Saturday, October 19, 2013

Yong Taufu: tak habis-habis nak makan sedap...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
09-10-2013


Walaupun hari ini my off day, tapi saya kena la jugak masuk opis. Tak suka, tapi suka. Tak suka tu sebab patutnya rehat la kat rumah, kan. Tapi suka tu sebab today punya OT rate tinggi compare hari biasa. Heh heh heh...

Sabtuday kat tempat saya ada pasar malam. Saya dah muak sebenarnya sebab benda yang sama jer, tapi antara paberet saya ialah beli Yong Taufu.

Ada 2 stall yang jual Yong Taufu. Kerana dah lama melanggan saya dah boleh beza yang mana satu yang saya lebih gemar.


Lihat sotong kembang yang bergantungan itu. Tu jer dah cukup menggoda saya, walaupun saya tak pernah amik pun sotong tuh...! Chee Ceong Fun tu pun saya tak pernah amik.




Lately, saya suka beli Yong Taufu tanpa direbus sebab saya nak simpan untuk dibawa ke tempat kerja (selalunya pasar malam hari Selasa). So saya akan minta sekali dengan sup rebusan tu dibungkus untuk saya reheat-rebus di tempat kerja. Makan time lunch, adalah sangat best...!



Berbanding 10-15 tahun dulu, Yong Taufu hari ini sangat-sangat variety. Ada banyak bahan tambahan yang sangat sedap. Dulu, mana ada hotdog dan sosej berkeju (Cheese Sausage) tu dalam Yong Taufu. Sekarang ni, itulah yang saya akan make sure dibungkus sekali. Yummy!

Saya snap pic ni minggu lepas, dan brother yang jual tu (dia dah kenal benor dengan saya), hanya sengih. Sporting arrr... Yang penting saya suka sebab gerai Yong Taufu (kedua-dua gerai) tu sangat-sangat bersih!





 ~...antara menu selatan berbanding menu utara SERI BULAN hanya pandai menu Tenggara kerana HISYAM pernah kata, antara menarik air manis dan meneguk air suam dia lebih gemar untuk menimba air di lopak sawah kerana hasilnya jika bukan sepat sekali pun sekurang-kurang si ikan puyu yang tidak kuyu yang boleh di-sambal-tumiskan oleh Mak Utih sambil diganding dengan pulut tanak berulam nyior parut...~




22 comments:

  1. yong tau fu yang sedap nya kuah ia kan? sebab benda lain semua come natural as they are, tapi kuah yang menentukan keseluruhannya sedap.

    dan lagi kalau beli yong tau fu, kena ingat diri. kalau main tunjuk aje, sekali bayar, haa kau terjojol biji mata. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuahnya ada 2 jenis. Yang manis sket, dan yang pedas. Kak Azie suka yang hitam manis tuh.
      Betul, yong taufu ni agak mahal. Kadang tu, sekali beli sampai belas belas RM jugak la. apapun sangat berbaloi.

      Delete
  2. Nampak sotong, teringat pulak dah lama betul tak makan sotong kangkung. Tiba2 rasa teringin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak gemar, sebab tu tak pernah amik pun sotong tu.

      Delete
  3. serius dah lama tak makan yong taufu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat cari di pasar malam. Hampir semua pasar malam ada orang jual Yong Taufu nih.

      Delete
  4. solok cili tu mengancam sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Solok Cili tu tak celur pun takpa. Kalu tahan laa...

      Delete
  5. sedapnya yong tau fu..dah lama x makan..

    ReplyDelete
  6. ehemmm... kak.. saya pon kan suka yong tau foo.... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi peminat ikan, memang sesuai lah. Yong Taufu banyak berasaskan ikan.

      Delete
  7. Azie, my favourite tu.YTF tapi cekup itu ini last2 bila kira RM 30.terkejut saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Kak Inda. Lain kali nak cekup kena kira kira sekali.

      Delete
  8. kalau pilih sotong tu yg jadi mahal. Kalau nak makan sotong puas kadang2 kami beli di Giant dan campurkan dgn yong taufu yg beli di pasar malam ..... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ya ka? Buat lagu tu ya. Bijaknya. Boleh la saya buat camtu jugak lain kali.

      Delete
  9. Assalamualaikum Azie

    jangan sebarang cekop..nanti kira boleh mencecah puluhan ringgit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Saya jarang sampai puluh puluh ringgit. Kalu sampai RM15 tu pun dah jenoh nak makan anak beranak.

      Delete
  10. kadang kala kalau dah tak tau nk beli apa kt pasar tu..inilah yg dicari. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada daging arnab, lagi sedap kan?

      Delete
    2. Kalu ada durian pun sedap gak. Hahahah apa kaitan ntah.

      Delete
  11. Dulu masa mengandungkan dak Kakak, setiap minggu mesti nak makan yong taufu.. bukan nak makan pun, sekadar merasa.. ;)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails