Monday, November 18, 2013

Program pertama cuti sekolah: 2 hari tanpa anak...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
18-11-2013


Aduhai sibuknya saya. Nak buat draf untuk tukar header bagi bulan Disember pun tak sempat.

Sabtuday lalu, wpun hari bekerja dan balik seawal jam 3:00 pm, tapi mood nak berjalan sebagai agenda "hari untuk diri sendiri" tidak terlaksana. Sebab 2 orang anak kecik kat rumah akan berada di kem cuti sekolah. Lalu dengan sendirinya, hati tak berapa seronok. Ingat nak balik rumah jer.


Surau taman saya, menganjurkan Kem Anak Muslim dan MyToklaki daftarkan Alia dan Chak. Lalu pagi Sabtu, depa masuk daftar seawal jam 8:00 pagi. Program 2 hari 1 malam. Tidur di surau.


Petang tu, saya ikut MyToklaki pegi ke surau melihat bebudak. Ramai juga yang join kem ni wpun pada awalnya depa jangka tak ramai dan ianya terhad kepada 50 orang saja. Tapi yang saya kira, nampak lebih dari 50 orang budak.

Ini gambar semasa depa makan malam (seawal jam 6:30 petang), dan kemudian kami bersolat Maghrib berjemaah.


Satu dulang, berkongsi makan 4 orang. Ada la sebabnya bebudak ni diberi makan cara begini. Tentulah ustaz dan ustazah yang menjadi tenaga pengajar (secara percuma plak tuh) ada menerangkan tujuan makan berkongsi sebegitu.


Masa mula nak hantar CHAK, dia muncung. Sebab dia macam takut kena tidur kat surau. Mujur Alia ada, so dia ok la sket. Masa saya datang jenguk dia, boleh plak dia cakap, 'Kenapa mak datang? Kenapa mak nak duk sini lama-lama?' Amboiii... dah ada kawan, eksyen plak dia...!

Alia dillantik menjadi ketua grup bebudak pompuan, sebab dia paling besar (paling tinggi sebenarnya) di situ.

Ada banyak pengisian program sepanjang 2 hari di situ. Saya kagum dengan usaha sebgini. Ianya merupakan program kali pertama pernah diadakan. Memandangkan sambutan ini, saya harap program ini akan berterusan lagi di tahun mendatang. Cuma kos selalu menjadi isu. Semurah RM30 sekepala ianya sangat berbaloi.


Berjaya dalam akademik tetap memberikan laluan mudah untuk berjaya mencipta karier or memulakan kehidupan masa depan dengan lebih baik.

Tetapi jika akademik tidak selancar dan berjaya seperti orang lain, usah merasa kecewa kerana kehidupan itu sendiri ada banyak laluan yang boleh menjadi pilihan.

Sebagai ibubapa, tanggungjawab kita harus dilaksanakan sebaik mungkin walaupun ada ketika kita merasa sangat sedih dan sakit menghadapi cabaran itu. Tapi... untuk membina semangat sendiri, hidup harus diteruskan.





 ~...bila tiba musim muram durja dan HISYAM sudah jarang melintas laman Teratak Nyatuh, SERI BULAN juga sudah malas hendak menukar kain tutup tingkap meski sudah kusam dan ditegur berkali oleh Mak Utih dengan muka masam lalu Pak Utih terasa hendak menyebut tentang rindu yang tak perlu dan kasih yang masih serta sayang jangan dibiar melayang...~




20 comments:

  1. Bgus program cuti sekolah cmni....
    K.azie duk area pndan jaya ke...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan area lagi. Memang dok Pandan Jaya sejak zaman anak dara lagi. Kahwin dan bermastautin terus di situ. Ngaper eh?

      Delete
  2. memula je.. lepas tu bila dah jumpa kengkawan.. tak ingat kat kita dah.. ;)

    ReplyDelete
  3. Bagus kalau sebahagian masa cuti anak2 kita diisi dgn program spt ini. Di surau kami pun ada program mcm ni

    ReplyDelete
  4. lama dah saya tak makan dalam dulang. Seronok kalau makan dalam dulang ni sebab melahirkan sifat mendahulukan org lain. Lauk yang ada kita kongsi bersama dan kita bagi kpd kawan2 kita dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa kecil jiran-jiran memang selalu buat 'bancaan' (entah betul ntah tidak perkataan tu) maksudnya kenduri panggil orang terutamanya budak-budak datang rumah makan. setiap kali akan makan macam tu, dalam dulang. satu dulang kongsi 4 atau 5 orang dan lauk utama yang mesti ada mesti kerabu.

      Delete
  5. Dulu2 ada tapi tak banyak program2 macam ni.... Alhamdulillah la ni kesedaran agama makin tinggi..

    ReplyDelete
  6. Buat kem macam ni..memang betul2 menjana wang tauuu..:)

    ReplyDelete
  7. bagusnya ada program macam ni
    anak saya kecil lagi
    kalau tak saya pun anak suruh masuk juga
    masa majlis graduasi anak saya, ada seorang
    ustaz ni cakap ibubapa zaman sekarang banyak cabarannya
    kena banyak bagi didikan agama

    ReplyDelete
  8. Bagus jugak Kak Azie ada kem2 cam gini, masa terluang di isi dengan ilmu. Mengejar dunia akhirat paling penting.

    ReplyDelete
  9. RM30 2 hari 1 malam kira okay la tu. lagi² kawasan bandar, kalau kampung memang bising sket la.

    ReplyDelete
  10. lama dah tak makan dalam dulang.. bagus prgm camni utk isi masa cuti anak-anak ni..

    ReplyDelete
  11. Seronoknya mkn dlm dulang mcm tu. Teringat ms kenduri arwah atok dulu. Tradisi masyarakat Jawa, makan nasi ambeng dlm dulang. Lbh berselera dr biasa.

    Sy pun ada byk plan utk Aydin walau tadika pun belum masuk g. Hehehehe...sonok tgk prgram berunsurkan islamik mcm ni...

    ReplyDelete
  12. bagusnya usaha yang semacam ni.

    ReplyDelete
  13. dulu takot kalo skolah wat program camni.. nak elak sbb dengo kena wat qiyamulail hukkk

    ReplyDelete
  14. anak remaja sekarang perlu didedahkan dengan program sebegitu . Kalau kenduri kat kg mesti mkn kat dulang ... berkongsi rezeki .

    ReplyDelete
  15. Bagus sekarang ni komuniti makin menghampiri masjid, banyak xtvt dari anak-anak, dewasa dan org tua semua mengejar ke arah itu, ahamdulillah..

    ReplyDelete
  16. bestnya kalau aktiviti ada kat taman saya, sure banyak aktiviti untuk anak-anak kita.....

    ReplyDelete
  17. Dulu2 saya sekolah makan macam ni. 4-5 orang. Ada sikit garam kat tepi.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails