin-tin rokok zaman masa saya kecik dulu. Sekarang ada lagi dak? Jenama Rothmans dan Kents tu ada lagi dak? Saya tak sure sangat pasal rokok nih. Yang paling menarik, tin gula-gula Hacks tu, zaman sekarang mana ada lagi dah.


Jam dan terompet lama.



Set gelas dan botol lemonade lama. Saya juga nampak set botol minyak wangi yang unik. Juga tin Hacks warna kuning.



Beberapa keping foto hitam-putih yang dilekat di cermin almari kabinet tu. Gambar lama sekitar bandar Kuala Lumpur pada tahun 80-an termasuklah gambar KL dilanda banjir besar. Tahun berapa tu ya? Tauke tu terlalu sibuk pula untuk saya tanya itu ini.



Saya tak tahu itu bangunan apa. Bangunan Kowloon? Yang pasti ada tertulis Campbell Compleks.



Signboard kedai Capital tu masih begitu juga tidak berubah dari yang asal sehingga hari ini.



Kamera lama. Yang saya jangka nilainya tentu mahal sekarang. Sekeping gambar si pembuat kopi Capital Cafe. Ya, bahagian buat air tu masih sama sampai sekarang.



Kedai Makanan Capital, hari ini. Berada di celahan kedai canggih dan butik yang cantik dan moden. Tapi ia masih utuh di situ dan masih ramai pelanggan setianya yang datang duduk minum. Malah meja bulat marmar (ala kopitiam) dan set kerusinya yang berbentuk bulat, kayu yang ada bentuk botol masih sama seperti dulu.

Saya tegur tauke tu sebelum beredar, “Bos, jangan pindah lain tempat tau. Jangan ubah ini kedai. Nanti saya takda tempat lain mau makan Kuey Teow Cantonese.”

Tauke senyum dan jawab, “Kita sudah tua la...”

Saya rasa suatu hari nanti, kedai ini mungkin ditutup walaupun saya harap tidak. Kedai ni sangat klasik, dan sering mengingatkan saya pada zaman saya kecik dulu. Ikut MyArwah Ayah masuk kedai di kampung. Minum kopi di cawan kopitiam. Tuang teh atas piring, ditiup lalu hirup. Aroma teh tu sudah tidak saya dapat hidu sekarang. Saya sendiri dah jadi tak gemar Teh Tarik pun.

Seingat saya, belum pernah saya tengok Kedai Makanan Capital ni di mana-mana siaran tv. Rasanya, tv tak pernah singgah sini buat liputan or mengkaji asal usul kedai unik ini. Kenapa tidak melihat ini sebagai suatu benda klasik yang bersejarah? Mungkin bagi generasi hari ini tidak penting dan tidak menjadi apa... tapi saya melihat Kedai Makanan Capital ini ada keistimewaannya yang tersendiri.

Last, tayang-tayang:


Menu tetap saya setiap kali berkunjung datang. Rasanya tetap sama.





 ~...mengharap Teratak Nyatuh terus utuh menyimpan rahsia dan kenangan lama dan baru yang sedang dicipta, HISYAM tidak lagi melihat tempat lain yang lebih cantik dan unik untuk menyulam kasih berbunga kemboja dan SERI BULAN sendiri turut mengharap dia akan terus diterima bagai dulu-dulu, sewaktu kali pertama memijak jeti berlumut nyaris tertomoih, lalu dia tidak pernah lupa bagaimana HISYAM bagai begitu perkasa menyambut tangan...~




Saturday, October 19, 2013

Yong Taufu: tak habis-habis nak makan sedap...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
09-10-2013


Walaupun hari ini my off day, tapi saya kena la jugak masuk opis. Tak suka, tapi suka. Tak suka tu sebab patutnya rehat la kat rumah, kan. Tapi suka tu sebab today punya OT rate tinggi compare hari biasa. Heh heh heh...

Sabtuday kat tempat saya ada pasar malam. Saya dah muak sebenarnya sebab benda yang sama jer, tapi antara paberet saya ialah beli Yong Taufu.

Ada 2 stall yang jual Yong Taufu. Kerana dah lama melanggan saya dah boleh beza yang mana satu yang saya lebih gemar.


Lihat sotong kembang yang bergantungan itu. Tu jer dah cukup menggoda saya, walaupun saya tak pernah amik pun sotong tuh...! Chee Ceong Fun tu pun saya tak pernah amik.




Lately, saya suka beli Yong Taufu tanpa direbus sebab saya nak simpan untuk dibawa ke tempat kerja (selalunya pasar malam hari Selasa). So saya akan minta sekali dengan sup rebusan tu dibungkus untuk saya reheat-rebus di tempat kerja. Makan time lunch, adalah sangat best...!



Berbanding 10-15 tahun dulu, Yong Taufu hari ini sangat-sangat variety. Ada banyak bahan tambahan yang sangat sedap. Dulu, mana ada hotdog dan sosej berkeju (Cheese Sausage) tu dalam Yong Taufu. Sekarang ni, itulah yang saya akan make sure dibungkus sekali. Yummy!

Saya snap pic ni minggu lepas, dan brother yang jual tu (dia dah kenal benor dengan saya), hanya sengih. Sporting arrr... Yang penting saya suka sebab gerai Yong Taufu (kedua-dua gerai) tu sangat-sangat bersih!





 ~...antara menu selatan berbanding menu utara SERI BULAN hanya pandai menu Tenggara kerana HISYAM pernah kata, antara menarik air manis dan meneguk air suam dia lebih gemar untuk menimba air di lopak sawah kerana hasilnya jika bukan sepat sekali pun sekurang-kurang si ikan puyu yang tidak kuyu yang boleh di-sambal-tumiskan oleh Mak Utih sambil diganding dengan pulut tanak berulam nyior parut...~




Friday, October 18, 2013

Lawak lucah MyToklaki...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam JumAAt
18-10-2013



Si bini balik kerja selalu malam. Letih. Kadang-kadang bila petang jer, rasa nak demam sebab kena aircond terlalu lama. Jadi saya akan berubah menjadi sayur kobis yang layu.

Perjalanan balik kerja selalu memakan masa 45 min, kadang sejam. Tiba di transit (area rumah kawan saya) MyToklaki akan jemput (untuk balik ke rumah cuma 5 min). Selalu naik motor lah. Kadang tu, rajin kami singgah merata. Kedai la, pasar malam la...

Semalam, agak kurang stabil saya naik, lalu ada body contact yang lebey pulak. Biasalah, laki bini kan?

Boleh dia cakap, “Ehh.. bra baru ya? Keras!”

Cehhh...! Cisss...!

Selama ni, bra baru kah punca keras tuh?

wakakakakaka! > bila taip baru rasa nak gelak. Tapi masa dia cakap tu, apa dia dapat?

Saya jelir lidah...! Wekkkkk...!





 ~...sejak SERI BULAN menjadi pendamping setia Mak Utih di Teratak Nyatuh, Pak Utih sudah jarang menurut mengekor hingga ke dapur, dan HISYAM sendiri terpaksa bertapis-tapis ayat dan perbuatan hendak menyakat si buah hati kerana bimbang puntung kayu api menjadi senjata si makcik latah...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails