Thursday, November 28, 2013

Dia nak dengar apa yang dia nak dengar saja...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
28-11-2013


Exam SPM dah berakhir (bagi aliran Sains, dll, masih ada paper, kan?). Cuti hujung tahun tidak sepenuhnya dapat dirancang memandangkan rutin kerja (pola kerja) saya sangat berbeza. Bercuti skulah bagi kami adalah jalan-jalan hujung minggu buat apa yang kami suka. Or masak sakan-sakan, or mungkin makan di luar beramai-ramai (kadang tu sekadar foodcourt depan rumah jer...).

Sebenarnya saya nak tulis tentang kekesalan yang saya rasa, juga beberapa insiden yang saya lihat sebelum ini. Apabila kita menghadapi kesulitan or kerumitan or perkara-perkara yang memerlukan nasihat dari orang lain, sering pula kita merasa dipersendakan.

Adakah kerana kita terlalu berharap akan jawapan yang kita sudah jangka dalam kepala? Lalu bila menerima jawapan yang salah (yang kadang langsung tidak berjawap) or ditempelak dengan beberapa nasihat yang kita tak berapa suka dengar.... rasa bengang dak?

Hmmm... ramai sekali dari kita lupa dan tidak sedar dalam perbualan antara kawan yang memerlukan nasihat bernas selalu menjadi “kita nak dengar apa yang kita nak dengar saja.” Lalu bila baru sebaris dua kita bercerita, sudah diberi nasihat berjela-jela (macam kita budak sangat pulak), rasa nak hang-up jer!

Apapun, terimakasih kepada sekian ramai orang teman/sahabat saya sebelum ini yang sentiasa menjadi pendengar yang baik.

Tayang-tayang:


Lunch saya semalam. Malas masak (sebab sepanjang minggu ni balik ku 8:00pm and reached home sekitar jam 9:00pm) lalu delivery service sangat-sangat berbaloi!





 ~...alangkah sedihnya hati SERI BULAN apabila HISYAM sudah berani bercerita pada Mak Utih dan Pak Utih tentang dia bertemu dengan anak dara Pak Imam di jalanan lalu ada kata bual berbaris-baris yang sudah pasti diiring juga dengan senyum dan jeling manja si dara itu, sedangkan sejak dulu SERI BULAN sahaja yang mampu merakam kenangan wajah tenang HISYAM yang apabila senyum matanya jadi sepet sedikit dan kemudian dia seperti hendak mencubit lengan yang gebu...~




12 comments:

  1. Tetiba rasa nak makan dabelzingerbeger...

    ReplyDelete
  2. saya pernah kena juga cam tu
    bengang tahap gaban, tapi saya tak pandai express

    p/s - lama dah tak makan KFC. cer hulur sikit =)

    ReplyDelete
  3. Hanya pada orang tertentu sahaja saya akan bercerita, sebab taknak menyemakkan kepala dengan nasihat yang kadangkala boleh buat kita sakit hati balik..

    ReplyDelete
  4. lanun emosi pun buat semak kepala kita..baru dua patah kita cerita dia dah hijack cerita kita,Konon konon dia pun sama atau dia lebih dari kita.Kita yang mula nak cerita terpaksa jadi pendengar pula...so not suka.

    ReplyDelete
  5. be a good listener....sedapnya KFC tu......

    ReplyDelete
  6. setujus dgn sukma haron. be a good listener..Semua org nk didengar,.bukan di judge...atleast tau dulu hujung pangkal cerita..baru adil..
    mcm ada satu kata2 dr novelis hlovate : "take a bite frm my plate, chew, swallow..then we'll talk"....eh, terbebel byk plak...hehe
    Nak drumstick 1!

    ReplyDelete
  7. Tak pernah cuba lagi KFC Delivery ni...

    Kadang2 bila menghadapi masalah kita sebenarnya lebih memerlukan seorang pendengar berbanding pemberi pendapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak pernah cuba, saya lagi teruk. Tak pernah ku tahu pulak KFC ada delivery. Hahahaha. kalau ada pun mungkin tak perlukan, since KFC dan Ayamas sebelah office aje. McD and Pizza pulak boleh jumpa bila nak balik rumah karang.

      Delete
  8. kita bertanya sbb tak tahu juga nak lebih pendapat dan pandangan . Tapi lbh ramai yg gelak drp memberi jawapan ... maka relak dan bertenang dulu ... pertimbangkan samada kita ni akan mendapat malu atau dpt pendengar yg sporting .

    ReplyDelete
  9. boleh tak kalau kita ckp "aku ni nak luahkan perasaan, ko jgn komen apa2". kdg2 kita sekadar nak melepaskan serabut di otak tp bila cite kat org lg serabut jadinya

    ReplyDelete
  10. Bila minta nasihat atau pendapat tu kita kenalah keep an open mind kan kan?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails