Sunday, November 24, 2013

Kim Tan @ Min Ho: aarrrghhhh... saya sudah terjebak suka...!

hالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
23-11-2013

The Inheritance. Menjadi Korean drama of the year di sana. Sebab ceritanya menarik golongan remaja. Memang remaja sekarang tengah kemaruk Korea.

Dan, saya yang tua bangka ni pun, akhirya terjebak jugak. Selepas saya dok follow siri I Miss You di TV9 beberapa bulan dulu, kini satu lagi drama dok follow. Baru bermula beberapa episod, di channel Korea yang baru Astro395.

Alahai... sekali terjebak memang parah. Dan yang paling tak tahan, siri ini heronya ialah Lee Min Ho...! Peminat Korea semua, mana bleh tak kenal Lee Min Ho, kan? Nama dia juga pernah disebut dalam novel cinta Melur Jelita dulu. Alahai..

Sampai ada budak-budak ni sebut, 'kenapa la Kim Tan ni hensem sangat? Aaaahhhh...!"

Huhhh.. pujian melambung gini selalunya bermusim. Habis drama, habislah pujian.


Ada yang cair tak? Dalam gambar nampak sangat macho macam tak lojik. Tapi bila melihat lakunannya dan wajah tanpa 'photoshop', Lee Min Ho sebenarnya lebih kacak bila dia menjadi seorang lelaki tenang yang susah senyum, lelaki pendiam yang sukar ketawa tetapi bila bercakap sangat jujur sehingga tidak masuk akal pula ada insan sebegitu dalam dunia hari ini.


Barisan pelakun utama siri The Inheritance. Setiap Rabu dan Khamis jam 9:00 malam, saluran Astro395.


Hero dan heroin. Kisah ketabahan gadis miskin yang menumpang di bilik orang gaji rumah jutawan. Dia bertemu dengan anak lelaki jutawan itu di California lebih awal tanpa tahu siapa Kim Tan ini sebenarnya. Sebuah percintaan yang sedih dan sayu.


Drama ini juga diulangsiar pada petang Sabtu berikutnya.
(Siri ini masih ditayang di Korea, setakat ini sudah episod ke-14. Dak AMOI dah download, tapi saya takmo tengok nanti jadi spoiler!)


*ada kawan pembaca blog saya pernah tegur, tak suka bila ada entri saya suka mengulas drama-drama or filem yang saya tonton. Sebaiknya, lihat label entri saya terlebih dahulu. Jika ianya berlabel drama or filem, sila pangkah. Saya tak kisah.



 ~...pernah juga telinga SERI BULAN mendengar pujian melambung dari anak-anak dara dan mak-mak orang di Kampung Separuh Desa tentang hebatnya HISYAM sehingga ada yang menyamakannya seperti orang Korea yang sedikit sepet, tall but not dark...~




19 comments:

  1. Hehe..alamak. Terjebak sudah. Sy kalau boleh mmg nk elak tertengok drama2 cintan cintun sbb...sbb sekali terjebak...ketagih oo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala kita jadi orang muda la pulak. hahaha

      Delete
  2. assalam..kak azie..dil pun minat dia jugak....heheheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam zaman orang dulu yang kemaruk Hindustan, kan?

      Delete
  3. AA
    Takat ni I masih belum terjebak dgn apa2 drama Korea tapi dah lama terjebak dgn chanel 391. Ada program tertentu yg I suka tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ya ker? Nanti I pun nak skodeng juga apa yang best di 391 tuh!

      Delete
  4. Bila orang dok cerita rasa teringin sangat nak tengok, tapi pasai jenih x tengok tv, balik rumah asyik lupa nak tengok.
    Dulu masa Mawi masuk AF punya la teringin nak tengok dia nyanyi bila semua dok cerita kat opis, sampai pesan suruh depa peringat, tapi x pernah yg ingat.. yg geram tu anak2 pun lupa... sampai kesudah x dpt tengok Mawi nyanyi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami langsung tak pernah tengok masa zaman Mawi dulu. Even sekarang pun, kami cuma follow masa AF si Hafiz tu jer. Selebihnya langsung tak layan. Anak-anak kurang gemar hiburan realiti yang banyak poyo nih!

      Delete
  5. hahaha..samalahh....memang best criter nie...ila pun tengah ikuti criter nie kat chanel 395 =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu nak cepat, boleh jer download terus. Lagi dramatik siri tu sebenarnya.

      Delete
  6. sy tgk y sabtu petang punya.. nk tgk y siaran asal selalu x sempat.

    tgk sebab nk lari dr realiti kejap... release tension...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ulangan tu, siri marathon terus 2 siri.

      Delete
  7. Sama sama terjebak.. mmg tunggu kemunculan kim tan ni.. akak patut tgk boys over flowers, city hunter dan the great doctor! Owh Min Ho!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh jangan dicadang. Nanti langsung tak jadi keja!

      Delete
  8. Pernah bagi hint kat en. suami mintak tukar channel kat asteruk tapi belum lagi dapat tukar2.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengah layan The Strange Housekeeper. Isnin dengan Selasa malam memang saya la kongker channel tu. hahaha


      tapi memang suka tengok mamat tu punya gaya kali ni. gue pun rasa nak cair dah. hahaha

      Delete
  9. rasanya anak-anak yang suka citer begini...takut terjebak weeeeiiiii....

    ReplyDelete
  10. I Miss U tu aina follow tapi tulah cerita Korea ni berhantu jadi sebelum hantunya bermaharaja lela lebih baiklah Aina diamkan diri takut laki pulak naik hantu lepas tu asyik pandang hero Korea je sampai buat tak tau kat dia...ahahaa...

    ReplyDelete
  11. kak, tanyakan Dak AMOI macam mana nak download drama K ni?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails