Thursday, November 21, 2013

Rentetan kes hp hilang: Penghujung cerita, memang kena sedar diri sendiri...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
20-11-2013


Kerana masalah nak tuntut sim card baru, saya terpaksa cuti half-day. Nak cuti sehari rasa bazir pulak, sementelah banyak projek sedang rancak dalam tangan.

Kepenatan sekerat hari memberikan pula rasa emosi dan geram semacam. Kalu citer, bukan orang faham pun.

Bermula dengan tengahari panas, berjalan ke jalan besar dari gate opis (tak perlu bayangkan jaraknya). Terlupa payung bila sedar matahari terik atas kepala, dan kemudian menyedari tiada siapa yang sesuai untuk ditumpang keluar.

Then, silap sendiri kerana menukar destinasi. Kunun saya jangkakan saya boleh berurusan di Low Yatt saja. Berpusing-pusing kemudian rasa nak nangis sebab cawangan telco Low Yatt tak uruskan. Masa berjalan. Akhirnya kena juga ke centre seperti plan asal.

Berkejar meligan masa dan akhirnya berjaya masuk ke kaunter lagi 10 minit sebelum kaunter tutup jam 5:00pm. Rasa macam gila jer gamble camtuh!

Apapun alhamdulillah berjaya uruskan (urusan 10 minit jer pun!) dalam mengah sesak nafas dan lelah kelaparan seorang makcik yang dah masuk level vintage!

Masa tu terfikir jugak, bila kita mengharap akan bantuan tiada pula yang ada masa untuk kita.

Orang pernah sebut, kawan senang/gelak-gelak memang ramai, kawan masa susah memang payah nak cari. Saya rasa kes saya belum lah sampai ke tahap itu kot, tapi terasa jugak dalam hati yang saya belum cukup untuk dipandang orang.

Kemudian, di penghujung cerita saya akhirnya sedar sendiri. Saya sebenarnya belum cukup baik sebagai kawan or kenalan untuk diterpa kala susah. Saya belum cukup baik untuk orang lain tumpang merasai kesulitan dan atau saya belum cukup baik untuk dijadikan kawan baik(?).

Yang penting, saya dah sampai rumah kala matahari masih terang dan anak-anak ceria tengok saya balik awal dari kebiasaan.


Kegilaan blogger. Bulan awal pagi (kira-kira jam 6.45am) yang saya snap sementara menanti kawan datang menjemput saya.

Bulan suram? Tidak. Saya malas nak fikir insiden hari ini, kerana esok saya akan hadapi hari macam biasa dan ceria. Orang tak perlu tahu apa kita rasa pada hari kelmarin.




 ~..bukan SERI BULAN tidak pernah bercerita kisah lama yang parah berdarah tetapi untuk merasainya kembali walau HISYAM sedia menemani rasanya bagai tidak perlu lagi, kerana suatu hari nanti Kampung Separuh Desa akan ditinggal pergi juga dan kemungkinan besar mereka akan tetap terpisah dalam payah...~




20 comments:

  1. yg ptg bila tgk anak seronok , sengal di hati serta penat trus hilang ...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    cabaran itulah buatkan kita lebih matang walaupun....rasa dah tak ada daya upaya lagi nak melangkah hu hu huhu

    ReplyDelete
  3. Salam AA,

    Ketika menghadapi situasi kepayahan, kita jadi hiba, hanya Allah swt saja tempat mengadu.


    ReplyDelete
  4. harus cipta rekod hari ni, boleh balik sebelum matahari tenggelam kalau pun keluar rumah tika bulan masih lagi bersinar.

    ReplyDelete
  5. nie mesti kes pergi keje sebelum terbit matahari then balik matahari dah tenggelam......huhu

    ReplyDelete
  6. mmm....x tau nak komen... pape pun, syukur alhamdulillah dah selesai urusan sim kad.

    ReplyDelete
  7. Terdetik di hati.. adakah saya juga seperti ini..?

    'Kemudian, di penghujung cerita saya akhirnya sedar sendiri. Saya sebenarnya belum cukup baik sebagai kawan or kenalan untuk diterpa kala susah. Saya belum cukup baik untuk orang lain tumpang merasai kesulitan dan atau saya belum cukup baik untuk dijadikan kawan baik(?).'

    ReplyDelete
  8. shin selalu rasa masa susah kesorangan.. dan mcm dah biasa.. semoga x berlaku kejadian hilang hp ek kak

    ReplyDelete
  9. Kerana itulah ujudnya pepatah 'kawan ketawa senang dicari....'

    ReplyDelete
  10. Kak Azie sebab tu Aina kalau ada hal apa2 kat mana2 kaunter kerajaan mahupun swasta Aina akan google dulu atau call dulu sevice center.

    ReplyDelete
  11. ya kak azie...
    sy juga go-to-person sekadar pemerhatian sy. Dan sy jenis selindung masalah n susah nk minta tlg org. Alhamdulillah, ada sahabat y sentiasa beri semangat walau x bantu secara fizikal.

    seronok jadi y memberi dari yang menerima ni kak... akak wanita hebat sebab sering membantu walau tidak dibantu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda, aku setuju dengan kau. membantu lebih baik dari yang menerima. dan aku juga jenis yang suka tolong orang setakat mana yang aku mampu, walaupun kecil. sebab kita tak tahu sekecil-kecil pertolongan kita, memang sangat besar bagi mereka yang menerima nya.

      pastu jangan harap apa-apa balasan pun. kalau kita harap memang kita penat bila tak dapat balasannya.

      memang orang akan kata, kau tolong macam tu apa yang kau dapat?
      jawab la balik, Dia kan ada. Dia akan balas balik apa yang kita buat. yang penting kita kena ikhlas. itu aje.

      kan?

      Delete
  12. maybe masa kita susah, kawan2 lain pun dalam kesusahan..nak tolong orang lain sedangkan diri sendiri pun memerlukan pertolongan.sudahnya masing2 hanyut dibuai pertanyaan "adakah aku cukup baik sebagai seorang kawan?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zie, pertanyaan tu pun selalu bermain di benak saya. akhirnya saya simpulkan, ya aku belum cukup baik untuk menerima pertolongan dari orang lain. dari situ saya belajar untuk berdikari dan bergantung pada diri sendiri. tak nak harapkan pertolongan orang lain lagi dah.

      Delete
  13. kak azie, baru saya perasan. thalatha akak memang tak tukar eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entri ni publish semalam, tapi kemudian Kak Azie re-schedule. hehehe bijak dak?

      Delete
    2. bijaakkkk..

      minum susu cap apa dulu? cap gantung atau cap tin? haha

      Delete
    3. nanti balik nak cari. bagi minum budak gundut. mesti dia pun pandai jugak nanti.

      Delete
  14. sabarlah..
    dikala kita di duga..
    kita nampak sebenarnya sape kawan n sape lawan..

    saya pon merasainya..
    sorang2..
    huhu~

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails