Monday, November 25, 2013

Pi majlis kenduri pakai seliper Jopun, ada ker yang nak tengok?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
25-11-2013

Secara kebetulan, 23hb Nov (yakni Sabtu lepas) saya dan seorang kawan sekerja menerima jemputan walimatulurus dari orang yang sama. Iaitu kawan lama kami masa kerja di company lama (2 company berbeza la masa tu).

Mak pengantin ni menjadi rakan sekerja saya selama kira-kira 3-4 tahun masa ofis di Jalan Imbi dulu. Sebelum itu bekerja di company lain di area Stadium Negara sana.

2 company, lalu 2 orang rakan sekerja. Kerana dia hanya ada sorang saja anak, kami rasa amat wajar kami memenuhi jemputannya. Di Pantai Hillpark, dekat Kerinci. Lalu lepas kerja, kami terus ke dewan majlis.

Hmmm... nak citer la jugak. Sejak bulan posa lalu sehingga hari ini, saya sebenarnya ada masalah sakit ankle. Walaupun dah tak berapa sakit berbanding dulu, tapi secara totalnya, saya langsung tak boleh pakai heels melainkan sandal saja.

But, majlis kenduri ritu, saya pun tingin nak pakai heels saya yang banyak tersimpan dalam kotak. Tapi apa yang jadi?


Entah sejak bila kasut merah saya ni makan diri sendiri. Bila sampai jer opis, talinya tercabut. Hmmm... tiada pilihan. Seliper ungu tu la yang menjadi penyelamat. (Kemudian saat akhir, sandal seorang kawan sekerja yang saya pinjam)


Saya juga berjumpa beberapa orang rakan sekerja dulu yang kini masing-masing sudah berkeluarga. Antara mereka juga adalah beberapa orang bekas pelajar saya. Yeaa... dulu saya pernah menjadi tenaga pengajar di tempat kerja. Membuka kelas selama 3 bulan mengajar junior belajar software dari zero sehingga pandai buat layout. Kemudian pula mengendalikan kelas In-Design kepada beberapa orang senior. Mak pengantin ni juga dulu merupakan salah seorang pelajar saya.

Dan ya betul, tiada siapa pun peduli kasut apa yang kita pakai. Mata orang biasanya lebih tertumpu kepada majlis, or tudung tetamu (hahahaa!)... dan juga menu yang tersedia.

Melihat beberapa orang rakan sebaya lepas sorang sorang menerima menantu, saya pula yang jadi cemas. Huh...!




 ~...laman Teratak Nyatuh memang sentiasa luas, tetapi terasa sempit pula bila tiba musim hujan kerana becaknya sentiasa memberi resah pada HISYAM dan SERI BULAN yang cemas dek tempias gerimis di balik kain tutup tingkap yang sering tersingkap, namun apabila melihat HISYAM berdiri di situ menanti kata salam disambut, tiada yang lebih bahagia melihat mata tenang itu tidak pernah menjemukan memandang ke atas menunggu SERI BULAN pula yang tegak dengan senyuman paling nyaman...~




20 comments:

  1. Btul la kak..orng jrang pndang bwah....slalu pndanb bju or tdung....hihihi....

    ReplyDelete
  2. Sbb byk sgt muka2 yg nk ditegur disapa kot..tak ketara sangat..hehe

    ReplyDelete
  3. sandal pun santikkan... so ok jer.. :D

    ReplyDelete
  4. Sangat jarang jadi perhatian sebenarnya kalau bukan dari kalangan yang terdekat dengan pengantin.. tapi akan jadi perhatian kalau naik atas pelamin 'renji-renjis' pengantin.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. saya pun kerap juga pakai selipar pergi ke majlis kahwin
    kadang-kadang pakai sandal
    jarang-jarang pula pakai heels, eh jab, sebenarnya saya
    langsung tak ada heels =)

    ReplyDelete
  6. Saya pernah beberapa tahun lepas. Pergi majlis kenduri kahwin senior di asrama. lepas kenduri terus pergi kelas di seksyen 17. masa nak keluar kereta tu, kaki rasa macam ringan aje. sekali tengok tali kasut dah putus. secara kebetulan ada kasut extra, nak tak nak sarung aje la.

    berbaju kurung, ber back pack dan ber sport shoes. perkara biasa la kan?

    ReplyDelete
  7. assalam AA
    Jangan cemas...kita enjoy dulu, okay?

    Psst..kasut kalau lama tak dipakai, cam tulah dia. Jaaaa-at!

    ReplyDelete
  8. ni cam buat eksperimen je. Jadi kesimpulannye... org tak tengok pon kaki kita.. xyah la nak beli kasut memahal. hihi

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Azie

    kalau tengok kan baju...tak sangka pakai selipar jer... he he

    ReplyDelete
  10. As-salam Kak Azie..

    orangnya dah cukup vogue.. pakai selipar pun mmg takde siapa yg perasan..

    ReplyDelete
  11. kak, sy pakai selipar jepun pegi majlis best friend sy, kenduri di rumah, buakn dewan, so amat la sesuai kan... lagipun duduk lepak lama2 dlm bilik pengantin....sekali.... hilang!
    hahahahahhaa.. kereta lak guna kereta adik, dan dia baru cuci kereta, abis dikeluarkan semua kasut2 spare y ada... nak x nak, adik n mak masuk ke kereta n adik patah balik bawak kasut mak untuk sy. OTW balik, ada hati nk singgah tgk pameran okid, lupa diri kejap...
    Kenangan betul! :D

    ReplyDelete
  12. yang penting tudung tu lip lap....anak dah kian dewasa...tak lama lagi nak terima menantu ....hihi

    ReplyDelete
  13. Bapa pengantin tu rasa macam nak kenal jew.

    Aina semua kasut bertumit dah masuk muzium...

    ReplyDelete
  14. Tak lama lagi, giliran Azie la pulak terima menantu... :)

    ReplyDelete
  15. Saya selalu macam tu. Ada kasut atau beg yang mahal sikit, bukan main sayang lagi nak pakai. Bila nak pakai, sama ada dah rosak, atau dah hilang macam handbag saya....uwaaa!!

    ReplyDelete
  16. Tak kisah lah kak selipar tu, yang penting baju dan tudung grand. heheheh

    ReplyDelete
  17. Biasanya yang suka pandang ke bawah tu.... orang yang suka pandang dari atas terus ke bawah, yang menyebabkan orang yang dipandang tak rasa sedap hati, jadi sopannya... pandang atas ajelah he heheheh.... selamat selipar kopun kat bawah tu.

    ReplyDelete
  18. Kak Azieazah, sy pun ada masalah yg sama dgn Kak Azah.. sy tak ingat apa punca tapi mmg ankle sy sgt sakit. Nak berjalan pun terhencot2 lebih2 lagi klu lepas duduk lama atau masa nak naik tangga. lagi malang office sy kat tgkat 4 (takde lift). Sayang high heel baru beli bln 6 cuma pakai dua kali, takut nak pakai lagi

    ooo, kalu tetamu lagi suka pandang tudung nmpknya lepas ni kena fokus beli tudunglah yek, hahaha

    ReplyDelete
  19. Kalau makchaq memang tak perasan la orang tu pakai apa kat kenduri... mata tengok nasik ja... he he..
    Makchaq pun sedih jugak belum ada menantu... makchaq dulu kawin cepat.. budak2 ni semua relaks... ja.. macam tak kisah nak kawin..

    ReplyDelete
  20. selalunya yang kita akan nampak tu sebelah atas dulu . org jarang pandang bawah ...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails