Friday, November 22, 2013

Jumaat yang indah jangan dicemari rasa marah....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
22-11-2013


Hidup jangan banyak komplen sangat. Jangan banyak merungut, sebab ada orang memang tabiat suka merungut. Lemas!

Untungnya kita yang jadi blogger ni (or sekurang-kurang berjinak dengan media sosial) boleh juga luah perasaan terkilan secara terus or secara tersirat dengan cara menaip.

Di tempat keja saya, hampir setiap minggu kami terlibat dengan briefing or taklimat berkaitan kerja. Saya melihat ini sebagai perbincangan yang baik walaupun ada ketikanya tak berkaitan dengan projek saya. Tapi tadah telinga juga la. Taklimat biasanya berlangsung paling lama pun 15 minit saja.

Yang lemas, soksek belakang. Bab ni, kita pegi la balik langit ke tujuh pun pasti ada. Jenis orang yang suka merungut dan soksek belakang. Kalu tak puas hati kenapa tak cakap depan? Dan bagi orang jenis camni juga, bila orang yang berani cakap berdepan, depa dok anggap kita ni melawan, berlagak dan kunun bodek. Payah berdepan dengan orang yang narrow minded nih!

Saya lihat, orang camni orang yang lupa nak bersyukur. Lupa yang dia ada kerja yang baik, tapi berapa ramai kat luar sana, ada degree pun susah nak dapat kerja. Kadang tu, kerja juga tapi tak setimpal dengan ijazah yang disandang.

Lupa nak bersyukur, rezeki tu tetap ada. Lupa nak bersyukur yang kerja dia tu adalah tanggungjawab dan amanah.

Peringatan lebih kepada diri sendiri.

******

Tayang-tayang:


Sarapan saya pagi tadi. Pau Inti Nyior yang lemak manis, dan Kuih Koci Labu. Ko ader? Heheheh!

Yeahhh entri ini sepatutnya publish pagi tadi. Tapi... belasah jer lah!




 ~...atas rasa bersalah dan sedar diri SERI BULAN tidak pernah akan lupa akan segala senda gurau dan sakat manja sepanjang Mak Utih menjadi penjaga paling setia dan Pak Utih yang tiba-tiba berubah menjadi paling manja, tetapi HISYAM yang sentiasa menjadi paling maskulin menjaga dan melindungi, semuanya menjadi anugerah dan anganan malam yang sukar dilupakan...~




10 comments:

  1. Salam kak...chot datang nak mengendeng kueh pau bole? :p
    opis sy ade jugak spesis semua benda tak kena. itu komplen, ini komplen..asik potpet je..ntah idak paham jugak ape benda yg xpuas hati sgt..sikit2 merungut..dah semua benda xkena..lempang tau la.haha.
    Sabar je..tak pun buat tuli.hehe


    ReplyDelete
  2. setelah pergi nya 2 orang kat ofis saya dari spesis yang sama..maka amanlah suasana ofis ni buat sementara waktu. cakap2 belakang memang merimaskan, buat tak endah sudah.

    bak sikit koci labu tu...

    ReplyDelete
  3. saya nak kuih koci tuh..
    juga kuih pau..

    juga setuju entry akak..
    erti kata..
    cakap depan2..
    bersyukurlah :)

    ReplyDelete
  4. mengingatkan saya semasa bekerja dulu.macam macam kerenah manusia.Menjadi ahli biasa ,AJK hingga pengerusi semua jadi.Setiap kerusi yg kita duduk ada peranan masing masing.Yg penting kerjasama...mcm wonderpet..

    ReplyDelete
  5. Tersentap sekejap... rupanya mana mana pun sama!

    ReplyDelete
  6. Murni dengan Ira, tak yah la ngendeng kuih Kak Azie. berapa ketul tu aje yang ada. tak cukup bekal sampai ke petang nanti. kesian Kak Azie. nanti dia lapar. you guys absolutely don't want to see her when she's hungry!



    kak, tu ada macam ayat kipas atau bodek tak kak? hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodek la tahap langit petala tujuh pun. Sori la nak kongsi pau! hahahaha

      Delete
  7. Tetiba insaf...lama dah dok goyang kaki hari ini dapat sebeban drawing yg perlu di siapkan.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails