السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
02-12-2013
Dah Disember dah pun. Buat pertama kalinya, saya tak sempat langsung nak buat header baru. Biasanya, saya buat header extra, dan setiap header baru akan digunakan untuk 2 bulan. Dan sebelum masuk bulan baru saya dah tukar. Tapi kali ini langsung tak sempat.
Apa yang saya sibukkan? Ntah. Kerja dah tentu lah. Ekoran dari rutin kerja yang mengambil masa yang panjang, lalu hujung minggu menjadi hari-hari yang sibuk untuk cover beberapa agenda terutama agenda keluarga. Nak buat aktiviti pun tunggu hujung minggu, yang kadang-kadang tolak masa pegi pasar, siang ikan ayam dan masak, dah ambil masa sekerat hari. Then letih...!
Hajat nak menyambung manuskrip yang tertangguh sekian lama... hmmm tunggu tahun depan lagi la nampaknya. Tu pun belum tentu.
Oh ya. Saya pernah sebut, ada beberapa orang dalam department saya yang tidak bercakap sesama depa. Since hari pertama lagi, saya dah diberitahu akan keadaan itu.
Last Sabtuday, ada kes baru berlaku. Depan mata saya. Dalam surau.
3 orang dari department saya (ini termasuk saya) dan 2 orang anak dara dari Lantai Satu. Borak kuat dalam surau bergurau dengan kakak Jay. So, Kakak Zek tegur dengan kuat, “Perlahan la sikit, orang nak solat nih!”
So anak dara dan Kakak Jay bercakap perlahan macam bisik-bisik. Lepas solat dan saya pun dah nak beredar juga, tiba-tiba Kakak Zek tembak lagi, “Masih borak lagi? Bila nak solat tu?”
So depa yang kena tembak terpinga lalu tanya saya, “Apa hal dia tuh?” Saya geleng. Malas campur.
“Dia ingat kita mengumpat dia ker? Kita orang borak hal kami jer.” Ahhh kenapa la saya harus dilibatkan? Saya saksi jer.
“Anggap la itu kelemahan dia.” Saya jawab lalu blah.
Bila Kakak Jay kuar dari surau dia terus serang Kakak Zek. “Apa masalah kau tadi? Cara tone kau tegur tu salah.”
Wahhh selepas itu ada beberapa baris ayat depa berbalah. Hahahah saya buat-buat tak dengar, sedangkan saya lah satu-satunya orang di situ yang jadi saksi tadi. I better shut my mouth.
Dalam hati dok kata, masing-masing ada salah sendiri. Tapi yang tak best, masing-masing dah berumur. Dalam erti kata, antara staf-staf yang senior di situ. Buat malu kat anak-anak saja!
Then, sorang dua mula himpit saya tanya apa kes, merisik cerita macam Joyah kepoh. Tapi saya geleng malas terlibat. Nanti, diaorang takda apa-apa, saya yang kena laser nanti!
Moral: jangan ikut kata hati nak tembak orang, takut orang tu lagi kebal dari kita, pastu kita kena tembak lagi teruk. Boleh tahan ker?
Tayang-tayang:
Kisah hari Jumaat. Kami order Domino’s Pizza. Tapi saya order Spagheti. Yang pada saya, sedap lagi saya masak!
~...hujan lebat lalu memberikan bimbang di hati ramai warga Kampung Separuh Desa, kerana di hilir air sungai sudah melimpah parah, majlis berinai nampak basah lembab dan suara orang berzanji bercampur irama air di bumbung zink, SERI BULAN terus teringat pernah suatu ketika dalam hujan dia terkepung berteman HISYAM dalam bangsal menunggu durian dan ketika itu hanya mata berbicara kerana tiada siapa berani meredah basah...~