Saturday, November 16, 2013

UPSR: ragam budak nak exam, lalui exam dan terima result exam...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
16-11-2013


Tahniah buat semua pelajar yang menerima keputusan UPSR baru-baru ini. Tidak kira, berapa A(s) yang dicapai, setiap keputusan adalah sesuatu yang perlu disyukuri.

Adatlah, budak berusia 12 tahun mengharap tinggi kerana ini exam besar pertama depa, lalu andai kurang A dari hajat tentulah depa kecewa. Kompom la ada yang menangis sampai ke petang tuh!

Takpa, perasaan kecewa dan sedih tu, ada dan biasa. Biarkan depa nak lepaskan perasaan dan sesak dada. Then, bila dah reda bolehlah dipujuk.

Di tempat kija, 2,3 orang ibu yang ambik cuti khas untuk ambil result UPSR anak masing-masing. Alhamdulillah, rata-rata ramai yang cemerlang.

Sejarah saya secara peribadi: dalam ramai anak, saya hanya pernah amik result exam besar anak, cuma sekali. Masa UPSR Alia 2 tahun dulu. Yang lain tu, semua MyToklaki jer yang tengok.

Ada kes semalam: sorang rakan sekerja boleh tersilap tengok jadual exam Paper 3 Sejarah, Dia sangka exam start kul 10:00 pagi. Tapi bila cikgu sekolah anak dia call sebab anak dia tak sampai-sampai, melompat la si anak di rumah (tengah sedap tidur tapi jam dah dekat kul 8.00). Mujur boleh juga masuk dewan exam wpun terlewat 20 min... dan tak sempat mandi pun! hehehe kesian...

Sebab itu, parents kena rajin semak jadual waktu exam anak setiap pagi untuk memastikan tidak tersilap.

Tayang-tayang:


Saya peminat Yong Taufu. Kali ini saya beli dari penjual pompuan Melayu di pasar malam area Ampang. Memang sedap, dan agak murah. Berbaloi.

*Ada orang tanya, adakah ketika saya snap apa saja pic di atas keyboard saya PC saya sedang on atau off? Jawapannya, sedang on. Masuk saja ofis, mesti on Mac tu dulu. Dan untuk snap gambar di atas keyboard or berhampiran, memang kena hati-hati agar tidak terjadi sebarang tumpahan or kemalangan. Matilah saya kalu ada tumpah walau setitis. Snap pic saja, tapi makan kena makan di ruang makan di luar ruang kerja.



 ~...walaupun irama fitnah sudah semakin perlahan alirannya di serata Kampung Separuh Desa, tetapi luka di hati SERI BULAN hampir terluah di bibir untuk dijadikan aduan rasmi kepada HISYAM, dan Pak Utih yang bermuram durja akan dihadap bagai melihat sultan nan murka...~




12 comments:

  1. Tenguk rata2 anak2 org lain berjaya dgn cemerlang termasuk 2 anak buah dpt 5A, terdetik dlm hati kenapa anak aku tk sepandai diaorg..astagafirullah cepat2 singkirkan rasa itu..redha dan terima dh itu bahagian anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebuah keputusan, bukan jaminan kejayaan. Semuanya subjektif mengikut penerimaan kita masing-masing.

      Delete
    2. Kakcik sentiasa positif walaupun anakmtidak cemerlang.

      InsyaAllah mereka ada kepakaran yang lain. Yanh penting mereka tidak terjebak dalam gejala sosial.

      Delete
  2. Macam ku kenal saja pertanyaan itu. hahaha

    kak, kuah nya macam cair je. biasakan kuah ia warna hitam and kind of pekat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya memang makan dengan kuahnya yang pekat hitam + sos yang pedas tu. Tapi sebab Kak Azie reheat dengan supnya sekali, lalu terus serve dgn kuah sup. Just tuang kuah pekat di atas. Supnya sedap juga.

      Delete
  3. hohoho jangan dibuat2 kak makan dekat keyboard, mau melekat kaler makanan dkt atas keyboard yang putih melepak tu :)

    ReplyDelete
  4. saya ada pengalaman anak kembar yang cemerlang dan sedarhana, segalanya dah ditentukan ke mana hala tuju anak kita, kalau rajin usaha insya-Allah berjaya dan sebaliknya tetapi yang sedarhana tu sekarang akan membantu adik beradiknya yang lain....mudahnya jalan yang ditunjukkan olehNYA....

    ReplyDelete
  5. Ragam pelajar nak ambil exam. Macam-macam kisahnya kalau teringat zaman sekolah dulu ;)

    Sedapnyer Yong tau fu~~~ Rindu!

    ReplyDelete
  6. anak buah saya melarang mamanya supaya jgn bagitau org lain . sudahnya berderet sms yg masuk fon , mamnya wat tak layan jer . keputusannya baik cuma x cemerlang ...

    ReplyDelete
  7. sedapnya yong tau fu.. buat pelajar tua.. result exam dh tak amek kisah.. hehe

    ReplyDelete
  8. Masih jauh lagi nak sampai exam pertama tu.. UPSR.. moga anak2 kita berusaha dgn bersungguh2 bagi mendapat keputusan yg baik.

    ReplyDelete
  9. betul tu...perent kena prihatain bukan setakat pelajaran aje
    dia punya exam schedule sekali =)
    anak saya pun bukan kategori cemerlang
    tapi saya tetap berbangga dengan dia
    besides dia baru genap 5 tahun bulan 11 ni =)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails