Thursday, October 24, 2013

KayJay oh KayJay....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
24-10-2013


Khairi Jamaluddin, satu nama yang terus menjadi sebutan. Ketua Pemuda UMNO untuk sepenggal lagi. Menang lagi.

Dia memang berwibawa walaupun kebolehan dia baru saja  bermula. Masih dikira baru dalam dunia politik. Belum ada gelaran Dato’ pun lagi. Tapi bagi dia ruang dan peluang. Dia boleh menjadi ahli politik yang cemerlang, jika tidak dikotori dan dicalari dengan unsur negatif. Harap harap tidak.

Kerana, mudanya dia sangat diperlukan. Orang muda selalunya agresif. Berani bertempat. Dan jawatannya sebagai Menteri Belia dan Sukan sangat-sangat dialukan. Malah ramai para remaja yang minat akan dia.

Lupakan sebentar wajah kacak tampannya itu. Dia bukan hanya ada rupa. Dia ada karisma dan kebolehan yang semakin hari semakin dibuktikan. Baru berusia 37 tahun, mungkin mewarisi bakat diplomatik arwah ayahnya seorang diplomat.



Terkini, KJ dikhabarkan berlakun drama pendek untuk Astro (projek filem pendek Suara Hari Wanita Msia). Tawaran tu semasa beliau belum lagi menjadi wakil rakyat. Dan bila filem tu siap, beliau dah jadi YB yang popular, laaaagi la glamer abang KayJay kita nih!

Sebenarnya, negara memang memerlukan orang bijak, berani, agresif seperti KayJay nih.


Anak-anak dara saya kat rumah semua minat dia!


Hidup KayJay!





 ~....SERI BULAN pernah bertanya kepada HISYAM, “adakah kita akan terus berkawan begini sampai ke tua, walaupun we’re not meant to be together?” lalu HISYAM merenung ke dalam matanya sambil membisik; “Nothing gonna change my love for you...”,Mak Utih yang mendengar walaupun tidak mengerti apa, sangat memahami itu antara kata sakti yang sukar dijadikan bukti...~




27 comments:

  1. Saya pun suka dia,,,ahahhaaa,,,

    ReplyDelete
  2. amboi, smpai satu family minat na...

    ReplyDelete
  3. naik mendadak masa zaman pak lah..menantu la kata kan...makin naik nama dia skang ni...

    ReplyDelete
  4. Dalam banyak YB, KJ ni merupakan antara YB dari Barisan Nasional yang masih lagi kempis perutnya. Ahli politik ni biasanya boroi-boroi belaka perutnya. Maklumlah, dah terlampau kenyang. Haha

    ReplyDelete
  5. dulu masa dia mula keluar tv, ada pulak saya boleh ter minat dengan dia? huh. hampeh nya saya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah minat dia lah ya? Dah terlambat sebab anak Pak Lah dah chop dia dulu .... hehehe

      Delete
    2. YB, sekarang dah tak minat dia pun. padahal masa dia baru keluar tv tu dia dah kawen tau. saya tak tahu pulak.

      ala no hal la. kumbang lain pun banyak juga. kan YB kan? nge he he

      Delete
    3. Jangan cari kumbang sebab kumbang ni hanya suka menghisap madu. .... hehe

      Delete
    4. dah tu kalau bunga nak cari apa?

      Delete
  6. KJ ini kahwin dgn anak penakan saya ..... ngeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ayah kpd bapak mertua dia dan abah saya tu Badawi .... hehehe

      Delete
  7. minat juga dengan KJ ni kak...
    tak sangka bole pergi ke tahap ini kan..rezeki KJ

    ReplyDelete
  8. harap ada ramai menteri yg cam kj dalam kabinet...menteri with brain!

    ReplyDelete
  9. moga KJ dpt berkhidmat dgn cemerlang.

    ReplyDelete
  10. Mog a KJ jadi yg terbaik antara yg baik.

    ReplyDelete
  11. Semoga dia jadi pemimpin yg berkaliber....

    ReplyDelete
  12. Kali kedua muka die kt dpn cover maskulin ni....(ye kot?)

    ReplyDelete
  13. hensem, genius, berani, lawak dan......

    ReplyDelete
  14. harap2 tak lah keluar kenyataan kurang cerdik dari mulutnya..spt beberapa org menteri veteran hehe

    ReplyDelete
  15. Boleh kita apply peribahasa " Setandan pisang, tak semuanya busuk" ?
    Harap KJ tak jadi macam pisang pisang busuk lain

    :)

    ReplyDelete
  16. KJ lelaki pertama yang saya mengaku jatuh cinta...
    real2 saya ngaku..
    sebab saya tau takleh dapat dia..
    hahahahahahaha~

    kalo ada lelaki kedua macam KJ..
    saya pasti dialah calon suami saya..
    ngeeeeeee~

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails