Thursday, October 18, 2012

Hebahan tentang Gathering Blogger (lagi): sila undi tarikh....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
17-10-2012




Selepas beberapa minggu (dah lebih sebulan pun), agenda untuk  next gathering sudah mula disebut-sebut dan rancangan itu sudah mula menjadi perbincangan serius minggu lalu.

Dan suka aku nak tolong war-warkan di sini tentang perancangan tersebut. Tarikh TEPAT akan disahkan dan dihebahkan bila kata sepakat dicapai kelak. Untuk hadir kali ini pun, tak berani nak janji. (padahal bukan ada yang kisah pun)




Nampak gaya, undian banyak memihak pada tarikh 18 November (abaikan ejaan yang TERsilap itu).

Ulangtayang mini banner gathering terakhir hari tu.

Kali ini, diharap lebih ramai para blogger dapat hadir meluangkan masa merapatkan silaturrahim.

Tiada syarat ketat, melainkan POTLUCK, itupun tak paksa. Sebab biasanya makanan memang banyak.

Perkembangan lanjut akan banyak dapat diikuti di blog mereka yang terlibat secara khusus seperti: Kakcik SEROJA, PakNgah Hamzah al-Lavendari, Roshidayu...

Lokasi: Lavendari Height, Senawang.

Selebihnya, tunggu saja perkembangan dari mereka.





~...pernah suatu ketika, SERI BULAN ingin sekali HISYAM menjadi burung yang suka bertenggek di belakang kerbau, terbang tinggi tetapi akhirnya kembali menyinggah walau tanpa pesan tanpa amaran dan singgahan itu haruslah lebih lama dari yang terdahulu kerana rindu bukan lagi boleh disebut gebu...~


 




Wednesday, October 17, 2012

WW: Kacang ni buat lawak plak dahh....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
17-10-2012






*Dah lama benda ni ada dalam opis, terlekat kat whiteboard, dicetak oleh seseorang (yang menerimanya dari FB)



~...mungkinkah hari ini akan ada detik pertemuan lagi antara SERI BULAN dan HISYAM di suatu tempat yang tidak berbumbung dan tentu sekali tiada bertiang untuk berselindung...~


 




I want to be a good fighter...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
16-10-2012


Dah nak dekat akhir tahun. Apa yang belum selesai? Apa yang belum tercapai? Secara peribadi ada banyak yang aku belum capai tetapi takper lah, tak perlu kesal pun. 

Aku sudah bersedia menerima bahawa memang sesuatu yang aku inginkan amat perlahan perjalanannya... agak lewat kuterima berbanding orang lain. Mana ada orang yang sama saja kehidupannya. 

Keluarga? Tidak banyak beza. Anak-anak semakin besar. Semakin matang. Means aku semakin awet muda tua (wpun AMOI kata aku tak ler nampak tua sangat.. hahahaha!)

Kerjaya. Aku tidak berkerjaya hebat, tetapi aku tetap suka kerja aku. Aku sentiasa komited dengan kerja aku.

Mensibukkan diri dengan kerja-kerja luar dan bergaul dengan ramai orang di luar sana, sebenarnya banyak mengubat beberapa kekecewaan aku, serta memberikan kekuatan dan semangat. 

Dalam tempoh setahun aku kembali yakin bahawa aku bukan orang yang gagal, aku bukan orang yang tidak berguna, aku bukan orang yang tidak berjasa... Hari ini, apapun yang aku pandang, apapun yang aku dengar di sini sudah tidak banyak memberi makna. Sudah tidak lagi lekat di dalam kepala. Aku menjalankan kerja aku sebaik mungkin, malah lebih baik dari mereka, lebih baik dari dulu. Bukan sedikit pengorbanan. Aku semakin menerima bahawa sesuatu keadaan itu akan berubah menjadi lebih baik. 

Bukan selamanya kita harus percaya dengan semua yang kita lihat. Sebaliknya apa yang kita lihat, bukan semuanya benar. Keyakinan adalah kunci. Aku yakin bahawa kehidupan adalah perjuangan. Aku cuba untuk menjadi seorang pejuang yang berani. I want to be a good fighter... Yes...!

Tayang-tayang:


Hampir seminggu CHAK bawak balik barang untuk buat kotak harta karun nih, tapi punya la seksa nak buat supaya kotak tu bercantum atas bawah. Rupanya senang saja, cuma kena gigih lebih.


Bila dah siap, lawa la pulak.


*Tetiba jer aku rasa nak undi Kelantan untuk jadi Juara Piala Malaysia tahun nih!



~...HISYAM memang sedang berada jauh dari koordinat biasa, sehingga tak terlihat di ruang satelit, terlindung oleh awan gemawan, SERI BULAN yakin sekali masa untuk melihat kembali kelibatnya di laman Teratak Nyatuh harus disuluh dengan lampu picit berbateri 4AA!...~



 




Tuesday, October 16, 2012

Jangan marah si Ti...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
16-10-2012


Pagi tadi sampai opis...

bengang sekejap. Sebab:


Pak ker Mak Menti sudah dinner aku punya tepawer bekal yang aku lupa bawak balik semalam.

Kata orang tua-tua, jangan marah tikus, depa boleh dengar dan “balas dendam”. Betoi kaaaarr...?

Memang sudah sebulan, haiwan ni dah mula kami sedar kewujudannya di Lantai Atas. Siang tak pernah nampak. Tapi kesan tapak kaki merata ada. Skang ni, aku akan pastikan tiada sampah basah dalam tong sampah aku, sebab gerenti kena selongkar.

Dah macam-macam cara nak halau, so far dok ketegaq lagu tu la jugak. Kata orang, letak daun durian belanda, tapi mana nak cari?





 
~...HISYAM sering berlagak berani tidak takutkan apa saja haiwan berbulu nipis tebal atau berekor pendek panjang, tetapi bila SERI BULAN pernah terjumpa ular hijau plastik sedepa lalu ditayang di depan hidung lelaki itu, HISYAM melompat bagai tak cukup spring...~

 




Catatan Perjalanan: kegigihan memburu Nasi Kandar...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
 15-10-2012


Selepas menziarah, sambil beramah mesra dengan teman-teman dari komuniti AnakPerlis.com yang lain — sampai penuh bilik Kelas 1 Wad 3A tu — kami bergerak untuk cari makan. Sebab kami bergerak dari KL tanpa berhenti makan tengahari.

Cuaca panas terik di Pulau Pinang.

*kisah kawan di Hospital ini, di entri sebelum.

Usaha mencari makan agak mencabar juga, kerana hajat masing-masing hendakkan Nasi Kandar juga, so cadangan pasembor or rojak di Padang Kota tidak mendapat sambutan.

Bergerak dengan bantuan GPS — yang kadang-kadang tak berapa bijak nak baca koordinat — memusing berkali-kali dalam town Georgetown mencari kedai nasi kandar yang diinginkan. Disebutlah mereka beberapa nama restoren Nasi Kandar yang pernah depa makan, tapi usaha menjejak mengambil masa juga. Aku cuma tahu Restoren Kapitan saja, sebab aku pernah makan di situ dulu.

Masa tu jam dah pun kul 5.30 petang dah.  Punya la lewat nak cari lunch!


Masjid Kapitan Keling, solat di sini.


Di sebelah pagar Masjid Kapitan Keling itu ada Restoren Nasi Kandar Beratur, yang pernah masuk JJCM TV3 (or Majalah 3?)  tentang pelanggan sanggup beratur panjang setiap malam nak beli Nasi Kandar. Tengok kedai ni jer dah terlior (tengah lapar, kan?) tapi kedai tu akan mula beroperasi pada jam 10.00 malam.



Akhirnya kawan kami bawa ke Kapitan juga, sebab beberapa kedai yang disebut depa macam tak kelih di mana-mana pun. Hehehe.. tapi,

Mujur tak sempat order air lagi...


..sebab periuk Kari Ikan pun dah tonggeng sebelah. Lauk lain pun tinggal serdak!

Kami yang dah duduk elok kat meja, bangun bergerak lagi mencari kedai Nasi Kandar lain. Punya la gigih...!

Jumpa yang ini. Campbell Street. Ini lot yang asal.


Ini lot yang baru, selang 2,3 pintu dari yang mula tadi. Kami masuk di sini, ada aircond. Tetapi setiap menu yang diorder dibawa dari kedai yang asal tadi.


Murtabak Telur, sebagai appetizer, konon. Sedap sangat!

Lunch yang dicari, menjadi dinner sebab kami mula makan kul 6.30 petang...!
Lapaq tak hengga, kata depa.

Nampak dasat dan ganas, kan? Sedap sangat!

Terimakasih buat teman-teman AP.com.
(jangan tanya aku asal dari mana, dan cemana aku bleh join orang Perlih bertahun-tahun...)


Sebelum balik, aku nampak kedai emas Habib Jewels, agak buruk lot kedainya. Rasanya di sinilah bermulanya empayar Habib Jewels tu...

Kami bergerak balik semula ke KL kira-kira 8.00 malam dan sepanjang jalan selepas bridge, hujan renyai.


Singgah R&R Tapah untuk minum kopi panas, sambil layan Kacang Rebus. Memang sejak dulu, jika ke Utara, kami suka beli Kacang Rebus RnR Tapah. Sekarang sudah naik harga RM3.00 per 250gm. Sudah tak berapa sedap macam dulu-dulu lagi...

Catatan perjalanan, cuma sehari. Tak sempat pun nak shopping apa pun sebab pergi hari Ahad, banyak kedai yang tutup. Kalu terjemuh dengan Chow Rasta (pusat jeruk tu), haruslah singgah, tapi tak ternampak la pula.




 ~...antara Barat dan Timur, SERI BULAN sudah tidak kisah semua ramuan bertembung di dalam Periuk Kawah, tetapi adakah yang Laksa Kuah Belut boleh berganding dengan Laksa Pekat Bersantan Sambal Belacan dari Selatan yang sentiasa menjadi kegemaran HISYAM?...~


 




Monday, October 15, 2012

Semoga Uncle Jason segera sembuh...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
15-10-2012


Semalam Ahad, pagi aku bersama beberapa orang kawan pergi ke Pulau Pinang. Melawat kenalan kami (dari komuniti AnakPerlis.com) yang dikhabarkan sakit yang agak membimbangkan.

Lalu program yang sudah dirancangkan beberapa minggu bersama beberapa teman blogger untuk berunding sambil berziarah ke Senawang terpaksa aku lepaskan. Sorii...

Kami tiba kira-kira 3 petang, dan menghabiskan beberapa jam bersama Pakcik JASON (ramai juga yang memanggil beliau Uncle JASON, tapi nama sebenarnya Abd Aziz).

Ditempat di Hospital Besar Pulau Pinang, kerana disahkan mengidap leukemia. Menurut isterinya, seminggu sudah ditempatkan di Hospital Sungai Petani sebelum ditempatkan di Pulau Pinang pula untuk mendapatkan kepakaran dan rawatan lanjut.

Rawatan susulan yang akan dibuat adalah kemoterapi dan menunggu beliau sembuh dari demam. Beliau demam berulangan dan sentiasa berada di bawah pengawasan.


Walaupun dia seorang pesakit, tetapi dia masih juga bergurau dengan kami. Kami kawan-kawan yang hadir menziarah pula mengambil kesempatan ‘reunion’ bertemu beramah mesra bertanya khabar. Hampir semua kawan-kawan yang hadir adalah dari Perlis.

Semoga Uncle Jason segera sembuh dan kembali ceria seperti dulu. Marilah kita sama-sama mendoakan...



 




Saturday, October 13, 2012

Rutin sehari, tapi itulah kisah sepanjang tahun...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
13-10-2012


Biasanya aku pergi pasar — Pasar Pudu — samada Sabtu atau Ahad. Stok untuk seminggu, tapi kadang sampai hari Khamis, stok dah habis.

Oleh kerana sekarang ni Sabtu dah tak kerja, so Sabtu hari paling best pergi pasar tu, sebab kurang sesak berbanding Ahad. Sesak dari segi pengunjung, tapi parking dan jalan tetaplah juga sesak.

Aku tukang pilih dan MyTOLAKI jadi pembantu yang mengekor di belakang sambil bawak bakul. Macam biasa juga aku ada beberapa orang peniaga tetap ‘regular’ yang aku setia beli dari depa saja. Syukur, hari ini ayam masih boleh dapat RM6.80 per kilo. Beli sekor yang besar (hajat nak Masak Lemak Cili Padi + Nangka Muda) + seekor rangka ayam = RM15.00 sahaja. Rangka ayam plannya nak dibuat sup. Malam ini kononnya dinner nak buat Mihun Sup.

‘Ikan wajib beli’; Keli masih lagi aku boleh dapat RM5.00 sekilo dan macam biasa borong 2 kilo saja. Sayur-mayur masih murah dan segar. Cuma santan sudah naik 2 kupang. Biasa sebungkus (disebut sebiji) cuma RM1.00 hari ini dah jadi RM1.20. Beli juga, sebab ada masanya aku pemalas nak blend kelapa.


Jumpa orang jual Belut. Jarang jumpa, so aku selamba saja snap. MyBonda pandai siang belut ni. Aku tak pernah la makan, tapi MyBonda pernah tolong siangkan pada jiran kami di kampung dulu. Nak buat sup dijadikan ubat. Sakit apa ntah, aku lupa.

Sebenarnya memang seronok masuk pasar ni — kecuali yang tak suka becak dan sesak, bolehlah shopping dalam pasaraya besar — sebab bila tengok itu ini murah, rasa semuanya nak borong. Kesian plak kat tukang angkat barang ni. Sayur kangkung sebesar 2 cekak masih boleh dapat dengan rega RM1.00. Rutin memborong stok barang basah di Pasar Pudu ni dah jadi rutin bertahun-tahun sampai boleh hafal di mana orang jual ikan itu, di mana orang jual santan dan Amoi yang jual barang kering pun dah kenal aku. Bayangkan aku masih beli shampoo di kedai Amoi ni (pasaraya jual RM13.90 tapi aku boleh dapat dengan harga cuma RM9.90 sahaja).

Balik dari pasar, biasanya kami berdua akan singgah sarapan di mana-mana. Hari ini sarapan di Pasar  Wirawati (medan selera), Kg Pandan.


Teringin nak makan Lontong. Tak ler sedap sangat walaupun aku campur Sambal Sotong. Sebab takdak Kuah Kacang! Cissss...! Orang tua tu lapar terlebih, ambik sesenduk Pulut Kuning. Aku diam saja, malas nak tanya, sebab aku baru saja buat Pulut Kuning so aku terasa macam dia tak puas makan. hehehe...

Dan seperti biasa juga, bungkuskan apa-apa untuk rakyat kat rumah. Roti Canai kosong. Bila nak beli Nasi Lemak biasa, perhhh sudah RM1.80 sebungkus. Kensel!


Tetap juga singgah kedai paberet@regular kami di depan rumah. Bungkus Nasi Lemak biasa, yang masih RM1.20 sebungkus.

Tokeynya seorang anak muda Melayu, masih bujang tapi peramah. Pekerjanya seorang kakak 30-an dan dua orang pekerja Myanmar yang sangat rajin yang kami sudah kenal lebih 5,6 tahun. Ramai orang pergi kedai ini bukan tengok tokey, tapi sebab 2 orang budak Myanmar nih. Bukan saja  rajin, tapi juga bersopan. Malah kami sendiri, kalu sebut kedai ni bukan nak sebut nama kedai tapi sebut ‘Kedai Anaz’ (Anaz ni budak Myanmar yang buat air di situ). Hampir semua orang di taman kami sebut Kedai Anaz. Macam dia plak tokey kedai tuh...!

Menu hari ini adalah seperti yang dirancang: Ayam Masak Lemak Cili Padi + Nangka Muda. Menu wajib; Keli Goreng. Kangkung Goreng Belacan. Cukuplah.

Rutin tambahan hari ini, kemas petiais, lalu jumpa benda ni dalam petibeku:


Alia kata, “Ya (Alia) rasa dah bertahun dah rempah tu, mak. Sejak Ya form 1 lagi.” Hahahaha! Memang dah expired dah pun padahal belum pernah guna. Cemana aku bleh terlupa, mungkin sebab terlindung dan sedikit tersorok. So, tongsampah la jawabnya.

Rutin tambahan yang lain hari ini ialah:


Puding perisa Mangga (perasa Strawberri tengah masak) untuk dibawa sebagai buah tangan ke program mesorat@jalan-jalan esok pagi.

Jagung yang 6 tongkol tu aku beli semalam di pasaraya AEON (formerly known as Jusco). Setongkol cuma 99 sen. Murah la kan? Tu yang hampir tiap minggu beli tu. Kali ini tak buat Jagung Kukus, tapi simpan untuk dibuat Bubur Jagung, paberet IKA yang akan balik bercuti panjang, petang ini. So kerja-kerja memBuburJagung ini akan bermula malam ini. AMOI dah plan nak bawak balik sebekas ke rumah sewa dia esok.

Hmmm... tengok lauk macam masih banyak, plan Mihun Sup hari ini haruslah ditangguh. Untuk esok pagi, Nasi Himpit (yang kenalah direbus malam ini) dan Kuah Kacang. Kacang ready-made tumbuk aku beli cuma setengah kilo saja di Pudu tadi. Sekarang dah naik harga; RM10 per kilo.

Sekian, cerita rutin sehari. Phiewwww...! panjangnya entri!



~...hajat hati ingin mengadu kepada si kawan sejati, tetapi HISYAM lebih senang menyendiri sambil beramaran dia sedang memujuk hati, ntah merajuk tak dapat mandi perigi atau kertas kajang habis lagi, lalu SERI BULAN lebih rela masak maggi...!~


 




Selongkar: sulatkabar lama!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
13-10-2012



Memang hari tak keja. Tapi tak bermakna takda kerja untuk dibuat.

Selongkar. Kasi ‘ringan’ rumah.

Jumpa beberapa paper lama yg ada artikel berkaitan peribadi, yang disimpan sebagai kenangan. Konon. Tapi aku dah malas nak simpan. So baik snap gambar, simpan kat sini jer. Then paper tu bleh buang.

Antara artikel yang ditemui:

Masa aktif sangat baca puisi di Rumah Pena. Skang dah lama tak pegi, sebab takda geng sekepala nak dibuat teman. *BHarian, Jun 2008. Dah lama sangat.


Sinar Harian, 2007 Disember

Grup Geng Jurnal buat majlis anugerah mengiktiraf blogger. Aku jadi pengacara majlis untuk majlis anugerah kali ketujuh itu. Ramai blogger baru yang aku kenal masa ni, tapi skang ni ntah ler kat mana semua ni. Ada juga yang dah tak aktif. Yang tak pernah putus hubungan dengan aku adalah penganjur program ini, Atokz yang hingga hari ini aktif dalam seni sastera dan penulisan.

Rupanya program blogger sudah lama aku join, tapi aku tak pernah pun jadi blogger hebat. Hahahaha...!

Aku pernah tulis pasal program ini dalam entri tahun 2007 dulu, tapi gambar cilok orang punya:

Ini lebih jelas. Boleh kenal mana satu aku?

Masa program sebeginilah aku kenal dengan orang-orang yang aktif tapi ‘low profile’. Aku rasa pasti ada blogger yang kenal dengan nama Geng Sol-Jah. Mereka ini pun sangat aktif dalam penulisan puisi dan buku, yang pada aku, kalu tak faham memang taknak baca.

Sekarang ada lagi tak pihak yang menganjurkan majlis anugerah blogger? Setahu aku, ada satu majlis besar dulu di PWTC, yang mana BapakGula-Gula pernah memenangi satu kategori.

Ada beberapa lagi paper yang ada artikel tentang xtvt bersama kawan-kawan sukarelawan dulu. Yang tu tak yah simpanlah.

Selain tu, aku juga jumpa gambar ini. Gambar ini besar sebenarnya, saiz A4, tapi aku tak frame pun.

Masa ni, ntah berapa la umur dia. 4 tahun kot. Masih pakai gaun.



Ini gambar dia sekarang. Tak ler besar mana jugak pun. Compare dengan ALIA yang baru 14 tahun, dia masih lebih rendah dari ALIA.

Sekian cerita selongkar-selongkar. Mujur tak jumpa cicak putus ekor!



 




Friday, October 12, 2012

“Mak, perkhidmatan seks tu apa?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JemAAt
12-10-2012



Kita selalu tengok kat berita.

Banyak tangkapan dibuat. Pusat hiburan ada servis tu. Pusat karaoke pun. Saloon@spa pun ada. Pusat urut badan jelas-jelas boleh ada punya. Serbuan demi serbuan. Berselang hari ada saja yang kena atas kes yang satu ini.

Tak cukup berita, di program 999 pun banyak dipaparkan.

Maju sungguh negara kita.

Lalu pada suatu hari, seorang budak perempuan, age 10 tahun tiba-tiba bertanya, “Mak, perkhidmatan seks tu apa?”

Gulp..!

Berapa tahun agaknya dia kena tunggu untuk faham tentang perkhidmatan itu?




~...bila Pak Utih bercerita kisah lama sehingga membangkit senyum simpul kepada Mak Utih, HISYAM mula menjeling SERI BULAN dengan maksud terkumpul, malangnya gelak SERI BULAN membuatkan hasrat jahat itu mungkin tidak akan terkabul...~

 




Ada gossip, meh nak bisik...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
11-10-2012




And Never Forget....
Who Backbites With You Today....
Will Backbite about You Tomorrow....
STOP BACKBITING!!!

Bergossip, bercerita, buat rumors, khabar angin, tokok nasi (lemak) tambah, lebih sudu, dan seumpamanya.. whatever! Sapa boleh mengelak? 

Dulu sering dikaitkan dengan bangsa kita sahaja. Mesyuarat tingkap, or berlonggok atas pangkin bawah pokok depan laman atau sekadar di tepi pagar sementara tunggu anak balik sekolah, or depan pintu sementara tunggu laki balik kerja. Dulu... 

Sekarang. Kat mana-mana bleh gossip. Dalam ofis staf gossip bila bos lelaki lalu, pakai lain macam or tiba-tiba ada perempuan lawa ikut belakang jalan terkedek-kedek goyang lebih, angkat hidung. Atau kawan sekerja hari ini muka muram, ada yang bengkak mata asyik menung-menung... or waktu sedang makan di foodcourt terpandang orang ofis sebelah sedang makan dengan lelaki kacak yang kita kenal bukan laki dia... ahaaa.. gossip best nihh.. or dalam pelbagai saluran chat yang canggih lagi hebat di zaman teknologi ini. 

Pilih saja nak borak lagu mana. Nak sebar bagaimana. Nak kabor citer gaya cemana... Kesannya? Kena batang hidung sendiri, baru tahu agaknya. 

Percaya tak? Bangsa lain pun pandai bergossip pasal bangsa kita especially kalu kita tersilap sekali, lupa habis kepandaian dan kelebihan kita sepanjang tahun.

Huh! Secara umumnya, gossip sangat merimaskan, meloyakan, tapi boleh menjadi sesuatu yang “addicted”. Hmmm.. kalu dapat tanya isi hati orang yang kerja wartawan gossip, kan best?

Aku jarang ada peluang gossip di tempat kerja, sebab di department aku, aku cuma seorang. Kerja Lone Ranger, sampai aircond bilik rasa macam melekat kat badan!


...sebab itu, bila bancuh air terlajak sampai nak melimpah pun, takda orang yang nak kutuk kata aku tamak! hahaha!

*Nescafe + Oat Segera + Krimer. Memang habit, suka tuang atas air, tunggu dia mencair sendiri dan tenggelam sikit-sikit. Syok!



~...HISYAM pernah merasa kecundang, pernah merasa sedih dan kecewa tetapi bila bercerita tentang perahu yang bocor seksa ditampal, tentang rakit pernah senget sebelah, tentang pendayung patah dek reput hujan panas, SERI BULAN yang lebih dulu menitiskan airmata...~



 




Thursday, October 11, 2012

Kenapa mesti berbalah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
11-10-2012



Ya, kenapa mesti berbalah?

Berbalah untuk menang, atau memang EGO menyuruh? 

Bagi aku hanya 5% sahaja kemenangan dari perbalahan yang membawa kebaikan, selebihnya, sangat merumitkan, sangat melemaskan, dan akhirnya menjahanamkan...

Paling malu, bila lelaki mengajak wanita berbalah, lagi lagi atas isu yang sangat remeh, yang sangat ketara memalukan. Emosi setiap manusia, memang sukar dijangka. Hari ini kita melihat orang berbalah, kita menjauh dan cuba beralah. Suatu hari nanti, mungkin kita pula terlibat dalam perbalahan. Malu... 

Aku pun suka juga berbalah, tetapi tanpa niat memalukan teman balah, atau menuding mencari salah. Sekadar berbalah, meningkatkan pemahaman tentang isu yang masih kabur.

Siapa menang bukan soal. Sebab kalu menang pun, ada ke orang nak belanjer makan? atau nak kasi naik pangkat? hehehehehe...! 

Berbaju kurung untuk melepak merasa gebu pasir pantai, bukan salah pun, kan?

apalagi untuk menulis nama sebesar ini...
*Desaru 2010





~...mungkin tersalah musim ketika meninjau di laman Teratak Nyatuh, HISYAM tersipu kerana wajah SERI BULAN yang diharap di sebalik kain tutup tingkap, malangnya Pak Utih tiba-tiba berdehem sehingga terkejut bagai dipanah tahi burung di atas kepala!...~



 




Takkan 24 jam berkepit dengan suami jer...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
10-10-2012


Hari itu, bukan kali pertama pun, aku hadir dalam beberapa majlis. Jumpa beberapa orang yang aku kenal lama, baru kenal dan langsung tak kenal.

Seorang kenalan lama yang aku hormat tinggi. Tiba di suatu majlis yang aku hadir lebih dulu. Lepas sapa tanya khabar — termasuk salam laga pipi — dia: “I tak plan pun nak datang, sebab nanti kalu I datang sorang, orang tanya-tanya mana hubby I.” (tapi dia datang juga).

Menyedari aku datang tanpa orang sebelah — macam dia juga — dia pura-pura tanya kawan lain di sebelah aku, “mana husband U?” Orang tu cuma sengih. Mujur. Perli yang tak berkesan.

Pastu dia sebut husband dia tak leh ikut sebab ada majlis lain, yang telinga aku kalu ada mulut akan jawab ‘tak tanya pun.’

Motif?

Bukan 2 x 5 = 10?

Ada beberapa orang kawan aku pun begitu juga. Jarang hadir pertemuan dengan kengkawan bersama husband, sebab saling respect ‘ruang bergerak’ antara mereka masing-masing.

Soalnya, pentingkah untuk orang ambil tahu? 

That’s for me to know not for you to find out!






~...HISYAM sentiasa memahami ada ketikanya SERI BULAN mengerdip mata tetapi segera difahami “leave me alone”...~



 




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails