Tuesday, October 29, 2013

Kenangan Mengusik Jiwa: “bila la nak pi melawat Kolumpo nih?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
29-10-2013


Masa saya sekolah rendah di kampung, bukan saya tak pernah terfikir pasal KL. Ada. Walaupun jangkauan fikiran saya tu sangat-sangat singkat. Tak leh terjangkau.

Sehinggalah pada akhir tahun Darjah 6, saya join lawatan sekolah pi melawat KL. Wahhh.. berhari-hari punya dok berangan. Lagu mana KL tu? Dok tengok kat tv pun tak berapa jelas nak bayang. Maklum bukan banyak pun rancangan yang tayang suasana KL. Zaman kecik saya masa tu, drama pun (Drama Minggu Ini RTM, TV3 lum wujud) pun dibuat rakaman dalam studio. Masa tu rumah pun dalam studio. Tu yang kadang tengok pintu pun macam ringan sebab depa guna kayu plywood! Jadi bayangan bandar Kolumpo tu sangat susah nak tengok.

Dengan bayaran cuma RM20 saja (tu pun jenoh kecek arwah Ayah), berjaya juga saya join lawatan pi KL. RM20 tu termasuk tambang bas, makan minum dan penginapan. Murah giler, kan? Pegi 2 hari satu malam. Saya ingat lagi, kami menginap di sekolah Maxwell yang kat Sentul tuh. (Masa tu tak tau pun sentul sentul nih...). (dan terjadi la peristiwa seram sebab ada orang kunun jadi hantu masa kami bermalam di situ). Heeeee....!

Melawat tempat yang sekarang saya dah tak heran (malah anak-anak pun tak heran nak pi), e.g. Zoo Negara, Muzium Negara, Tugu Kebangsaan, Templer Park... hmmm lagi apa eh? Lupa dah.. Ada ker lagi budak sekolah mai KL melawat tempat-tempat tuh? Tempat pilihan tentulah KLCC Planetarium, PestaBuku atau tempat yang lebih canggih.

Dan bayaran pun sangat mahal dah sekarang. Rabu ni Alia nak pi lawatan ke Melaka pun kena bayar RM60 untuk bas dan tiket masuk Water Park. Makan kena bawak duit sendiri. Harga kemajuan tu.

Masa sekolah menengah saya aktif dalam persatuan dan selalu jadi Setiausaha (sampai ke tua, itulah jawatan yang saya selalu sangkut) dan pernah uruskan beberapa lawatan sekolah.

Tayang-tayang:


Makanan paling sedap kala hujan. Atau kala berpergian ke mana-mana especially kalu bercuti ke negara orang. Kan? Kan?





 ~...memang angin terasa kuat menolak awan gemawan dan sangat berharap pula HISYAM akan ada suara berbisik mengganti surat di bawah tempurung, kerana sejak musim tengkujuh tiang ampaian terasa reput, tempurung sentiasa basah lalu surat terasa kembang seperti biskut kapal tercampak ke kole teh tarik buatan SERI BULAN yang kadang manis kadang hambar dan Mak Utih perasan tiada siapa menjengah tiang ampaian sejak hujan merembas datang...~




17 comments:

  1. Megi tu bawak bekal gi opis ke Kak Azie?

    Sekarang pi lawatan kena sedia duit banyak2 masuk sana-sini semua kena bayar dan mahal pulak tu.

    ReplyDelete
  2. budak tadika pergi lawatan pun mahal sekarang.....kalau dulu banyak tempat kita bole pergi dengan 20 hinggit....

    sedapnya makan maggi time ni....

    ReplyDelete
  3. sy org penang, sekolah kat perlis n join rombongan lawatan ke penang. BLH? heheheheheeee...

    ReplyDelete
  4. kali pertama pegi Kolumpo mak n abah bawak berjalan masa umur 6 tahun (1990). X pernah ikot rombongan sekolah (chewahh). Masa tu abah n mak bwk pegi Muzium Negara. Masuk la dlm melawat. Pastu pegi bangunan Parlimen, tgk tempat ahli2 parlimen bersidang. Masa tu Parlimen x open utk lawatan orang awam,tp atas budi bicara guard Parlimen, terusla dpt jenjalan dlm Parlimen. Tapi dihadkan la tempat mana bole melawat, mana tak bole. Seronok sgt, tu la memori masa kecik saya.

    ReplyDelete
  5. Saya kalau demam...maggi jer yang berselera nak makan.
    Tak sangka yer kak, dulu membayangkan KL, finally tinggal di KL. hehehe

    ReplyDelete
  6. Untung juga Azie dapat pergi masa sekolah rendah. Kakak pergi dah sekolah menengah itu pun sebab kakak kan dapat biasiswa Dato' Onn (sekarang mana ada lagi). Tengok bukit Cerakah yg konon ada snow tu hihi... yg belakang ada Negara-Negara banyak juga pergi. Mandi subuh kat masjid Negara malunya kalau ingat...

    Maggi makanan masa kita belajar - tapi budak sekarang pun sama. Balik kuliah makan maggi:)

    ReplyDelete
  7. sangat berbeza dulu dan sekarang.. akan datang tak tau camane lagi kan kak..?
    dengan peningkatan kos sara hidup, harga barang naik.. huhuhu...

    ReplyDelete
  8. Sangat klasik kan, dulu dulu kalau " gi Kolumpo" tu, wahhhhh..sangat gah! hahahaha
    Tapi kak azie punya rombongan, siap tidur ya? Bukan balik hari? Saya tak pernah gi rombongan sekolah...mak ayah saya tak berapa berkenan...so mereka lebih prefer bawak kami jalan2...

    Saya dah boleh agak..melihat karekter dan peramahnya akak...Mesti sejak zaman sekolah akak jenis aktif berpersatuan! Haha

    ReplyDelete
  9. sekolah kami dulu takdak rombongan mahupun lawatan ke kolumpo..yang ada melawat muzium negeri pulau pinang..haha. macam lawak pulak. tapi dek kerana aktif berpersatuan..pantang ada program luar kawasan..tak kisah la kena berkhemah, berforum, berpidato, bertanding..mesti nak join. Dasar kaki berjalan!

    ReplyDelete
  10. Masa saya darjah 6., pi lawatan kelantan terengganu..he he...best terkenang zaman dulu2..

    ReplyDelete
  11. skrg ni budak kecik buat lawatan gi legoland, mahal!

    ReplyDelete
  12. rasanya pertama kali pi kl ni masa akak saya nak grade kat upm . saya n akak pi dulu sbb akak nak amik baju konvonya . maka , akak saya bawa lah saya pi ukur kl tu dgn tumit tinggi ...

    ReplyDelete
  13. saya suka megi asam laksa..
    hehehe..

    antara lawatan sekolah darjah 6 dulu naik keretapi turun kat taiping..
    ronda2 pusing taiping dengan bas sewa..
    balik kedah naik keretapi semula..
    toilet keretapi x best langsung!

    ReplyDelete
  14. azie.megi tu letak kopok goreng lagi sedapp..try la
    bab rombongan ni..uni anak knah buat camp g pangkor...rm250 lebih satu kepala..die pula lumut tu tempat main2 die..huhu..

    ReplyDelete
  15. dulu nk ngecek pegi pasar malam pon lom tentu dpt.. apatah lg pegik rombongan skolah #nanges

    ReplyDelete
  16. kak, Maggi tu makan sekali masak ke?

    Gi KL? Jangan kan masa rombongan sekolah, sampai laa ni pun saya tak pernah pergi KL.

    Hahahahaha.

    ReplyDelete
  17. teringat masa saya darjah 6 buat lawatan ke KL...pergi Zoo negara, Tasik Titiwangsa & Mimaland yang dah tutup tu....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails