Friday, November 15, 2013

Potong barisan tunggu teksi: “Heii orang Malaysia semua pandai beratur tau...!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
15-11-2013


Situasi 1:
Seorang mak orang dengan anak dua orang. Baru kuar dari JJ. Tunggu teksi di taxi stand. Yup memang ada taxi stand di situ. Masuk barisan di belakang seorang lelaki yang juga bawa isteri dan sorang anak.

Giliran si emak tu pun sampai. Teksi sampai dan turunkan penumpang. Tetiba seorang pompuan dan dua orang kawan (I can say, pompuan tu agak berumur (of course la matang, kan?) muncul dari belakang dan terus memintas dan membuka pintu teksi.

Si emak ni menjerit, Eh itu teksi saya lah! Beraturlah kalu nak teksi.

Si pemandu teksi kemudian membenarkan si emak tu dengan anak-anak tu masuk.

Si emak tu, (kerana dek penat dan nak cepat), sempat menembak sebaris: Awak bukan orang Malaysia, kan? Sebab tu la tak pandai beratur!

Situasi 2:
Saya memang selalu tunggu teksi di LRT Ampang, bila balik kerja ketika tidak dapat dijemput MyToklaki. Jarak untuk ke rumah, hanya kira-kira RM5.00 saja so agak berbaloi untuk naik teksi berbanding LRT.

Di hadapan LRT Ampang, memang tiada taxi stand yang formal kerana banyak projek baik pulih dan membina tempat letak kereta baru. Lalu di hadapan stesen bas, juga menjadi taxi stand. Dan secara tak rasmi, bagi orang awam yang biasa di situ, sudah faham taxi stand sementara itu dan memang ada barisan yang dibina secara automatic oleh mereka.

Saya pun masuk barisan sepertimana orang lain juga. Dan petang itu, agak kurang bernasib baik agaknya, giliran teksi saya juga cuba dirampas orang. Pompuan plak tu. Mujur pemandu teksi terbabit bertimbang rasa dan menunjuk saua adalah penmpang yang berhak naik dulu.

And again, sempat juga la saya tembak, Puan, saya orang Malaysia. Orang Malaysia semua pandai beratur!

Tayang-tayang:


Bekal saya hari apa ntah. Bawal Masam Manis. Yang menjadi kesukaan saya ialah, ada nenas. Hanya RM1.60 jer sebiji di Pasar Pudu.





 ~...belum pernah terjadi sejarah di bawah bumbung Teratak Nyatuh, Pak Utih merasa begitu marah, selain dituduh cuba menjadi batu api dalam jalinan kasih sayang antara Mak Utih dan HISYAM, the teruna pujaan kampung, dan kemudian dia menjadi semakin berang apabila difitnah-lelah cuba mengorat SERI BULAN yang dilihat bagai anak sendiri...~




24 comments:

  1. Hahhaaaa...nanti kalau naik teksi saya nak pinjam ayat Kak Azie jugaklah.

    Saya dah lama tak naik teksi. Ramai org yang berperangai spt itu seolah tak reti bahasa sedanfkan dia boleh sahaja melihat org sedang berbaris.

    ReplyDelete
  2. saya lemah kpd org yg 'tua' yg seolah minta simpati diberikan laluan memotong barisan.....kalau bukan Malaysian pon seharusnay ada perasan semcam tu gak kan.

    ReplyDelete
  3. yg tu kes tunggu teksi..yg slalu sy hadapi d atas jln raya org suka potong Q..jump Q..hari2 hadap driver mcm ni...

    ReplyDelete
  4. Kakcik lagi 'segan' kalau ada Mat/Minah Saleh beratur sama dan kita berebut2...

    Pedulikan Indon, Myanmar, Filifina mahupun Bangla...mereka ingat Malaysia ini mereka punya!

    ReplyDelete
  5. geramnya ada orang potong barisan....kita penat beratur suka hati nak terus naik teksi...
    lainlah kalau betul-betul sakit...kan kak

    suka ayat akak tuh....

    ReplyDelete
  6. haah, tu psl potong barisan, yg dlm lrt, kesian tgk pompuan pregnant berdiri tp mat bangla wat dek je duduk, nk je sepak mat bangla yg xberperikemanusiaan tu....

    ReplyDelete
  7. saya pun tak berapa suka orang potong queue ni
    tapi saya tengok keadaan
    dan kalau orang tu tak biadap
    saya seorang yang bertolak ansur, tapi tidak pada kebiadapan

    ReplyDelete
  8. SMTI-Orang Malaysia semua pandai beratur, bangsa Pendatang keturunan gansgter Lombong perak je yang suka berebut. Nak masuk kapalterbang, keluar kapalterbang pun nak berebut. Buat Malu je.

    ReplyDelete
  9. semua nak kena sign "utk teksi, sila beratur disini..." utk bas sila buat line kat sana.."

    susah juga bila ada sorang dua yg tak reti...

    ReplyDelete
  10. ramai org suka potong que.. bukan takat teksi jer.. hampeh

    ReplyDelete
  11. pemandu teksi boleh jadi hakim, bagus.

    ReplyDelete
  12. ha kan dah kena tembak!sesuka hati je nak potong q orang

    ReplyDelete
  13. Teksi, bas, beli nasi, beli tiket bola : Semua situasi memang ramai yang lupa mereka adalah orang Malaysia.

    ReplyDelete
  14. Org yg nak potong line tu balas balik tak?

    ReplyDelete
  15. Kes pertama tu driver teksinya tak alert
    Kes kedua driver teksi yg pandai
    Kesimpulan - tempat kita masih banyak kes begini.

    ReplyDelete
  16. Semua org nak cepat....so kena lah bersabar, ikut turn lah kan kak.... kalau sy pun hangin. hehehe

    ReplyDelete
  17. blh wat tagline tu ... menyelerakan jer bekal tuh .

    ReplyDelete
  18. Salam AA,

    Anecdote semasa mahu pulang ke-tanahair pada tahun lepas, kejadian "parah" ini berlaku di-Amsterdam Airport Schiphol...
    semasa itu kak Ratna & suami sedang meletakkan hand/self-baggage sebelum masuk kedalam bilik menunggu dan tetiba seorang penumpang perempuan terus memotong dengan ganasnya menghempas hand/self baggage-nya didepan suami dengan termengah-mengah lagaknya, dimasa waktu yang sama suami dan kak Ratna terlopong "blank mind" buat sementara karena ter...amat sesangat terkejut dengan sikap zero "civic manners" nya perempuan tersebut ! untuk mengindah cantikkan lagi kejadian dan suasana, terus mr security officer bersuara dengan suaranya yang garau bergema tinggi namun tegas menyuruh perempuan tersebut pusing kebelakang mengikut barisan queue yang sepatutnya dan angkut kembali hand/self baggage dan h-bag nya karena beliau tidak akan melayan keatas seseorang yang tidak bersopan lagi kasar dan rakus lagaknya sambil mr security officer mengangkat kedua tangannya terus diletakkan dibelakang tubuhnya petanda tidak mahu melayan perempuan tersebut... dengan suara yang terputus-putus (yang hairannya perempuan itu tidak lansong memandang kearah kami berdua walhal disebelahnya sahaja) mencuba mengesahkan bahawa takut tertinggal dek pesawat karena datang dari negara Iceland via connecting flights yang rumit maka itu katanya lagi terus berlari karena sangkanya waktu "boarding" hampir tamat, lantas mr security menjawab "gimana pun pesawat akan tunggu karena barisan queue masih panjang dan nama setiap penumpang sudah tertera jadinya walaupun terlewat akan dipanggil nama juga nanti dan sekarang cik puan boleh berundur kebarisan yang sebenarnya"... sementara itu juga suami kak Ratna sudah berasap sambil berleteran didalam bahasanya dek ketidak sopanan perempuan tersebut...bertambah terkejut dengan sikap perempuan tersebut tatkala pergi pusing kebelakang sebegitu tanpa meminta MAAF !!! Mr security officer memohon kemaafan dari kami berdua karena kesulitan tersebut yang telah memakan masa...
    Ironinya perempuan tersebut berasal dari Indonesia berbangsa cina karena terdengar sedang bercakap dengan seorang penumpang dari Indonesia... iya yang benar.. ! bikin malu menjadi orang Asia kok "civic manners" nya sehingga sekarang kok mundur...

    Begitu lah AA, dari menunggu apa sahaja tatkala menanti giliran memasing yang tercegat beratur berejam lamanya kok senang senang dengan selambanya dirampas sebegitu sahaja dan malangnya masih terdapat ramai yang tidak menghiraukan tata tertib dan susila ketika diluar/public spaces, dengan berperangai sedemikian bukan sahaja boleh menimbulkan masa'alah kepada kedua pehak juga samasekali menjadikan simangsa bertindak sama serupa yaitu lansong ter...kurang ajar bagi membalas keatas perbuatan yang hodoh itu, iya... ada yang penyabar akan membalas/menegur dengan sehemahnya dan ada juga kurang kesabarannya, nah disemburkan dengan kata-kata seperti drama berat...
    maka itu dari kecil anak-anak semua mesti dididik supaya menghormati sesama manusia semoga nanti akan membesar dengan sehat akhlaqnya yang tidak mementingkan diri sendiri dari situ tidaklah nanti akan menjadi seorang yang tidak tahu artikata " a civilised human being" !

    Salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh saya sangat suka dengan perkongsian pendapat dan pengalaman Kak Ratna. Terimakasih banyak Kak!

      Simpan rasa rindu salam manis di hati....

      Delete
    2. saya banyak kali terbaca kisah seumpama Kak Ratna ini di dalam notalwaysright.com dan biasanya security guard itu lah yang akan memohon maaf bagi pihak si pelaku-kurang-ajar itu kepada mangsa, sedangkan si pelaku-kurang-ajar itu langsung tidak terkesan dek perilakunya.

      Delete
  19. salam. sy cukup bengang kat pemandu kereta yg potong barisan. mcm dia je yg nak cpt!

    ReplyDelete
  20. Lum pernah jd kst teman lg.. sebab jarang naik teksi.. tp biasa tgk org main cilok2 teksi ni.. hihihihi..

    Situasi teman lak semalam.. masa nak isi minyak keta, teman sepatutnya dapat dulu pump yg depan tu, tapi tiba2 ada motor dgn selumber potong teman n terus berenti situ, geramnyaa.. teman yg cop dulu pump tu.. tpksa mgalah sebab diorg lelaki..mls nk gaduh

    ReplyDelete
  21. Saya tertanya-tanya juga, apa lauk yang akak bawa tu? first thought acar nenas, next tomyam, next lagi paprik.

    bila akak cakap bawal, baru saya perasan ada ikan dalam tu. hahahaha. kero ro betul mata gue ni. huhu

    ReplyDelete
  22. wak tenokk acar pedas tu pon sodapp..,ehHHee

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails